Latar Belakang Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM
Pada awal penubuhannya, dikenali sebagai Bahagian Keselamatan dan pernah diletakkan dibawah seliaan Pejabat Pengarah, Pejabat Pendaftar dan Pejabat Canseleri. Bahagian Keselamatan UiTM kemudiannya mendapat pengiktirafan menjadi Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM yang mana telah berkuatkuasa pada Julai 2011. Moto pasukan Polis Bantuan UiTM adalah Tegas, Ad
il Dan Berhemah. FALSAFAH
BAHAGIAN KESELAMATAN MENDUKUNG FALSAFAH UiTM, IAITU:
Kepercayaan bahawa individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara. VISI
BAHAGIAN KESELAMATAN BERWAWASAN MEREALISASI VISI UiTM UNTUK:
Menjadikan UiTM sebuah universiti yang unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamesime bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika. MISI
BAHAGIAN KESELAMATAN BERILTIZAM MENYEMPURNAKAN MISI UiTM UNTUK:
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan keprofesionalan. OBJEKTIF BAHAGIAN KESELAMATAN
Memastikan anggota keselamatan yang bersiap siaga dan kompeten. Melaksanakan kawalan keselamatan yang sistematik dan berterusan. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga universiti secara berhemah dan proaktif. Menyediakan urusan perkhidmatan keselamatan berteraskan penggunaan teknologi.