04/09/2026
Infrasel Sdn. Bhd. telah menunaikan zakat perniagaan bagi tahun 2025 berjumlah RM200,000.00 kepada Lembaga Zakat Selangor.
D.Y.T.M. Raja Muda Selangor berkenan berangkat ke Majlis Hi-Tea Bersama Pengeluar Zakat anjuran Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor yang berlangsung di Shah Alam.
Majlis turut menampilkan sesi bicara bersama Y.A.D. Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja M***i Selangor, yang membincangkan peranan dan kepentingan zakat dalam memperkukuh kesejahteraan ummah serta pembangunan masyarakat.
Pada majlis tersebut, D.Y.T.M. Raja Muda Selangor turut menyaksikan sesi serahan zakat perniagaan daripada 44 syarikat berjumlah RM11.48 juta kepada Lembaga Zakat Selangor. Turut diperkenalkan ialah IKTIRAF Zakat Selangor, sebagai inisiatif penghargaan kepada syarikat dan perniagaan yang menunaikan zakat perniagaan bersama Zakat Selangor.
Semoga sumbangan zakat ini terus memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan serta menyokong usaha ke arah pembentukan masyarakat yang lebih sejahtera, prihatin dan saling membantu.