26/01/2026
MESYUARAT MAJLIS MBSA | ZON 24
Ahli Majlis MBSA Zon 24, Tuan Bariqul Zamn bin Batharul Zaman telah membentangkan pelbagai aduan serta permasalahan komuniti di kawasan Zon 24 dalam Mesyuarat Majlis MBSA Kali Pertama Penggal 2026/2027.
Pembentangan ini merangkumi isu-isu kebajikan penduduk, kemudahan awam serta perkara berkaitan kesejahteraan komuniti setempat, selaras dengan komitmen MBSA dalam memastikan suara rakyat didengari dan tindakan berterusan dapat dilaksanakan demi kualiti hidup yang lebih baik.
MBSA Zon 24 akan terus komited menjadi penghubung antara komuniti dan pihak berkuasa tempatan demi pembangunan bandar yang mampan dan sejahtera.