KPDN Selangor

KPDN Selangor Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN)
ARAS 15-17 & 20, MENARA BANK RAKYAT
JALAN MAJLIS, SEKSYEN 14
40622 SHAH ALAM SELANGOR

01/06/2026

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor mengeluarkan sembilan notis terhadap peniaga di negeri itu menerusi Ops Kesan 6.0 dalam memastikan tiada kenaikan harga yang tidak munasabah berikutan situasi global.

Pengarah KPDN Selangor Muhamad Hanif Asa'ari berkata notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 itu dikeluarkan bagi mendapatkan maklumat terperinci berkaitan harga serta kos barangan daripada peniaga terlibat.

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2563711


KPDN Laman Rasmi

Sembilan notis dikeluarkan KPDN Selangor pada hari pertama Ops Kesan 6.0
01/06/2026

Sembilan notis dikeluarkan KPDN Selangor pada hari pertama Ops Kesan 6.0

Sebanyak sembilan notis dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor pada hari pertama pelaksanaan Ops Kesan 6.0, hari ini....

KPDN Selangor perhebat OPS KESAN 6.0, kekang pencatutan barangan keperluan penggunahttps://harapandaily.com/2026/06/01/k...
01/06/2026

KPDN Selangor perhebat OPS KESAN 6.0, kekang pencatutan barangan keperluan pengguna

https://harapandaily.com/2026/06/01/kpdn-selangor-perhebat-ops-kesan-6-0-kekang-pencatutan-barangan-keperluan-pengguna

FOTO BERITA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor memulakan penguatkuasaan OPS KESAN 6.0 hari ini dengan memberi tumpuan kepada pemantauan harga dan bekalan barangan keperluan pengguna bagi membendung aktiviti pencatutan susulan tekanan ekonomi global. (Gambar: UKK...

KEKANG PENCATUTAN DI BAWAH OPS KESAN 6.0, KPDN SELANGOR FOKUS BARANG KEPERLUAN PENGGUNA 1 JUN 2026 | Kementerian Perdaga...
01/06/2026

KEKANG PENCATUTAN DI BAWAH OPS KESAN 6.0, KPDN SELANGOR FOKUS BARANG KEPERLUAN PENGGUNA

1 JUN 2026 | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor komited menggerakkan tindakan pemeriksaan di bawah OPS KESAN 6.0 yang mula berkuat kuasa pada hari ini.

Tindakan ini adalah selaras dengan Kenyataan Media oleh YBhg Datuk Azman bin Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa, Bahagian Penguat Kuasa, KPDN pada 30 Mei 2026 yang lalu.

Penguatkuasaan OPS KESAN 6.0 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 [Akta 723] berkuat kuasa 1 Jun 2026 sehingga 31 Ogos 2026.

Pelaksanaan OPS KESAN 6.0 bertitik tolak daripada krisis bekalan global dan lonjakan harga minyak mentah dunia. Krisis global ini, memberikan mesan berperingkat kepada rantaian bekalan, kos penghantaran, serta harga barangan asas di Malaysia.

Justeru itu, KPDN Selangor komited menggerakkan seluruh Pejabat KPDN Selangor meliputi Shah Alam, Petaling Jaya, Gombak, Kajang, Sepang, Kuala Selangor dan Kuala Kubu Bharu secara terancang di bawah pelaksanaan OPS KESAN 6.0 sehingga 31 Ogos 2026.

Anggota Penguat Kuasa dibantu bersama Pegawai Pemantau Harga KPDN Selangor memberi fokus di bawah OPS KESAN 6.0 untuk memantau dan memastikan peniaga di Selangor tidak mengambil kesempatan disebabkan kenaikan kos bahan mentah, kos operasi perniagaan demi memperoleh keuntungan tinggi yang tidak munasabah.

Tindakan penguatkuasaan OPS KESAN 6.0 selaras dengan perundangan Akta 723, serta Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018.

Pada hari ini, hari pertama penguatkuasaan OPS KESAN 6.0, KPDN Selangor melalui seluruh Pejabat KPDN Selangor mensasarkan pemeriksaan di peringkat peruncit seperti pasaraya dan kedai runcit melibatkan kategori barangan pertanian seperti sayur sawi, kailan, timun, tomato dan cili merah, kategori barangan hasil penternakan seperti ayam standard dan telur ayam.

Barangan dalam kategori petrokimia seperti produk pembungkusan plastik turut juga diperiksa. Pemilihan pemeriksaan di peringkat peruncit pada hari ini, adalah bersesuaian dengan situasi semasa pengguna baharu sahaja melepasi musim perayaan dan dalam tempoh musim cuti persekolahan.

Urus niaga pengguna di peringkat runcit wajar dipantau rapi kedudukan bekalan dan pergerakan harga dalam tempoh krisis global. Kawasan pemeriksaan pada hari ini meliputi kawasan Kuala Langat dan Hulu Langat (Shah Alam, Puchong, Petaling Jaya, Sepang, Kajang, Gombak, Kuala Selangor dan Kuala Kubu Bharu).

Hasil pemeriksaan hari pertama pelaksanaan OPS KESAN 6.0 oleh KPDN Selangor pada 1 Jun 2026 ialah melibatkan 46 Stock Keeping Unit (SKU)/ jenis barangan telah diperiksa oleh pasukan penguat kuasa KPDN Selangor. Sejumlah 46 jenis barangan yang diperiksa tersebut meliputi kategori barangan keperluan harian pengguna.

Sejumlah 46 jenis barangan yang diperiksa oleh 7 Pejabat KPDN Selangor telah menghasilkan sejumlah 9 pengeluaran Notis di bawah Seksyen 21 Akta 723 untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan harga dan kos barangan terlibat. 9 Notis yang dikeluarkan ke atas peniaga yang terlibat di bawah pemeriksaan OPS KESAN 6.0 adalah sebagai langkah intervensi / fear factor kepada peniaga agar berwaspada dan beretika supaya tidak sesekali mengambil kesempatan susulan krisis tenaga global.

Tindakan pemeriksaan selepas ini akan diteruskan dan diperluas di pelbagai peringkat rantaian perniagaan termasuklah pengeluar, pengilang, penternak, peladang, pengedar dan pemborong sepanjang berkuat kuasa OPS KESAN 6.0 sehingga 31 Ogos 2026.

KPDN akan mengambil tindakan tegas sekiranya kenaikan harga yang tidak munasabah dilakukan dan tidak sejajar dengan perundangan pencatutan, bagi individu yang disabitkan kesalahan melakukan pencatutan boleh didenda sehingga RM100,000.00 atau 3 tahun penjara untuk kesalahan kali pertama dan untuk kesalahan kali kedua denda tidak melebihi RM250,000.00 atau penjara 5 tahun, atau kedua-duanya sekali. Manakala bagi syarikat, denda RM500,000.00 untuk kesalahan kali pertama dan kesalahan kali kedua denda RM1,000,000.00 boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan.

KPDN Selangor juga terbuka untuk memberikan nasihat berkaitan prinsip asas dan mekanisme penentuan pencatutan bagi memastikan peniaga sentiasa peka dengan undang-undang yang sedang dikuatkuasakan.

OPS KESAN 6.0 ini adalah sebahagian daripada inisiatif KITA GEMPUR dalam menangani isu manipulasi dalam aktiviti perniagaan. Justeru, pengguna Selangor yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti manipulasi harga disarankan untuk menyalurkan aduan yang lengkap dan tepat melalui saluran aduan rasmi berikut:

i. WhatsApp 019-848 8000;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu https://eaduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800; dan
iv. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.

MUHAMAD HANIF BIN ASA’ARI
Pengarah
KPDN SELANGOR

#

Pegawai Perhubungan Media KPDN Selangor :
Nor Wahidah Muhammad
012 565 7876

01/06/2026

𝐒𝐀𝐓𝐔 πŒπˆπ’πˆ! 𝐒𝐀𝐓𝐔 πˆππˆπ’πˆπ€π“πˆπ…! 🌟

​❝ π·π‘Žπ‘Ÿπ‘–π‘π‘Žπ‘‘π‘Ž π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘π‘’π‘Žπ‘›π‘”, π‘™π‘’π‘π‘–β„Ž π‘π‘Žπ‘–π‘˜ π‘˜π‘–π‘‘π‘Ž π‘ π‘’π‘™π‘Žπ‘šπ‘Žπ‘‘π‘˜π‘Žπ‘›... ❞

Tapi macam mana???

​Nantikan 5 hari lagi..
Follow laman sosial rasmi KPDN untuk info terkini.




-Foodbank

01/06/2026
01/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Shamsul Nizam bin Khalil, Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup atas pengurniaan Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (J.S.M.) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Tahun 2026.

Semoga terus cemerlang dan maju jaya dalam melaksanakan amanah serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara.


πŸ“£π‡π„ππ€π‡π€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 π‘π€π‡πŒπ€π‡ πŒπ€πƒπ€ππˆ (ππ‰π‘πŒ) π’π„πŠπˆπ“π€π‘ ππ„π†π„π‘πˆ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘. πŸ—“οΈTARIKH : 1 JUN 2026 | ISNINPelbagai barangan kep...
01/06/2026

πŸ“£π‡π„ππ€π‡π€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 π‘π€π‡πŒπ€π‡ πŒπ€πƒπ€ππˆ (ππ‰π‘πŒ) π’π„πŠπˆπ“π€π‘ ππ„π†π„π‘πˆ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘.

πŸ—“οΈTARIKH : 1 JUN 2026 | ISNIN

Pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, ayam segar, telur ayam, minyak masak dan barangan dapur serta barangan keperluan dijual pada potongan harga sehingga 30% lebih rendah dari harga pasaran tempatan.

π‘·π’“π’π’ˆπ’“π’‚π’Ž 𝑱𝒖𝒂𝒍𝒂𝒏 π‘Ήπ’‚π’‰π’Žπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’…π’‚π’π’Š 𝑺𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 π‘·π’“π’†π’Žπ’Šπ’”

PJRM DUN KOTA DAMANSARA
⚫WELL-MART SA3 (BUKIT SUBANG)
πŸ•œ10:00 PG - 10:00 MLM (01/06/2026 - 02/06/2026)
πŸ“https://maps.app.goo.gl/8y2J7UY2rfXDnsuW9

PJRM DUN BANDAR UTAMA
⚫WELL-MART KD2 (JALAN PEKAKA)
πŸ•œ10:00 PG - 10:00 MLM (01/06/2026 - 02/06/2026)
πŸ“https://maps.app.goo.gl/e37B6er1eW65vaeG9

PJRM DUN BUKIT LANJAN
⚫WELL-MART DS1 (DAMANSARA DAMAI)
πŸ•œ10:00 PG - 10:00 MLM (01/06/2026 - 02/06/2026)
πŸ“https://maps.app.goo.gl/gkr7YSJVeem3UXm29

PJRM DUN GOMBAK SETIA
⚫WELL-MART GB3 (TAMAN PINGGIRAN)
πŸ•œ10:00 PG - 10:00 MLM (01/06/2026 - 02/06/2026)
πŸ“https://maps.app.goo.gl/9KJ5sURc54r3fULk9




©️2026 Unit Media | KPDN Selangor

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”!Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahπŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ π’π„π‘πˆ ππ€πƒπ”πŠπ€ ππ€π†πˆππƒπ€ π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏...
31/05/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”!

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

πŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ π’π„π‘πˆ ππ€πƒπ”πŠπ€ ππ€π†πˆππƒπ€ π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 π€π†πŽππ† 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πˆππ‘π€π‡πˆπŒ

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijah 1447H.

Sembah takzim daripada Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja KPDN SELANGOR





Address

ARAS 15-17 & 20, MENARA BANK RAKYAT, Jalan MAJLIS, SEKSYEN 14
Shah Alam
40622

Opening Hours

Monday 07:30 - 13:00
14:00 - 18:00
Tuesday 07:30 - 13:00
14:00 - 18:00
Wednesday 07:30 - 13:00
14:00 - 18:00
Thursday 07:30 - 13:00
14:00 - 18:00
Friday 07:30 - 12:15
14:45 - 18:00

Telephone

+60355144300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KPDN Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KPDN Selangor:

Share