Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi

Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi VISI
Merealisasi "Khaira Ummah"

MISI
Bersama Mendominasi Kebenaran dan Kebaikan Islam

MOTO
"Islamic, Saviour, Obedience"

Merupakan pihak berkuasa agama di Selangor yang fokus pada hal dakwah, pendidikan Islam, pengurusan masjid, penguatkuasaan enakmen Islam dan kekeluargaan.

✨ π—œπ—‘π—¦π—£π—œπ—₯π—”π—¦π—œ π—žπ—›π—¨π—§π—•π—”π—› βœ¨π“π€ππ†π†π”ππ†π‰π€π–π€π πŒπ„ππƒπˆπƒπˆπŠMendidik bukan sekadar satu profesion, bahkan amanah besar dalam membina gene...
15/05/2026

✨ π—œπ—‘π—¦π—£π—œπ—₯π—”π—¦π—œ π—žπ—›π—¨π—§π—•π—”π—› ✨

𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁 πŒπ„ππƒπˆπƒπˆπŠ

Mendidik bukan sekadar satu profesion, bahkan amanah besar dalam membina generasi berilmu, berakhlak dan bertakwa. Peranan pendidik sangat penting dalam membentuk masyarakat, membanteras kemungkaran serta meneruskan legasi dakwah Rasulullah SAW.




✨ πŒπ”π“πˆπ€π‘π€ π—žπ—›π—¨π—§π—•π—”π—›βœ¨Menjadi seorang pendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membimbing dengan hikmah, sabar dan k...
15/05/2026

✨ πŒπ”π“πˆπ€π‘π€ π—žπ—›π—¨π—§π—•π—”π—›βœ¨

Menjadi seorang pendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membimbing dengan hikmah, sabar dan kasih sayang. Guru berperanan membentuk akhlak, memperbetulkan kesilapan serta memimpin anak didik ke arah kebaikan dan kejayaan dunia akhirat.



15/05/2026

πŸ”΄ KULIAH , KHUTBAH & SOLAT FARDHU JUMAAT
πŸ“… 27 ZULQA'DAH 1447H / 15-05-2026
πŸ“• β€œMENCONTOHI NABI SAW DALAM MENDIDIK"
πŸ•Œ MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Jom berinfaq di Tabung Sumbangan Jemaah MSSAAS:
106640016112 (Affin Islamic)

Firman Allah SWT:

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘ Ψ§Ω„Ω’Ω…ΩΨ΅ΩŽΩ‘Ψ―ΩΩ‘Ω‚ΩΩŠΩ†ΩŽ ΩˆΩŽΨ§Ω„Ω’Ω…ΩΨ΅ΩŽΩ‘Ψ―ΩΩ‘Ω‚ΩŽΨ§Ψͺِ ΩˆΩŽΨ£ΩŽΩ‚Ω’Ψ±ΩŽΨΆΩΩˆΨ§ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩŽ Ω‚ΩŽΨ±Ω’ΨΆΨ§Ω‹ Ψ­ΩŽΨ³ΩŽΩ†Ψ§Ω‹ يُآَاعَفُ Ω„ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΩ„ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω’ Ψ£ΩŽΨ¬Ω’Ψ±ΩŒ ΩƒΩŽΨ±ΩΩŠΩ…ΩŒ

Yang bermaksud:
β€œSesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka p**a akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

15/05/2026
πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π“πˆπ‹π€π–π€π‡ 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐅𝐀𝐙𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆 πŸπŸ’πŸ’πŸ•Pejabat Agama Islam Daerah Sepangdengan kerjasama agensi...
15/05/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π“πˆπ‹π€π–π€π‡ 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐅𝐀𝐙𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆 πŸπŸ’πŸ’πŸ•

Pejabat Agama Islam Daerah Sepang
dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan Daerah Sepang akan menganjurkan:

✨ Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Daerah Sepang Tahun 1447H / 2026M ✨

πŸ“… 16 & 17 Mei 2026
πŸ•— 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Masjid Desa Sentosa, Teras Jernang, Sepang

Sehubungan itu, seluruh muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan majlis syiar Al-Quran ini.

β€œAl-Quran Sebagai Pedoman Hidup, Ummah Sejahtera Dunia Akhirat”

πŸ’ π—œπ—‘π—™π—’ π—”π—žπ—œπ——π—”π—› π—¦π—˜π— π—”π—¦π—”πŸ’ 99 Nama Allah  #93Al-Nur adalah salah satu daripada nama-nama Allah yang agung yang bermaksud Maha B...
15/05/2026

πŸ’ π—œπ—‘π—™π—’ π—”π—žπ—œπ——π—”π—› π—¦π—˜π— π—”π—¦π—”πŸ’ 

99 Nama Allah #93

Al-Nur adalah salah satu daripada nama-nama Allah yang agung yang bermaksud Maha Bercahaya / Pemberi Cahaya.

Rujukan: Buku Pengajian Akidah Jilid 1, Jabatan Agama Islam Selangor.

Ikuti JAIS di platform X (Twitter)
https://x.com/intent/follow?screen_name=jaisel_official



βš”οΈπ—–π—˜π—šπ—”π—› π—π—˜π—‘π—”π—¬π—”π—› 𝗦𝗬𝗔π—₯π—œπ—”π—›βš”οΈπŸ—£ ππ€π’πˆπ‡π€π“ π€πŒπ€π‘  "Di sebalik haiwan yang kita korbankan, pasti menjadi senyuman pada yang memerl...
14/05/2026

βš”οΈπ—–π—˜π—šπ—”π—› π—π—˜π—‘π—”π—¬π—”π—› 𝗦𝗬𝗔π—₯π—œπ—”π—›βš”οΈ

πŸ—£ ππ€π’πˆπ‡π€π“ π€πŒπ€π‘

"Di sebalik haiwan yang kita korbankan, pasti menjadi senyuman pada yang memerlukan. Ikhlaslah dalam beribah."

-PPA Azzam

πŸ“³Ikuti JAIS untuk lebih info cegah jenayah syariah https://whatsapp.com/channel/0029VaVekegJP213apEM9Q1b




πŸ’ π—œπ—‘π—™π—’ π—”π—žπ—œπ——π—”π—› π—¦π—˜π— π—”π—¦π—”πŸ’ 99 Nama Allah  #92 Al-Nafi' adalah salah satu daripada nama-nama Allah yang agung yang bermaksud Mah...
14/05/2026

πŸ’ π—œπ—‘π—™π—’ π—”π—žπ—œπ——π—”π—› π—¦π—˜π— π—”π—¦π—”πŸ’ 

99 Nama Allah #92

Al-Nafi' adalah salah satu daripada nama-nama Allah yang agung yang bermaksud Maha Pemberi Manfaat.
Meluaskan kebaikan dan kurniaan-Nya kepada semua hamba, masyarakat dan Negera.

Ikuti JAIS di platform X (Twitter)
https://x.com/intent/follow?screen_name=jaisel_official



πŠπŽπ‹π€ππŽπ‘π€π’πˆ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ πˆπ“ππŒ-π‰π€πˆπ’: πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ ππ„ππ“π„π‘π‰π„πŒπ€π‡π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ„π‘ππˆπ“π€π πˆπ‹πŒπ”Shah Alam, 12 Mei 2026 – Jabatan Agama Islam...
13/05/2026

πŠπŽπ‹π€ππŽπ‘π€π’πˆ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ πˆπ“ππŒ-π‰π€πˆπ’: πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ ππ„ππ“π„π‘π‰π„πŒπ€π‡π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ„π‘ππˆπ“π€π πˆπ‹πŒπ”

Shah Alam, 12 Mei 2026 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Unit Latihan dan Penarafan hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) bagi membincangkan ruang kerjasama strategik dalam bidang penterjemahan, penerbitan dan pembangunan modal insan.

Pertemuan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Haji Ali, Bangunan Sultan Idris Shah ini menjadi platform penting untuk meneroka potensi sinergi antara kedua-dua pihak dalam memartabatkan pengurusan ilmu dan pendidikan Islam melalui kepakaran teknikal yang dimiliki oleh ITBM.

Delegasi ITBM yang diketuai oleh Encik Ahmad Shuami bin Yunos, Ketua Akademi Bahasa & Terjemahan hadir bersama Pengurusan Kanan Jabatan Pembangunan Perniagaan, Penerbitan dan Terjemahan bagi membentangkan pelbagai khidmat utama merangkumi latihan penterjemahan, kejurubahasaan serta penerbitan buku karya asli dan terjemahan. Manakala JAIS diwakili oleh Encik Solehan bin Roup Ketua Sektor, Bahagian Pendidikan Islam bersama para pegawai dari Bahagian JAIS.

Antara fokus perbincangan dalam bidang penterjemahan bagi melatih pelajar JAIS, kursus kemahiran bahasa dan penulisan untuk pegawai serta guru JAIS dan memberi khidmat suntingan bagi dokumen rasmi dan sijil akademik. Selain itu, pihak ITBM turut menawarkan kerjasama dalam penerbitan karya berkaitan pendidikan Islam serta pembekalan buku rujukan sekolah dengan tawaran diskaun istimewa kepada pihak JAIS.

Melalui kunjungan ini, JAIS dan ITBM berharap agar jalinan kerjasama ini dapat direalisasikan sebagai usaha tanggungjawab sosial untuk menyemarakkan lagi industri penterjemahan dan penerbitan negara dan sekaligus memastikan ekosistem terjemahan dalam warga kerja terus progresif dan berdaya saing di peringkat global.




πŸ’ π—œπ—‘π—™π—’ π—”π—žπ—œπ——π—”π—› π—¦π—˜π— π—”π—¦π—”πŸ’ 99 Nama Allah  #91 Al-Dar adalah salah satu daripada nama-nama Allah yang agung yang bermaksud Maha ...
13/05/2026

πŸ’ π—œπ—‘π—™π—’ π—”π—žπ—œπ——π—”π—› π—¦π—˜π— π—”π—¦π—”πŸ’ 

99 Nama Allah #91

Al-Dar adalah salah satu daripada nama-nama Allah yang agung yang bermaksud Maha Pendatang Mudharat / Maha Pemberi Bahaya.
Menurunkan seksa-Nya kepada musuh-musuh-Nya.

Ikuti JAIS di platform X (Twitter)
https://x.com/intent/follow?screen_name=jaisel_official



π’π„πŒπˆππ€π‘ πŠπ„π…π€π‡π€πŒπ€π π„πŠπ’π“π‘π„πŒπˆπ’πŒπ„ 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π„π‹π„π–π„ππ†π€π π€πŠπˆπƒπ€π‡ πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ€π‹π€ππ†π€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πˆππ“ 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πƒπˆπ€π‹πŽπ† ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐒.𝐒. 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π‰π€πˆ...
12/05/2026

π’π„πŒπˆππ€π‘ πŠπ„π…π€π‡π€πŒπ€π π„πŠπ’π“π‘π„πŒπˆπ’πŒπ„ 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π„π‹π„π–π„ππ†π€π π€πŠπˆπƒπ€π‡ πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ€π‹π€ππ†π€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πˆππ“ 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πƒπˆπ€π‹πŽπ† ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐒.𝐒. 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π‰π€πˆπ’

SHAH ALAM, 8 Mei 2026 – Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Dakwah JAIS telah menganjurkan Seminar Kefahaman Ekstremisme dan Penyelewengan Akidah Dalam Kalangan Pelajar IPT bertempat di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam.

Seminar yang disertai lebih 300 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar ipt itu bertujuan menyahut keperluan semasa dalam memberi penjelasan berkaitan akidah dan syariah Islam yang sebenar serta menerangkan pemikiran dan fahaman bertentangan dengan syarak yang sedang tular serta perlu dijauhkan.

Seminar kali ini menampilkan panel seperti Ustaz Halem Hapis, Penolong M***i Jabatan M***i Negeri Selangor, Supt. Iswandy Abd Lah, Supt. Cawangan Khas Bukit Aman, dan Ustaz Radihan Saari, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM.

Dalam program yang sama turut diadakan sesi dialog bersama S.S. Pengarah JAIS, Dato’ Haji Mohd Shahzihan Ahmad. Sesi soal jawab ini menjadi platform bagi para peserta mendapatkan penjelasan mengenai fahaman-fahaman menyeleweng yang tular dalam komuniti sekitar serta gerak kerja yang telah dijalankan oleh pihak JAIS bagi menanganinya.




Address

Bangunan Sultan Idris Shah, No 2 Persiaran Masjid, 40676 Shah Alam
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Friday 08:30 - 12:15
14:45 - 16:30

Telephone

+60355143600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi:

Share