Skuad Nahi Mungkar Bandar Setia Alam - Pencegah Maksiat - HQ

Skuad Nahi Mungkar Bandar Setia Alam - Pencegah Maksiat - HQ Mencegah Aktiviti Maksiat/Jenayah di Bandar Setia Alam, Shah Alam. Butiran pelapor/pemberi maklumat adalah sulit mengikut akta sedia ada.

Sila laporkan dan memberi maklumat sekiranya :-

- Muslim yang meminum arak di tempat awam.
- Pasangan Muslim berkelakuan tidak elok di tempat awam.
- Pasangan Muslim berdua-duaan di tempat sunyi
- Pasangan Muslim berdua-duan terlalu lama di dalam kenderaan (parking lot).
- Muslim yang makan di tempat awam pada bulan Ramadhan.
- Pasangan Muslim yang bersedudukan.
- Masalah Sosial remaja Muslim. Laporkan melalui messenger FB kami.

03/04/2026

NOTA JUMAAT: MEREMPIT, KEPUTUSAN ATAU KEMATIAN (tempoh bacaan 38 saat)

Pengajaran khutbah jumaat hari ini untuk kita ambil sebagai pedoman;

1. Kita hendaklah memelihara nyawa sebagai amanah dari Allah SWT dan menyedari bahawa setiap detik kehidupan serta langkah yang diambil akan dipersoalkan di hadapan-Nya. Nyawa bukan hak mutlak kita dan mendedahkannya kepada bahaya adalah dosa besar di sisi syarak.

2. Kita hendaklah menolak segala bentuk kemudaratan dan perjudian, termasuk gejala merempit dan pertaruhan jalanan, kerana ia bukan sahaja mengancam nyawa diri sendiri dan orang lain, malah membuka pintu dosa dan membawa kerugian.

3. Kita hendaklah memainkan peranan aktif sebagai ibu bapa, masyarakat, dan pemimpin anak muda dengan memantau, membimbing serta menyediakan ruang yang selamat dan bermanfaat supaya minat dan keberanian mereka disalurkan ke arah yang diberkati, bermanfaat kepada diri dan orang lain.

β€œDan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah (untuk menegakkan agama Allah) dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berbuat baik.” (Surah al-Baqarah: 195).

Sumber: Teks Khutbah Jumaat JAIS

Ops Kami Lapar 1447/2026 Minggu KetigaPemantauan Bulan Ramadan minggu ketiga di kawasan kedai Jalan Setia Perdana AY/BC/...
17/03/2026

Ops Kami Lapar 1447/2026 Minggu Ketiga

Pemantauan Bulan Ramadan minggu ketiga di kawasan kedai Jalan Setia Perdana AY/BC/BD, Jalan Setia Utama AR/AV/AS, Jalan Setia Gemilang BG/BM, D'Network Eco Park, Eco Ardence Labs dan Maya Park Eco Ardence.

Ramadan tinggal berbaki beberapa hari saja, terus istiqomah sebagai muslim menghormati Bulan Ramadan.

Ops Kami Lapar 1447/2026 Minggu KeduaPemantauan Bulan Ramadan minggu kedua di kawasan taman parkir awam sekitar Setia Al...
09/03/2026

Ops Kami Lapar 1447/2026 Minggu Kedua

Pemantauan Bulan Ramadan minggu kedua di kawasan taman parkir awam sekitar Setia Alam seperti di Setia Alam Community Forest Car Park, Taman Warisan PKNS, Setia Alam Central Park dan Setia Alam Wetland.

Manakala pemantauan di restoran berhadapan pangsapuri Seroja mendapati seorang lelaki bertindak melarikan diri semasa sedang membuat tempahan makanan.

Rondaan Ramadan SNM hanya untuk pencegahan dari menghukum. Sekiranya terdapat keuzuran untuk berpuasa adalah dinasihatkan tidak makan dikhalayak umum.

Bersama kita sebagai muslim menghormati Bulan Ramadan.

Ops Kami Lapar 1447/2026Pemantauan Bulan Ramadan di KFC & Pizza Hut Setia Prima, Starbucks Setia Prima, Burger Kings Set...
22/02/2026

Ops Kami Lapar 1447/2026

Pemantauan Bulan Ramadan di KFC & Pizza Hut Setia Prima, Starbucks Setia Prima, Burger Kings Setia Prima, Restoran Al-Amal Lotus Setia Alam dan Western Park Setia Alam.

Rondaan Ramadan SNM hanya kepada pencegahan dari menghukum dan rondaan hanya di Bandar Setia Alam sahaja.

Bersama kita sebagai muslim menghormati Bulan Ramadan.

22/02/2026

πˆππƒπˆπ•πˆπƒπ” πƒπˆπ’π˜π€πŠπˆ πŒπ„ππ†π€πŠπ” π’π„ππ€π†π€πˆ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πƒπˆπ“π€π‡π€π

SHAH ALAM, 22 Februari 2026 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menahan seorang lelaki yang disyaki mengaku sebagai Rasul di sebuah premis di Rawang, Selangor pada 21 Februari 2026. Individu tersebut ditahan bersama tiga (3) individu lain yang terdiri daripada dua (2) lelaki dan satu (1) wanita di premis yang sama.

Berdasarkan siasatan awal, individu yang berumur 65 tahun tersebut menyatakan kepada pengikutnya bahawa beliau telah bertemu dengan Nabi Adam AS secara nyata pada waktu siang, manakala bertemu dengan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk cahaya pada waktu malam, selain bertemu dengan para Rasul sebanyak dua (2) hingga tiga (3) kali dalam tempoh seminggu. Kejadian ini berlaku antara dua (2) hingga tiga (3) tahun lalu di sebuah taman negara, di negara ini.

Manakala, pengikutnya menyatakan bahawa individu tersebut adalah utusan Allah dan segala perlakuannya dianggap oleh pengikut sebagai suruhan Allah seperti tidak perlu solat atau berpuasa jika berasa letih dan uzur.

JAIS melakukan siasatan dan tangkapan mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki berlaku suatu upacara atau perbuatan berhubung dengan agama Islam yang bertentangan dengan hukum syarak, dan Seksyen 8 Enakmen yang sama kerana disyaki mengisytiharkan dirinya sebagai Rasul serta mendakwa dirinya mengetahui suatu perkara yang di luar pemahaman dan pengetahuan manusia.

Dengan tangkapan ini, JAIS dijangka telah menyelesaikan satu aduan yang mendakwa ada seorang individu mengaku dirinya sebagai Rasul dan telah mempengaruhi keluarganya, yang tular pada 9 Februari lalu.

Sehubungan dengan itu, satu pasukan khas dari Ibu Pejabat JAIS telah diarah serta-merta bagi menyiasat terperinci mengenai perkara tersebut yang telah berjaya membawa kepada tangkapan 4 individu disyaki.

Sekian dimaklumkan. Wassalam.

πƒπ€π“πŽβ€™ π‡π€π‰πˆ πŒπŽπ‡πƒ π’π‡π€π‡π™πˆπ‡π€π 𝐁𝐈𝐍 π€π‡πŒπ€πƒ D.P.M.S., P.P.T.
Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor
22 Februari 2026

19/02/2026

Selamat Berpuasa,

Kepada yang keuzuran dinasihatkan untuk tidak makan di khalayak ramai.

Enakmen Jenayah Syariah 1995

Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan-

(a) menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam waktu itu;

(b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau apa- apa benda lain yang seumpamanya,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Info SNMPangsapuri Seri Mutiara Setia AlamAtas makluman awam terdapat tiga lelaki muda  telah membawa tiga perempuan dal...
02/02/2026

Info SNM

Pangsapuri Seri Mutiara Setia Alam

Atas makluman awam terdapat tiga lelaki muda telah membawa tiga perempuan dalam keadaan mencurigakan ke rumah sewa mereka di Pangsapuri Seri Mutiara.

Pihak JMB telah membuat aduan kepada Penguatkuasa JAIS.

Pihak SNM dan Sekuriti memberi kawalan sokongan kepada Penguatkuasa JAIS untuk serbuan ke atas unit sewa pemuda tersebut.

Kesemua berjaya ditahan dan dibawa ke pejabat Agama Islam Selangor untuk tindakan susulan.

Terima Kasih Penguatkuasa JAIS dan Pengurusan Seri Mutiara.

09/01/2026

NOTA JUMAAT: MEMBINA GENERASI BERILMU & BERADAB. (Masa bacaan 50 saat)

Pengajaran khutbah jumaat untuk kita ambil sebagai panduan hidup;

1. Kita hendaklah memperbaharui niat menuntut ilmu kerana Allah SWT. Hal ini kerana ilmu yang diiringi dengan keimanan serta keikhlasan akan mempermudah jalan kita menuju ke syurga.

2. Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab berterusan dalam mendidik anak-anak dengan membimbing, memantau dan membentuk akhlak, disiplin serta potensi mereka agar tidak terjebak dalam perkara yang sia-sia lagi melalaikan.

3. Kita hendaklah menyeimbangkan pendidikan duniawi dan ukhrawi anak-anak. Selain ilmu fardu ain, mereka perlu didedahkan kepada ilmu fardu kifayah agar kelak menjadi generasi beriman, berakhlak, berilmu, berkemahiran serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

β€œ(Kamukah yang lebih baik) atau adakah orang yang taat beribadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri kerana takut akan (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? β€œKatakanlah (kepadanya), β€œAdakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya hanya orang yang berakal sempurna yang dapat menerima pengajaran dan peringatan. (Surah al-Zumar: 9).

Sumber: Teks Khutbah Jumaat JAIS

Info SNMRondaan Khas Malam Tahun Baru Masihi 2026Hari : Ahad| 31 Disember 2025Lokasi Rondaan : Sekitar Setia City Mall &...
01/01/2026

Info SNM

Rondaan Khas Malam Tahun Baru Masihi 2026

Hari : Ahad| 31 Disember 2025
Lokasi Rondaan : Sekitar Setia City Mall & Setia City Park.

Skuad SNM membantu pihak berkuasa khususnya Balai Polis Komuniti Setia Alam bagi memastikan keadaan selamat dan pengunjung bermoral tinggi.
Alhamdulillah, keadaan malam tahun baru di Setia Alam terkawal.

12/12/2025

NOTA JUMAAT: LGBT MENGUNDANG BALA, MENCABUT KEBERKATAN.

Pengajaran khutbah jumaat hari ini untuk pedoman seharian;

1. Kita hendaklah menyedari bahawa perbuatan songsang seperti LGBT bukan sahaja menyalahi syariat dan fitrah, malah membawa mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat.

2. Kita perlu segera bertaubat dan memperbaiki diri sama ada yang terjebak secara langsung atau sekadar terdedah dengan pengaruh perbuatan songsang. Pada masa yang sama, berusahalah mendapatkan rawatan dan nasihat pakar untuk kembali kepada kecenderungan fitrah yang sebenar.

3. Kita mestilah mengukuhkan hubungan kekeluargaan yang harmoni dengan membimbing anak-anak dan ahli keluarga kita supaya menjauhi gejala songsang dan maksiat.

β€œMaka Kami selamatkannya bersama keluarganya serta para pengikutnya. Kecuali seorang perempuan tua yang termasuk dalam golongan yang diazab itu. Kemudian Kami binasakan yang lain (yang menentang Lut).” (Surah Al-Syu’ara’: 170-172).

Sumber: Teks Khutbah Jumaat JAIS

Awas!!! Taktik parcel scam. Jangan scan sekiranya bukan parcel milik anda.
09/12/2025

Awas!!! Taktik parcel scam.
Jangan scan sekiranya bukan parcel milik anda.

21/11/2025

NOTA JUMAAT: NORMALISASI MAKSIAT, UMPAMA API DALAM SEKAM.

Pengajaran khutbah jumaat hari ini untuk kita ambil sebagai pedoman hidup;

1. Kita hendaklah menjauhi dosa dan maksiat, kerana setiap dosa yang dilakukan akan menggelapkan hati dan menjauhkan diri daripada rahmat Allah SWT.

2. Kita hendaklah bertaubat dengan sebenar-benarnya, bukan kerana terpaksa, tetapi lahir daripada penyesalan dan tekad untuk tidak mengulanginya lagi.

3. Kita hendaklah yakin bahawa rahmat Allah SWT sentiasa terbuka untuk hamba yang ingin kembali, maka jangan berputus asa daripada rahmat-Nya.

β€œDan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri, mereka segera mengingati Allah lalu mereka memohon keampunan bagi dosa-dosa mereka. Dan tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa melainkan Allah. Dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji itu sedangkan mereka mengetahui (kesalahan dan akibatnya).” (Surah Ali β€˜Imran :135).

Sumber: Teks Khutbah JAIS

Address

Jalan Setia Prima T, U13/T
Shah Alam
40170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skuad Nahi Mungkar Bandar Setia Alam - Pencegah Maksiat - HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Skuad Nahi Mungkar Bandar Setia Alam - Pencegah Maksiat - HQ:

Share