Balai Polis Sri Muda

Balai Polis Sri Muda Balai Polis Sri Muda
Email : [email protected]
No. Telefon : 0351221022 / 0351249715
No. Fax : 0351214422

SPRM SELANGOR PERKUKUH JALINAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA PDRMSHAH ALAM, 8 SEPTEMBER 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasu...
09/09/2026

SPRM SELANGOR PERKUKUH JALINAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA PDRM

SHAH ALAM, 8 SEPTEMBER 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Balai Sri Muda, Inspektor Mohd Zulhusni bin Hasani, bersama delegasi Balai Polis Sri Muda, hari ini.
Kunjungan tersebut merupakan satu inisiatif dalam memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara SPRM Negeri Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam aspek penguatkuasaan, pencegahan rasuah, keselamatan serta pemerkasaan integriti.

Kunjungan hormat tersebut telah disambut oleh Pengarah SPRM Negeri Selangor, P/TPj Mohd Azwan bin Ramli. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Selangor, KPKPj Khairul Izwan bin Karim serta Ketua Cawangan Keselamatan, PKPs Azizi bin Che Mud. Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh muhibah itu turut menjadi platform kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan dan bidang tugas bersama.

Kerjasama erat antara agensi penguat kuasa amat penting dalam memperkukuh usaha pencegahan dan pembanterasan rasuah serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan penguatkuasaan. Hubungan yang baik dan komunikasi berkesan antara SPRM dan PDRM juga dapat memperkukuh penyelarasan tindakan, perkongsian kepakaran serta pertukaran maklumat yang bersesuaian mengikut bidang kuasa masing-masing.

SPRM Negeri Selangor berharap jalinan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua agensi ini akan terus diperkukuh melalui komunikasi yang berkesan, perkongsian kepakaran dan kerjasama strategik secara berterusan demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Sumber : SPRM Negeri Selangor

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ—Ketua Polis Selangor, YDH CP Dato’ Pahlawan Shazeli bin Dato’ Kahar, bersama YBhg...
30/08/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ—

Ketua Polis Selangor, YDH CP Dato’ Pahlawan Shazeli bin Dato’ Kahar, bersama YBhg Datin Rozana binti Kasbon, Pengerusi PERKEP Selangor, serta seluruh warga kerja Polis dan PERKEP Selangor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tanggal 31 Ogos 1957 bukan sekadar catatan sejarah, tetapi lambang keberanian, kesatuan dan tekad rakyat dalam membina sebuah negara yang berdaulat.

Menghayati 69 tahun kemerdekaan, marilah kita terus menyemai semangat patriotisme, menghargai kepelbagaian serta memperkukuh perpaduan demi Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera.

Polis Selangor akan terus teguh berbakti, melindungi dan memastikan keamanan serta keselamatan rakyat sentiasa terpelihara.

πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ: πŠπ„π’π„π‰π€π‡π“π„π‘π€π€π πƒπˆππˆπŠπŒπ€π“πˆ

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π!

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ—Timbalan Ketua Polis Selangor, YDH DCP Mohd Zaini bin Abu Hassan, bersama isteri,...
30/08/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ—

Timbalan Ketua Polis Selangor, YDH DCP Mohd Zaini bin Abu Hassan, bersama isteri, YBhg Puan Zurim binti Md Khalid, dengan penuh rasa syukur dan bangga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

31 Ogos 1957 akan terus dikenang sebagai detik bersejarah yang menandakan lahirnya sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Setelah 69 tahun mengecapi kemerdekaan, semangat perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu wajar terus kita hayati dan sematkan dalam jiwa.

Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah tanggungjawab bersama. Marilah kita terus memelihara keharmonian, menghormati kepelbagaian dan memperkukuh perpaduan demi memastikan Malaysia kekal aman serta menjadi sebuah negara yang sejahtera untuk generasi masa hadapan.

Sebagai warga Polis Diraja Malaysia, amanah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam akan terus dilaksanakan dengan penuh integriti, dedikasi dan rasa tanggungjawab demi rakyat dan tanah air tercinta.

πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ: πŠπ„π’π„π‰π€π‡π“π„π‘π€π€π πƒπˆππˆπŠπŒπ€π“πˆ

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π!

πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€! πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€! πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€!

π’π„π’πˆ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ π€π‡π‹πˆ ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π πŠπŽπ“π€ 𝐑𝐀𝐉𝐀 πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐇𝐀𝐇 π€π‹π€πŒIPD Shah Alam, 06 Ogos 2026 – Ketua Po...
06/08/2026

π’π„π’πˆ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ π€π‡π‹πˆ ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π πŠπŽπ“π€ 𝐑𝐀𝐉𝐀 πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐇𝐀𝐇 π€π‹π€πŒ

IPD Shah Alam, 06 Ogos 2026 – Ketua Polis Daerah Shah Alam, YDH ACP Sarudin bin Hj. Samah telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Ahli Parlimen Kota Raja yang berlangsung pada jam 03.00 petang di Pejabat Ketua Polis Daerah Shah Alam.

Turut hadir mewakili IPD Shah Alam ialah SUPT Ahmad Sobri bin Amir Salim, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, DSP Mohd Suwardi bin Mat Desa, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, ASP Nurul Izanie binti Othman, Ketua Bahagian Logistik, Insp Mohd Zulhusni bin Hasani, Ketua Polis Balai Sri Muda serta Sjn Mohammed Faisal bin Abdul Halim, Ketua Polis Pondok Kota Kemuning.

Delegasi Ahli Parlimen Kota Raja diketuai oleh Tuan Haji Mohd Azmi bin Jusoh, Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Kota Raja, bersama Fansuri bin Mohd Noor, Pembantu Pegawai Khas Parlimen Kota Raja.

Kunjungan hormat tersebut diadakan bagi membincangkan cadangan pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning sebagai usaha memperkukuhkan aspek keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat. Dalam sesi perbincangan tersebut, pihak Ahli Parlimen Kota Raja menyatakan persetujuan untuk menyediakan peruntukan anggaran sebanyak RM200,000 bagi tujuan pembinaan pondok polis berkenaan.

Selain itu, pihak Ahli Parlimen turut menyatakan komitmen untuk mengemukakan permohonan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi mempercepatkan proses hak milik tanah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning dijangka akan dipercepatkan dan dimulakan pada Januari 2027, tertakluk kepada kelulusan serta penyelesaian proses berkaitan.

Perbincangan berlangsung dalam suasana yang baik, harmoni dan konstruktif, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan antara PDRM dan pemimpin masyarakat dalam memperkukuh keselamatan awam demi kesejahteraan penduduk di kawasan Kota Kemuning.





COMMUNITY POLICING BALAI POLIS SRI MUDA – PROGRAM SOLAT JUMAAT DAN LAWATAN KE MASJID AL-EHSAN, SEKSYEN 24 SHAH ALAMSHAH ...
20/06/2026

COMMUNITY POLICING BALAI POLIS SRI MUDA – PROGRAM SOLAT JUMAAT DAN LAWATAN KE MASJID AL-EHSAN, SEKSYEN 24 SHAH ALAM

SHAH ALAM, 19 Jun 2026 – Balai Polis Sri Muda telah mengadakan Program Community Policing menerusi Ibadah Solat Jumaat dan Lawatan ke Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, Shah Alam bagi memperkukuhkan hubungan silaturahim antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan komuniti setempat.

Community Policing yang berlangsung dari jam 12.45 tengah hari hingga 2.30 petang itu diketuai oleh Ketua Polis Balai Sri Muda, Insp Mohd Zulhusni bin Hasani bersama pegawai dan anggota Balai Polis Sri Muda serta pegawai-pegawai perhubungan komuniti.

Turut hadir memeriahkan program ialah YB Tuan Danial Al-Rashid bin Haron Aminar Rashid, ADUN Batu Tiga, Haji Ahmad Dahlan bin Kardi selaku Nazir Masjid Al-Ehsan, barisan pengurusan masjid serta kira-kira 1,000 jemaah yang menunaikan Solat Jumaat.

Program ini dilaksanakan sebagai platform mendekatkan warga PDRM dengan masyarakat melalui penglibatan secara langsung dalam aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan. Kehadiran pegawai dan anggota polis bersama jemaah masjid turut mencerminkan komitmen PDRM dalam memperkukuhkan hubungan strategik dengan komuniti setempat.

Selain menunaikan Solat Jumaat secara berjemaah, sesi ramah mesra bersama pengurusan masjid dan komuniti turut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara pihak polis dan masyarakat.

Selepas selesai Solat Jumaat, pihak masjid telah menyediakan jamuan ringkas kepada para jemaah dan tetamu yang hadir dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar serta mencapai objektif dalam memperkukuhkan kerjasama dan hubungan erat antara PDRM dan komuniti demi mewujudkan persekitaran yang selamat, aman dan sejahtera.








PROGRAM COMMUNITY POLICING BALAI POLIS SRI MUDA: LAWATAN KE JASMINE FOOD CORPORATION SDN. BHD.18 Jun 2026 | KhamisShah A...
19/06/2026

PROGRAM COMMUNITY POLICING BALAI POLIS SRI MUDA: LAWATAN KE JASMINE FOOD CORPORATION SDN. BHD.

18 Jun 2026 | Khamis

Shah Alam, 18 Jun 2026 – Balai Polis Sri Muda telah melaksanakan Program Community Policing melalui lawatan ke syarikat Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. yang terletak di kawasan Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada jam 2.30 petang tadi.

Pihak PDRM yang diketuai oleh Ketua Balai Polis Sri Muda, Insp Mohd Zulhusni bin Hasani bersama pegawai dan anggota Balai Polis Sri Muda serta Ketua Polis Pondok (KPP) dari kawasan pentadbiran balai.

Ketibaan pihak Balai Polis Taman Sri Muda telah disambut oleh pihak pengurusan Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), En. Alan Kwong bersama barisan pengurusan syarikat. Dalam sesi tersebut, pihak syarikat telah memberikan penerangan ringkas mengenai latar belakang, operasi dan sejarah penubuhan syarikat serta berkongsi pandangan berkaitan aspek keselamatan di kawasan kilang.

Dalam pertemuan tersebut, Ketua Balai Polis Sri Muda turut memberikan penerangan mengenai latar belakang Balai Polis Sri Muda serta peranan yang dimainkan dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan pentadbirannya.

Selain itu, pihak polis telah berkongsi maklumat berkaitan trend jenayah semasa, khususnya jenayah kecurian yang berlaku di kawasan industri dan perniagaan. Pihak syarikat turut dinasihatkan supaya meningkatkan langkah-langkah keselamatan dengan membuat penambahbaikan terhadap sistem televisyen litar tertutup (CCTV) serta memasang lampu limpah (spotlight) di kawasan yang berisiko dan kurang pencahayaan sebagai langkah pencegahan jenayah.

Program Community Policing ini merupakan platform penting dalam memperkukuhkan kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia dan komuniti perniagaan setempat. Melalui pendekatan kolaboratif ini, maklumat berkaitan keselamatan dapat disalurkan dengan lebih berkesan di samping meningkatkan kesedaran terhadap langkah-langkah pencegahan jenayah.

Keseluruhan program telah berjalan dengan lancar dan pihak Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Balai Polis Sri Muda atas lawatan dan perkongsian maklumat yang diberikan.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"






π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ πŒπ€π€π‹ π‡πˆπ‰π‘π€π‡ πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒYDH ACP Sarudin Bin Haji Samah, Ketua Polis Daerah Shah Alam mengucapkan Sela...
17/06/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ πŒπ€π€π‹ π‡πˆπ‰π‘π€π‡ πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

YDH ACP Sarudin Bin Haji Samah, Ketua Polis Daerah Shah Alam mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448 Hijrah kepada seluruh warga Polis Daerah Shah Alam serta seluruh umat Islam khususnya di Shah Alam.

Semoga Maal Hijrah ini menjadi titik tolak memperingatkan keimanan, ketakwaan dan perpaduan ummah ke arah masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

"Hijrah Menyatukan Ummah, Membina Negara Madani"

Address

Jalan Abadi 25/58
Shah Alam
40400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Sri Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share