MCA Shah Alam Division (马华莎亚南区会)

MCA Shah Alam Division (马华莎亚南区会) Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MCA Shah Alam Division (马华莎亚南区会), Political organisation, No 11-A, Jalan Timun C, 24/C, Shah Alam.

14/08/2023

*DAP BIAWAK HIDUP KEPADA UMNO?*

Saya pernah tulis artikel bagaimana DAP memperkudakan personaliti-personaliti Melayu dan kini parti-parti Melayu di Utusan beberapa tahun dahulu.

DAP ketagih undi Melayu dan akan bertindak mengikut kesempatan politik yang ada tanpa mengira moral prinsip politik yang mereka janjikan pada penyokong-penyokong mereka. Mereka mengamalkan prinsip Machiavelli “the end justifies the means”. Malangnya falsafah Machiavelli bersyarat yakni perlu ada justifikasi moral dalam cara mencapai matlamatnya. Namun justifikasi DAP adalah demi mendapat kuasa dan lebih kuasa semata-mata. Segala moral , prinsip dan janji-janji mereka sanggup ketepikan demi untuk mengaut kuasa dan pengaruh. Prinsip dan janji-janji mereka adalah permainan politik semata-mata dan akhirnya mereka berjaya menjadi parti terbesar dalam gabungan parti kerajaan.

Janji mereka untuk menangkis rasuah, menjadikan Bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa rasmi yang boleh digunakan dalam persidangan dewan negeri dan parlimen, pilihanraya ditahap kerajaan tempatan , pengiktirafan UEC , penghapusan kuota Bumiputera dan sebagainya adalah janji-janji kosong yang merupakan permainan politik sahaja.

Sememangnya DAP berjaya tetapi mainan isu-isu 3R ini telah meninggalkan implikasi dan impak negatif di peringkat akar-umbi yang rata-rata tidak boleh telan bulat-bulat mainan politik DAP atas dasar “the end justifies the means”.

Hari ini DAP berjaya tokok tambah undi Melayu mereka tetapi UMNO jelas kehilangan sokongan mereka dan tewas teruk dalam PRN ini.

Maka AHLI MKT UMNO, ISHAM JALIL telah menyuarakan suara hati akar-umbi seperti berikut :

“UMNO telah kalah lagi semalam. Kali ini kalah teruk, hanya menang 19 kerusi dari 108. Kita menang 1 di Kelantan, 2 di Pulau Pinang, 2 di Selangor, dan 14 di Negeri Sembilan. Di 89 kerusi lain semua kita kalah.

Kita perlu berbuat sesuatu. Jika tidak UMNO akan terus kalah dan akan pupus terus menjelang PRU-16.

Saya dan akar umbi telah berusaha sedaya upaya di bawah. Kini kepimpinan perlu membuat pertimbangan semula dan membuat keputusan.”

Kenyataan di atas jelas menunjukkan asas perpaduan yang kukuh masih tidak wujud selagi DAP tidak menunjukkan keikhlasan bertaubat. Walaupun pemimpin atasan boleh menjadi “kawan” dari “lawan” , akar umbi masih tebal dengan prasangka dan syak-wasangka terhadap mainan politik dan polemik DAP selama 60 tahun yang lalu.

Kalau dahulunya DAP menjadikan UMNO dan pemimpin mereka Tun Dr Mahathir, Najib Razak, Zahid Hamidi etc etc sebagai sasaran untuk menanam kebencian terhadap parti UMNO dan sekutunya MCA dan MIC, hari ini DAP telah mengalih sasaran ini pada rakan lama mereka iaitu PAS dan Presiden Hadi Awang. DAP bagaikan kacang lupakan kulit. Mereka lupa siapa yang memberi mereka suntikan sokongan massa Melayu pada dekad-dekad yang lalu. Tanpa sokongan PAS , DAP tidak akan berjaya menarik sokongan pengundi Melayu dan penganjuran himpunan raksaksa mereka. Tanpa sokongan tokoh-tokoh politik Melayu, ramai Cina tetap segan-silu untuk ke hadapan menyokong DAP.

Maka hari ini setelah berpuluh-puluh tahun memporak-perandakan negara dengan politik dan polemik perkauman , DAP mulalah meminta orang ramai untuk bersatu-padu dan memupuk perpaduan dan kerharmonian. Ini sebenarnya adalah skrip MCA yang dicuri DAP hari ini.

MCA dikritik dan dikutuk DAP dalam tempoh 60 tahun yang lalu dengan tuduhan kononnya MCA menggadaikan maruah dan kepentingan masyarakat Cina dan menjadi “anjing” dan “suruhan Umno” walaupun MCA berkali-kali menjelaskan bahawasanya kompromi dan kontrak sosial ini adalah demi keharmonian dan perpaduan negara.

Pada masa itu DAP mengadu-dhumbakan penyokong Umno dan Mca dengan membangkitkan isu kuota Bumiputera dan kesamarataan atas landasan Malaysian Malaysia.

Hari ini semua ini sudah berlalu tetapi ia tetap sejarah dan latar belakang politik negara yang perlu dibicarakan demi memupuk kematangan politik negara supaya sejarah dijadikan ajaran kita.

Maka demi menjernihkan kekeruhan dan ketegangan perkauman akibat politik mereka selama 60 tahun ini, saya telah dan tetap menyeru pada DAP untuk bertaubat dan berani membuat keputusan seperti di bawah ini :

1. Memadamkan semua kenyataan dan deklarasi mereka yang berbau perkauman dalam laman rasmi DAP.
2. Menarik balik tuntutan mereka yang berbau perkauman dan telah menimbulkan kesangsian umum.
3. Berhenti memomokkan tokoh atau parti politik berlandaskan sentimen perkauman atau keagamaan.

Senator Dato Seri Ti Lian Ker

09/01/2023

Abang Mat, jauh jelajah?! Perlu ke India tengok telur ke?

Saya cadangkan datang ke kawasan saya Parlimen Ayer Hitam. Yong Peng ada lebih 100 ladang ayam & di sinilah tempat paling pop**ar menghasilkan telur untuk pasaran tempatan dan juga berjuta biji telur dieksport ke Singapura setiap hari.

Abang Mat, telur tempatan hanya boleh dijual dengan RM0.41 sebiji kerana ada kawalan harga. Penternak tempatan rugi kerana kos mereka melebihi harga kawalan telur. Kalau rugi, penternak tak akan membela ayam untuk menghasilkan telur.

Saya rasa pelik p**a telur import dari India dijual dengan RM0.50 sebiji. Kalau diangkut melalui kapal, telur dari India perlu masa 3 hingga 4 minggu untuk sampai ke Malaysia. Segarkah telur India berbanding telur tempatan?

Abang Mat, apa kata harga kawalan diubah? Saya rasa kalau harga kawalan ditetapkan RM0.50 sebiji (sama macam harga telur import dari India), mungkin penternak tempatan sanggup bela kerana mereka tak akan rugi.

Kalau kerajaan mampu dan bersungguh nak bantu golongan B40, boleh wujudkan “elaun telur secara top up” kepada golongan B40 untuk menanggung bebanan kewangan iaitu selisih harga RM0.09 (RM0.50-RM0.41) sebiji. Kalau RM200 setahun, banyak telur boleh dimakan oleh keluarga B40.

Abang Mat, telur India RM0.50 sebiji tau? Utamakanlah penternak tempatan. Tak payah import telur dari India jika bekalan mencukupi. Kan Kementerian Abang Mat turut menjaga keterjaminan makanan? Fikir-fikirkanlah Abang Mat!

Telur dan ayam adalah makanan asas rakyat tak kira kaum atau agama. Patut dijadikan keutamaan.

Mohon bantu.



——————————-

Abang Mat, is it necessary to go so far to India to see eggs?

I suggest you to just come to my constituency Ayer Hitam. In Yong Peng, there are more than 100 chicken farms and this is the most pop**ar egg production destination for domestic market and Singapore, whereby millions of eggs are exported to our neighbouring country daily.

Abang Mat, local eggs are only sold at RM0.41 per egg due to price control. Local farmers are facing losses because the production costs are higher than the controlled prices. If facing a loss, farmers will no longer be poultry farming to produce eggs.

I find it strange that imported eggs from India are sold at RM0.50 per egg. If they are transported by ships, it will take 3 to 4 weeks for the eggs to reach from India. Are they still as fresh as local eggs?

Abang Mat, what if local egg prices are no longer being controlled and are allowed to be sold RM0.50 each? Chicken farmers will be able to continue their businesses without suffering any loss. If we want to help the B40 group, we can provide egg allowance to relieve the financial burden of this particular group.

Abang Mat, Indian eggs are sold RM0.50 each. Please prioritise local farmers. There is no need to import eggs from Indian if our supply is sufficient. Isn’t Abang Mat’s Ministry also in charge of food security? Kindly consider this issue with care.

Eggs and chicken are staples for the people, regardless of their race or religion. Please prioritise this issue.

18/12/2022
23/11/2022

Kenyataan media Presiden MCA ( 22/11/2022)

Parti MCA menghormati dan menerima hakikat bahawa BN telah ditolak rakyat pada PRU 15 mengikut sistem demokrasi parlimen berperlembagaan negara.

Dalam situasi yang tidak mendapat mandat rakyat dan tidak mampu membentuk kerajaan, parti MCA telah bersedia memainkan peranan sebagai parti pembangkang demi semak dan imbang kerajaan yang akan ditubuhkan kelak.

Asas penubuhan MCA adalah untuk membela nasib rakyat tidak kira sebagai kerajaan mahupun pembangkang dan ini tidak akan sedikitpun membantutkan peranan MCA.

Kami berterima kasih kepada penyokong yang masih menyokong MCA dan kekalahan ini akan dijadikan pedoman untuk parti memainkan peranan lebih berkesan sebagai pembangkang dan menjadi lidah rakyat akar umbi demi kesejahteraan negara.

22/11/2022

KENYATAAN MEDIA

Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang bermesyuarat hari ini telah memutuskan perkara-perkara berikut:

1. Tiada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10, dan pemakluman mengenai perkara ini telah dibuat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

2. Dewan Tertinggi juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan, bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

3. Sehubungan itu, Barisan Nasional meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang (cooling-off period) ketika mendepani situasi politik negara

Dengan pendirian dan keputusan yang dicapai, kedudukan Barisan Nasional adalah kekal seperti sekarang.

Sekian, terima kasih.

BARISAN NASIONAL, DAHULUKAN RAKYAT

DR ZAMBRY ABD KADIR
22hb November 2022
KM/15/2022

21/11/2022

关键的时刻,历史的决策。
总会长,你要挺着。

20/11/2022

YONG PENG: Barisan Nasional’s Datuk Seri Dr Wee Ka Siong has retained the Ayer Hitam parliamentary seat.

19/11/2022

19 November 2022, rakyat Malaysia akan tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Ingat! Undi anda akan menentukan masa depan negara kita.

Hampir lima tahun kita dibelenggu ketidakstabilan politik dan dibebani oleh keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Oleh itu, undilah untuk kestabilan dan kemakmuran. Undilah untuk sebuah kerajaan yang terbukti mempunyai rekod cemerlang dan pengalaman yang baik dalam menjaga rakyat dan ekonomi negara.

Undilah Barisan Nasional.

18/11/2022
18/11/2022
18/11/2022

Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah 'berjanji' kepada pengundi Bentong. Katanya, kalau Pakatan Harapan kembali menjadi kerajaan pusat, stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Bentong tidak akan dibatalkan.

Anthony Loke ni tak tahu ke
semasa pemerintahan Barisan Nasional, Bentong adalah lokasi di mana bakal wujudnya stesen ECRL?

Apabila PH jadi kerajaan, merekalah yang menangguhkan pembinaan projek ECRL sehingga menyebabkan kerajaan menanggung kerugian berbilion ringgit. Banyak isu dapat diselesaikan selepas BN memulakan projek ECRL pada April tahun lalu termasuk mendapatkan persetujuan bersama Kerajaan Negeri Selangor bagi Jajaran Seksyen C ECRL.

Ketika itu, kita juga tidak mendengar sebarang bantahan daripada pemimpin DAP, Wong Tack yang juga penyandang Parlimen Bentong.

Kita juga tidak mendengar apa-apa daripada tiga orang Exco DAP dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Realitinya, MOT dan MRL Sdn Bhd, pemilik projek ECRL telah mengadakan 37 sesi libat urus dengan 17 agensi kerajaan negeri Selangor sebelum memutuskan jajaran asal iaitu Jajaran Utara, dengan kos yang sama serta impak sosial dan alam sekitar yang lebih rendah.

Jadi mengapa sekarang Anthony Loke menggunakan semua retorik ini semasa PRU15 mengenai ECRL sedangkan beliau sendiri tahu Jajaran Selatan ke Putrajaya dan Kuala Klawang bukan sahaja tidak dapat dilaksanakan tetapi juga secara drastik mengurangkan skop kerja Seksyen C, dengan mengecilkan dan mengurangkan bilangan stesen.

Mengurangkan skop kerja pada kadar kos unit yang sama dari zaman BN adalah satu-satunya cara PH untuk bermegah kononnya dapat ‘jimat’ sebanyak RM21.5 bilion dan ‘mengurangkan’ kos ECRL kepada RM44 bilion.

Mengapa Anthony Loke tidak bercakap tentang hakikat bahawa ini tidak termasuk kos dan implikasi lain susulan mengubah jajaran ECRL? Atau mengakui hakikat bahawa mengubah jajaran daripada 2 landasan kepada 1 landasan adalah sebahagian daripada 'penjimatan kos' RM10 bilion mereka.

Sebaliknya, mereka terus mendakwa kononnya Jajaran Utara yang asal menyebabkan kos pembinaan ECRL meningkat.

Realitinya, kos jajaran utara yang lebih baik sepanjang tempoh saya dikekalkan pada RM50.27 bilion selepas rundingan dengan kontraktor EPCC untuk membawa lebih banyak manfaat kepada Selangor, terutamanya dengan pembinaan banyak stesen (lima stesen di negeri ini), walaupun berada di kawasan geografi yang sukar tetapi tetap membawa limpahan ekonomi yang lebih besar di Gombak, Serendah dan Pelabuhan Klang, seterusnya ke Westport dan Northport.

……….

Anthony Loke has 'promised' Bentong voters that the East Coast Rail Link station there will not be cancelled if Pakatan Harapan takes over the government.

This is really typical of DAP to promise something that is already established by Barisan Nasional.

When PH took over the government, they were responsible for stopping the project, which cost the government billions in Ringgit due to the delay until BN came in and restarted the project in April last year after we resolved all outstanding issues with the Selangor statement for the Package C portion of the project.

Even back then, we didn't hear any protest from Wong Tack, the incumbent DAP MP for Bentong.

We also didn't hear anything from their three DAP excos in the Selangor State Government.

In reality, MOT and MRL Sdn Bhd, the project owner of the ECRL have held 37 engagement sessions with 17 Selangor state government agencies before we finally decided on the original Northern alignment, at the same unit cost and with lower social and environment impact.

So why is Anthony Loke now using all this rhetoric during GE15 on ECRL when he knows the southern line to Putrajaya and Kuala Klawang was not only unworkable but also drastically reduced the work scope of the Package C, by downsizing and reducing stations. Reducing the work scope while the unit cost remain unchanged from the BN version is the only way the PH could boast savings of RM21.5 billion and lowering the ECRL to RM44 billion.

Why doesn't Anthony also speak about the fact that this does not include the variation costs and abandonment cost for changing the alignment? Or the fact that PH changed the project from a double-tracked formation to a single-tracked one as part of their 'cost-savings' of some RM10 billion.

They have continued to wrongfully claim that the original 'northern' alignment would incur higher costs to the ECRL project.

The cost of the improved northern alignment during my tenure is being kept at RM50.27 billion after negotiations with the EPCC contractor to bring more benefit to Selangor, especially with the building of many stations (five stations in the state) often in difficult geographic areas but bringing greater economic spillover in Gombak, Serendah and Port Klang and with extensions all the way to Westport and Northport.

Address

No 11-A, Jalan Timun C, 24/C
Shah Alam
40300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MCA Shah Alam Division (马华莎亚南区会) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share