07/09/2017
Tahniah kepada pelajar baru yang berjaya untuk meneruskan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UiTM.
Untuk pengetahuan semua, Markas PALAPES Udara UiTM Shah Alam akan membuat pengambilan pegawai kadet bagi siri 15 tahun 2017.
Antara kelebihan yang anda akan dapat apabila terpilih untuk menjadi pegawai kadet udara adalah :-
1. Elaun Latihan (Tempatan / Berterusan / Tahunan)
2. Pakaian seragam akan diberikan untuk menjalani latihan.
3. Sajian makanan disediakan secukupnya semasa menjalani latihan.
4. Kemudahan kolej disediakan sebagai penempatan anda semasa menjalani latihan.
5. Yang paling penting sekali, anda akan ditauliahkan sebagai Pegawai Muda Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).
Kepada pelajar semester satu, anda diwajibkan untuk mengambil satu kursus kokurikulum. Jadi, apa salahnya anda menyertai kami?
Jangan risau apabila pada cuti semester anda tidak berada dirumah kerana menjalani latihan. Pada pengalaman admin, semasa menjalani latihan anda akan :-
1. Dapat mempelajari ilmu hutan / medan perang.
2. Dapat mempelajari kawad / kawad senjata / kawad pedang.
3. Menyertai lawatan ke pangkalan udara.
4. Menyertai latihan kem tahunan dimana ia akan diadakan di setiap Universiti Awam (UUM, USM, UiTM, UIAM, UniSZA, UMP) pada setiap tahun.
5. Dapat mengenali ramai kawan2 dari setiap Universiti Awam tersebut.
6. Dapat mempelajari ilmu pengendalian senjata / pistol sama ada menembak atau membuka pasang senjata / pistol.
7. Dan banyak lagi aktiviti menarik menanti anda.
Jadi tunggu apa lagi? Anda rasa anda kental? Anda rasa anda kuat dari segi fizikal dan mental? Anda tidak tahu apa nak dibuat pada cuti semester? Kalau berminat, ayuh sertai kami warga PALAPES Udara UiTM. Hubungi nombor yang tertera untuk maklumat lanjut atau direct message ke page PALAPES UDARA UITM SHAH ALAM.
Pejabat: 03 5544 3890
Haiqal: 017 3015457
Hisyam: 019 9945738
-Admin Icema-