Bakti Suci Holdings Sdn Bhd

Bakti Suci Holdings Sdn Bhd • Pembersihan | Penyelenggaraan | Pembinaan
• Sejak tahun 1982
• Anak Syarikat MAIS Bakti Suci Holdings Sdn Bhd mempunyai 3 (Tiga) Anak Syarikat :

i.

Bakti Suci Properties Sdn Bhd
ii. Bakti Suci Integrated Services Sdn Bhd
iii. Bakti Suci Solutions Sdn Bhd

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐒𝐔𝐂𝐈 𝐇𝐎𝐋𝐃𝐈𝐍𝐆𝐒 𝐒𝐃𝐍.𝐁𝐇𝐃. (𝐁𝐒𝐇𝐒𝐁) 1447𝐇/2026Shah Alam, 15 April 2026Suasana meri...
21/04/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐒𝐔𝐂𝐈 𝐇𝐎𝐋𝐃𝐈𝐍𝐆𝐒 𝐒𝐃𝐍.𝐁𝐇𝐃. (𝐁𝐒𝐇𝐒𝐁) 1447𝐇/2026

Shah Alam, 15 April 2026

Suasana meriah dan penuh harmoni jelas terserlah dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd. (BSHSB) yang berlangsung di Hotel Alami Garden, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi BSHSB, Dato’ Mohd Khay bin Ibrahim, serta diserikan dengan kehadiran Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Setiausaha MAIS, Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, barisan Anggota Agensi dan MAIS, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Anak Syarikat, Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Anak Syarikat MAIS, Ahli Lembaga Pengarah BSHSB serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BSHSB. Majlis berlangsung dari jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.

Penganjuran majlis ini bukan sekadar sambutan perayaan, malah menjadi platform mempererat hubungan silaturahim dan memperkukuhkan semangat kebersamaan antara agensi, anak syarikat, warga kerja serta klien syarikat. Lebih 200 jemputan hadir memeriahkan majlis yang turut diserikan dengan pelbagai juadah tradisional dan hidangan istimewa dalam suasana penuh kemesraan dan keindahan lebaran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada seluruh warga BSHSB dan anak syarikat atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan penganjuran majlis ini. Semoga sambutan seumpama ini terus menyemai ukhuwah, memperkukuh silaturahim dan mengeratkan hubungan strategik dalam kalangan Agensi dan Anak Syarikat MAIS.

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 (𝐉𝐊𝐑)Kuala Lumpur, 13 April 2026Satu Bengkel Pelan Pengurusan Risiko (Peri...
15/04/2026

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 (𝐉𝐊𝐑)

Kuala Lumpur, 13 April 2026

Satu Bengkel Pelan Pengurusan Risiko (Peringkat Pembinaan dan Penyerahan) bagi projek “Kerja-Kerja Pembaikan dan Naik Taraf Sivil, Elektrik dan Mekanikal Bangunan Replika dan Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru, Kuala Lumpur” telah diadakan di Function Room 1 & 2, Aras 13, Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur.

Bakti Suci Properties Sdn. Bhd. (BSPSB) telah dijemput hadir dan diwakili oleh Encik Hazlan bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan; Encik Mohd Nuri bin Ab. Aziz, Pengurus Besar Bahagian Pembinaan BSPSB; Puan Amani Huwaina binti Hanafi, Juruukur Bahan BSPSB; serta Cik Amirah binti Bahari, Pembantu Teknik, Bahagian Pembinaan BSPSB. Bengkel ini telah dirasmikan dengan ucapan pembukaan oleh Puan Sazrul Leena binti Sa’adin, Jurutera Daerah, JKR Gombak.

Tujuan utama penganjuran bengkel ini adalah untuk memberikan kefahaman yang menyeluruh berkaitan penyediaan Laporan Pengurusan Risiko, termasuk sesi hands-on bagi penyediaan laporan tersebut kepada para peserta. Selain itu, bengkel ini turut merangkumi aktiviti pengukuhan kerja berpasukan yang dirangka khusus bagi meningkatkan semangat kolaborasi, komunikasi berkesan serta persefahaman dalam kalangan penyelaras risiko projek.

Bengkel ini telah disertai oleh seramai 25 pegawai yang terdiri daripada wakil Bahagian Bangunan, JKR Daerah Gombak; Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat SUK Selangor; Perbadanan Adat Warisan Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT); serta Bahagian Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Selangor.

Sekalung Tahniah dan Selamat BertugasYBHG. DATO' IR. HAJI CHEREMI BIN HAJI TARMAN &TUAN NAZLEE BIN KHALIFAHatas pelantik...
03/04/2026

Sekalung Tahniah dan Selamat Bertugas

YBHG. DATO' IR. HAJI CHEREMI BIN HAJI TARMAN &
TUAN NAZLEE BIN KHALIFAH

atas pelantikan sebagai
AHLI LEMBAGA PENGARAH BAKTI SUCI HOLDINGS SDN. BHD.
berkuatkuasa mulai 1 Mac 2026

Sekalung Tahniah dan Selamat BertugasYBRS. PUAN MAJDAH BINTI MUDAatas pelantikan sebagaiPENASIHAT UNDANG-UNDANG MAJLIS A...
03/04/2026

Sekalung Tahniah dan Selamat Bertugas

YBRS. PUAN MAJDAH BINTI MUDA

atas pelantikan sebagai

PENASIHAT UNDANG-UNDANG MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

berkuatkuasa mulai 1 April 2026

26/03/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇

Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Ustaz Abu Bakar bin Sairi, mantan Bilal Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Ucapan ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga kerja JAIS.

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H ✨🌙Pihak Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd. bersama seluruh anak syarikat ingin mengucap...
20/03/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H ✨🌙

Pihak Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd. bersama seluruh anak syarikat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan, rakan niaga, dan pihak berkepentingan yang dihargai.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua. Kami juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan dan sokongan berterusan yang telah diberikan kepada pihak kami.

Dalam kita meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa, marilah kita terus memupuk nilai keikhlasan, integriti dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilaksanakan.

Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada,
Pengurusan dan Warga Kerja
Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd.
serta Anak Syarikat

TAKBIR RAYA SYAWWAL 1447H / 2026M MAIS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR SERTA AGENSI DAN ANAK SYARIKAT MAIS
20/03/2026

TAKBIR RAYA SYAWWAL 1447H / 2026M MAIS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR SERTA AGENSI DAN ANAK SYARIKAT MAIS



TAKBIR RAYA SYAWWAL 1447H / 2026M MAIS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR SERTA AGENSI DAN ANAK SYARIKAT MAIS

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐆𝐀𝐌𝐁𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐒𝐔𝐂𝐈 𝐇𝐎𝐋𝐃𝐈𝐍𝐆𝐒 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀...
18/03/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐆𝐀𝐌𝐁𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐒𝐔𝐂𝐈 𝐇𝐎𝐋𝐃𝐈𝐍𝐆𝐒 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 2026

Shah Alam, 17 Mac 2026

Sebagai inisiatif untuk menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd., Encik Hazlan bin Hashim, telah menyantuni kakitangan dengan mengagihkan kuih raya kepada warga BSHSB dan anak-anak syarikat.

Inisiatif ini bertujuan untuk berkongsi kemanisan Syawal yang bakal tiba, di samping mengeratkan hubungan silaturahim melalui sesi bergambar bersama kakitangan, sekali gus mewujudkan suasana perayaan dalam kalangan warga BSHSB dan anak-anak syarikat.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍26 Februari 2026Program Pengagihan Bubur Lambuk 2026 anjuran Bakti Suci...
27/02/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍

26 Februari 2026

Program Pengagihan Bubur Lambuk 2026 anjuran Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd. (BSHSB) dengan kerjasama Masjid Jamek Kampung Baru telah dilaksanakan bersempena bulan Ramadan sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Sebanyak bubur lambuk telah diagihkan kepada warga kerja BSHSB dan anak-anak syarikat, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta agensi dan anak syarikat di bawahnya termasuk JAIS, LZS, PWS, TERAS, YIDE dan UIS. Turut menerima agihan ialah para klien BSHSB antaranya SUK, JKR, PKNS, ENCORP serta klien-klien lain yang sentiasa memberi kepercayaan dan sokongan kepada BSHSB.

Program ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan menyokong perjalanan operasi syarikat, di samping menyemarakkan semangat kebersamaan serta perkongsian rezeki dalam keberkatan bulan Ramadan.

Juadah bubur lambuk yang sinonim dengan Ramadan turut melambangkan simbol penyatuan dan nilai kebersamaan. Gabungan pelbagai ramuan seperti beras, rempah dan bahan-bahan lain yang menghasilkan cita rasa yang istimewa menggambarkan kepelbagaian peranan serta kerjasama erat antara agensi dan klien BSHSB dalam mencapai matlamat bersama.

Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd. mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.Semoga bulan ya...
18/02/2026

Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd. mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, ketenangan, dan keinsafan kepada kita semua. Ramadan adalah waktu terbaik untuk kita memperbanyakkan amalan, mengeratkan silaturahim, serta memperkukuhkan nilai kesabaran, keikhlasan, dan integriti dalam setiap aspek kehidupan.

Semoga segala ibadah dan usaha kita sepanjang bulan yang mulia ini diterima dan diberkati. Marilah kita bersama-sama mengambil peluang ini untuk menjadi insan yang lebih baik, bukan sahaja dalam kehidupan peribadi tetapi juga dalam tanggungjawab dan amanah yang dipikul setiap hari.

Ikhlas daripada
Ahli Lembaga Pengarah,
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
serta seluruh warga kerja BSHSB.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐒𝐔𝐂𝐈 𝐇𝐎𝐋𝐃𝐈𝐍𝐆𝐒 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃.(𝐁𝐒𝐇𝐒𝐁) 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐀𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐒𝐇𝐒𝐁Shah Alam, 16 Feb 202...
18/02/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐒𝐔𝐂𝐈 𝐇𝐎𝐋𝐃𝐈𝐍𝐆𝐒 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃.(𝐁𝐒𝐇𝐒𝐁) 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐀𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐒𝐇𝐒𝐁

Shah Alam, 16 Feb 2026

Majlis ini merupakan sebuah platform penting bagi mencerminkan komitmen dan professionalism dalam kalangan kakitangan. Setiap kakitangan diingatkan agar terus berusaha untuk mempertingkatkan produktiviti dalam setiap tugasan yang dipikul serta memberi perkhidmatan terbaik kepada Syarikat.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan penyampaian amanat oleh YAD Dato' Mohd Khay bin Ibrahim, Pengerusi BSHSB, kemudian disusuli ucapan kata-kata semangat daripada Sr. Halim bin Hashim selaku Pengarah BSHSB.

Antara ucapan juga yang disampaikan oleh Pengerusi BSHSB kepada kakitangan BSHSB haruslah berpegang teguh kepada prinsip kecekapan dan keberkesanan, amanah dalam melaksanakan tanggungjawab. Kakitangan Kumpulan BSHSB juga harus menerapkan budaya bersatu, mengekalkan disiplin, memantapkan ukhuwah dan kerjasama sesama rakan sejawat diantara Syarikat dan Anak Syarikat demi menaikkan nama baik Syarikat beserta pembangunan ummah.

Majlis turut diserikan dengan penyerahan kurma oleh Pengerusi BSHSB kepada 45 Kakitangan BSHSB yang hadir sempena menjelang Ramadhan akan muncul tiba.

🧧Selamat Tahun Baharu Cina 2026🧧Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd. merakamkan setulus penghargaan dan ucapan Selamat Tahun Ba...
16/02/2026

🧧Selamat Tahun Baharu Cina 2026🧧

Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd. merakamkan setulus penghargaan dan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh masyarakat Cina yang menyambut perayaan ini.

Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kemakmuran yang berterusan serta memperkukuh semangat keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat majmuk, khususnya di Negeri Selangor.

Gong Xi Fa Cai.

Ikhlas daripada
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah,
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
serta seluruh warga kerja BSHSB.

Address

Bangunan Zakat Selangor, No: 3-01-04, 3-01-05, 3-02-04 Dan 3-02-05, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bakti Suci Holdings Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bakti Suci Holdings Sdn Bhd:

Share