Lembaga Urus Air Selangor

Lembaga Urus Air Selangor A State of Selangor's agency who manages water resources. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) is responsible in managing the State of Selangor's water resources.

LUAS integrates actions with other relevant agencies in making sure the availability and the quality of water resources.

{HEBAHAN}Pasukan LUAS sentiasa komited dalam mengurus, memantau dan melindungi sumber air Negeri Selangor melalui rondaa...
02/06/2026

{HEBAHAN}

Pasukan LUAS sentiasa komited dalam mengurus, memantau dan melindungi sumber air Negeri Selangor melalui rondaan serta pemantauan berterusan di kawasan lembangan sungai utama dan sumber air alternatif, tidak kira masa termasuk ketika musim cuti umum. Selain mengawalselia aktiviti berkaitan sumber air, pemantauan dan rondaan ini dilaksanakan bagi memastikan tindakan mitigasi pencegahan awal dapat diambil terhadap insiden yang berpotensi menjejaskan kualiti air sungai, sekali gus memastikan operasi Loji Rawatan Air (LRA) berjalan dengan lancar dan bekalan air terawat kepada pengguna kekal terjamin.

Selamat bercuti dan sentiasa menjaga kebersihan sumber air kita.






{HEBAHAN}Seluruh warga kerja LUAS mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada seluruh masyarakat khususnya di Negeri...
02/06/2026

{HEBAHAN}

Seluruh warga kerja LUAS mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada seluruh masyarakat khususnya di Negeri Sarawak. Semoga sambutan ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan terus memperkukuh semangat perpaduan serta penghargaan terhadap warisan budaya yang kaya dengan keunikan. “Gayu Guru, Gerai Nyamai.”






{HEBAHAN}Pasukan LUAS terus komited melaksanakan rondaan dan pemantauan 24 jam di sungai-sungai utama Negeri Selangor ba...
01/06/2026

{HEBAHAN}

Pasukan LUAS terus komited melaksanakan rondaan dan pemantauan 24 jam di sungai-sungai utama Negeri Selangor bagi memastikan kualiti sumber air sentiasa terpelihara. Pemantauan berterusan ini dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap operasi Loji Rawatan Air (LRA) serta memastikan bekalan air kepada pengguna kekal terjamin. Dedikasi warga LUAS mencerminkan komitmen berterusan dalam menjaga sumber air demi kesejahteraan rakyat.

Selamat bercuti dan teruslah menghargai serta memelihara sumber air demi kesejahteraan bersama.






{HEBAHAN}DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda ...
01/06/2026

{HEBAHAN}

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada
1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada seluruh warga kerja LUAS.






{HEBAHAN}Keselamatan makanan perlu sentiasa diutamakan, terutama semasa musim perayaan. Amalkan kebersihan, pilih makana...
31/05/2026

{HEBAHAN}

Keselamatan makanan perlu sentiasa diutamakan, terutama semasa musim perayaan. Amalkan kebersihan, pilih makanan yang berkualiti serta pastikan penyediaan dan penyimpanan makanan dilakukan dengan betul bagi mengelakkan pencemaran dan risiko keracunan makanan. Bersama-sama kita menjaga kesihatan dan kesejahteraan keluarga sepanjang musim perayaan.






{HEBAHAN}Seluruh warga kerja LUAS mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha. Semoga ...
31/05/2026

{HEBAHAN}

Seluruh warga kerja LUAS mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha. Semoga sambutan ini membawa ketenangan, keharmonian dan kebahagiaan serta memperkukuhkan semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk.






{HEBAHAN}Amalkan pengendalian dan penyimpanan daging korban secara bersih dan selamat bagi memastikan kesegarannya terpe...
30/05/2026

{HEBAHAN}

Amalkan pengendalian dan penyimpanan daging korban secara bersih dan selamat bagi memastikan kesegarannya terpelihara. Pengurusan yang baik bukan sahaja membantu mengekalkan kualiti daging, malah dapat mengelakkan pencemaran serta memastikan ia kekal selamat untuk dinikmati oleh keluarga dan masyarakat.






{HEBAHAN}Seluruh warga kerja LUAS mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat khususnya di Ne...
30/05/2026

{HEBAHAN}

Seluruh warga kerja LUAS mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat khususnya di Negeri Sabah. Semoga sambutan ini terus memupuk semangat perpaduan, keharmonian dan penghargaan terhadap warisan budaya dalam masyarakat. “Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”.






{HEBAHAN}Hari ini LUAS telah menjalankan pemantauan di kolam sumber air alternatif iaitu Kolam KL Larut dan Kolam ORS 1 ...
29/05/2026

{HEBAHAN}

Hari ini LUAS telah menjalankan pemantauan di kolam sumber air alternatif iaitu Kolam KL Larut dan Kolam ORS 1 dan 2, Bestari Jaya. Pemantauan ini bagi memastikan tiada sebarang aktiviti di kolam dijalankan tanpa kebenaran oleh LUAS yang boleh menyumbang kepada risiko gangguan sumber air.

Secara keseluruhan, hasil pemantauan dan semakan LUAS di tapak mendapati kolam tersebut dalam keadaan baik dan terkawal tanpa sebarang bentuk insiden pencemaran.







{HEBAHAN} LUAS hari ini juga turut melaksanakan pemantauan dan pensampelan melalui River Monitoring Programme (RMP) di R...
29/05/2026

{HEBAHAN}

LUAS hari ini juga turut melaksanakan pemantauan dan pensampelan melalui River Monitoring Programme (RMP) di Rawang bagi mengenalpasti bacaan kualiti air sungai semasa. Pelaksanaan RMP hari ini melibatkan kawasan aliran ‘outfall’ yang mengalir ke Sungai Gong. LUAS kini aktif dalam pelaksanaan RMP di setiap lembangan sungai-sungai utama negeri bagi merekodkan bacaan semasa Indeks Kualiti Air (IKA) sungai yang juga merupakan langkah pencegahan serta mitigasi awal terhadap sebarang risiko yang berpotensi menyumbang kepada penurunan/permasalahan kualiti air sungai.

Hasil pensampelan di semua sungai yang terlibat dihantar ke makmal LUAS bagi tujuan semakan dan analisa selanjutnya.






Address

Tingkat 12 & 13, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60355111800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Urus Air Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Urus Air Selangor:

Share