Menteri Besar Selangor Incorporation

Menteri Besar Selangor Incorporation Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Menteri Besar Selangor Incorporation, Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam.

PELUANG KERJAYA DI MBI SELANGORMBI Selangor mempelawa calon-calon yang berkelayakan dan berpengalaman untuk mengisi jawa...
14/05/2026

PELUANG KERJAYA DI MBI SELANGOR

MBI Selangor mempelawa calon-calon yang berkelayakan dan berpengalaman untuk mengisi jawatan seperti berikut:

Eksekutif Kanan – Pentadbiran & Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)

Kami mencari individu yang berdedikasi, proaktif dan kompeten dengan pengalaman kukuh dalam pengurusan pentadbiran serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi menyokong kelancaran operasi organisasi secara berkesan dan profesional.

Calon yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam pematuhan OSHA, pengurusan keselamatan, penyelarasan pentadbiran serta pengurusan pihak berkepentingan amat digalakkan untuk memohon.

Calon yang berminat boleh menghantar resume/CV terkini ke:
[[email protected]](mailto:[email protected])

Tarikh tutup permohonan: 22 Mei 2026

Sertai MBI Selangor dan bina kerjaya anda bersama organisasi yang dinamik dan progresif. Mohon sekarang.

Tahniah kepada YBrs. Ts. Mohd Rizal Haji Atan, Ketua Jabatan Teknologi Digital MBI Selangor, atas pengiktirafan yang dit...
13/05/2026

Tahniah kepada YBrs. Ts. Mohd Rizal Haji Atan, Ketua Jabatan Teknologi Digital MBI Selangor, atas pengiktirafan yang diterima di Majlis CIO 200 Recognition & Felicitation Ceremony sempena Malaysia CIO 200 Summit 2026 yang berlangsung pada 12 Mei 2026 di M Resort & Hotel Kuala Lumpur.

Pengiktirafan ini mencerminkan kepimpinan beliau yang progresif serta komitmen tinggi dalam memacu transformasi digital dan inovasi di MBI Selangor ke arah organisasi yang lebih pintar, cekap dan berdaya saing.

Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi dalam memperkukuh agenda pendigitalan demi kemajuan dan kecemerlangan berterusan.








MBI Selangor menjemput syarikat-syarikat yang masih sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan berpengalaman...
11/05/2026

MBI Selangor menjemput syarikat-syarikat yang masih sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan berpengalaman untuk mengemukakan tawaran bagi Penyediaan Reka Bentuk Ruang Dalaman Serta Pengubahsuaian Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan.

Layari laman web www.mbiselangor.com untuk maklumat lanjut.

Hari kedua  diteruskan dengan sesi “Dialog Masa Depan Selangor” bersama mahasiswa Anak Selangor di Sydney yang memberi f...
10/05/2026

Hari kedua diteruskan dengan sesi “Dialog Masa Depan Selangor” bersama mahasiswa Anak Selangor di Sydney yang memberi fokus kepada aspirasi pembangunan negeri serta peluang masa depan untuk generasi muda Selangor di peringkat global.

Sesi tersebut turut mengetengahkan agenda pembangunan Negeri Selangor menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS 2), khususnya dalam memperkukuh sektor ekonomi digital, AI, semikonduktor, aeroangkasa, teknologi hijau, logistik dan pembangunan bakat masa depan selaras dengan pertumbuhan pesat negeri sebagai penyumbang terbesar ekonomi negara.

Dalam sesi perkongsian tersebut, turut berkongsi peranannya sebagai cabang pelaburan strategik Kerajaan Negeri dalam membina ekosistem yang membuka peluang kepada generasi muda merentasi sektor teknologi, media digital, pendidikan, utiliti serta pembangunan industri masa depan.

Dengan lebih 61,000 peluang pekerjaan diwujudkan melalui pelaburan baharu, Selangor terus komited dalam melahirkan bakat berkemahiran tinggi dan memperkukuh hubungan dengan mahasiswa serta diaspora Selangor di luar negara bagi menyokong pembangunan negeri yang lebih progresif, mampan dan berdaya saing.





Sempena sambutan Hari Ibu Sedunia, MBI Selangor ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh wanita yang bergelar ibu ata...
09/05/2026

Sempena sambutan Hari Ibu Sedunia, MBI Selangor ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh wanita yang bergelar ibu atas segala pengorbanan, kasih sayang dan kekuatan yang dicurahkan kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat.

Di sebalik kemajuan organisasi dan pembangunan negeri, terdapat peranan besar para ibu yang sentiasa cekal mengimbangi tanggungjawab sebagai penjaga, profesional dan pemimpin dalam kehidupan seharian.

Dedikasi, ketabahan dan nilai empati yang dibawa oleh para ibu menjadi inspirasi dalam membentuk persekitaran kerja yang lebih prihatin, progresif dan berdaya tahan.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai.

Selamat Hari Ibu kepada semua wanita hebat yang bergelar ibu.





Malam yang penuh bermakna bersama komuniti diaspora dan mahasiswa Anak Selangor di Australia sempena Majlis Makan Malam ...
09/05/2026

Malam yang penuh bermakna bersama komuniti diaspora dan mahasiswa Anak Selangor di Australia sempena Majlis Makan Malam Bersama Diaspora Selangor di Australia 2026 yang berlangsung di Crowne Plaza Sydney Darling Harbour.

Majlis yang dihadiri hampir 100 mahasiswa, wakil industri, institusi pendidikan dan komuniti Anak Selangor ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan antarabangsa serta membuka ruang kolaborasi strategik yang mampu menyumbang kepada pembangunan masa depan negeri Selangor.

Melalui sesi perkongsian bersama para peserta, menegaskan komitmen Selangor dalam membina ekosistem yang menghubungkan pendidikan, industri, pelaburan dan peluang global bagi melahirkan generasi muda yang lebih bersedia, kompetitif dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran ekonomi masa depan.

Australia juga dilihat mempunyai kekuatan besar dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan teknologi bertaraf dunia. Selangor melihat potensi kerjasama yang luas dalam bidang AI, keselamatan siber, teknologi hijau, penyelidikan kesihatan, agrikultur moden dan pembangunan lestari demi mewujudkan pertumbuhan yang lebih mampan dan inklusif.

MBI Selangor percaya diaspora dan mahasiswa Selangor di luar negara bukan sahaja membawa nama negeri di persada antarabangsa, malah turut menjadi jambatan penting dalam memperkukuh jaringan ilmu, inovasi dan kerjasama global untuk masa depan Selangor yang lebih progresif dan mampan.





Dato’ Ts. Saipolyazan M. Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor telah menyertai seminar “From Research to ...
09/05/2026

Dato’ Ts. Saipolyazan M. Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor telah menyertai seminar “From Research to Reality: Innovation Experiences from Academia and Industry” sebagai panel speaker sempena Konvensyen Mahasiswa Selangor Luar Negara Ke-5 (KOMSEL 2026) yang berlangsung di Sydney, Australia.

Sesi ini menjadi platform bermakna untuk membincangkan bagaimana penyelidikan, inovasi dan pembangunan bakat dapat diterjemahkan kepada impak sebenar melalui kerjasama yang lebih kukuh antara dasar, akademia dan industri.

Perbincangan turut mengetengahkan usaha berterusan Selangor dalam memperkukuh ekosistem inovasi yang saling terhubung menerusi transformasi digital, teknologi masa hadapan, pembangunan bakat dan pertumbuhan mampan.

Program ini juga membuka ruang interaksi yang bermanfaat bersama mahasiswa Malaysia di luar negara, ahli akademik serta wakil industri dalam membincangkan masa depan inovasi dan pembangunan negara.

Terima kasih kepada pihak penganjur, rakan panel dan para peserta atas perbincangan yang amat bermakna serta layanan mesra sepanjang program berlangsung.





Komunikasi yang jelas, tersusun dan berkesan merupakan antara tunjang utama dalam memastikan kelancaran pelaksanaan oper...
06/05/2026

Komunikasi yang jelas, tersusun dan berkesan merupakan antara tunjang utama dalam memastikan kelancaran pelaksanaan operasi serta hala tuju strategik sesebuah organisasi.

Selaras dengan komitmen tersebut, MBI Selangor telah mengadakan sesi sulung Dialog Dinamik semalam, sebuah platform libat urus strategik yang menghimpunkan Ketua-Ketua Jabatan bersama barisan kepimpinan tertinggi MBI Selangor.

Sesi tersebut menampilkan pembentangan daripada empat Ketua Jabatan yang mengetengahkan pencapaian, perkembangan semasa serta inisiatif strategik utama yang sedang dilaksanakan bagi memperkukuh prestasi organisasi.

Program berkenaan diakhiri dengan amanat khas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, Dato’ Ts. Saipolyazan M Yusop, yang menekankan kepentingan memperkukuh semangat kerja berpasukan, memperkasa tadbir urus dan integriti, serta memastikan penyelarasan komunikasi yang efektif di setiap peringkat organisasi.

Usaha kolektif ini amat penting dalam menggerakkan seluruh warga kerja MBI Selangor sebagai satu pasukan yang bersatu ke arah merealisasikan aspirasi Thrive28.





05/05/2026

“Memang ada ura-ura kos akan meningkat tetapi buat masa ini belum ada sebarang permohonan daripada kontraktor… jadi kontrak asal tetap dikekalkan” kata Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Incorporation, Dato’ Ts Saipolyazan M Yusop.

Baca selanjutnya: https://mediaselangor.com/ms/2026/05/355521

Hari Pekerja bukan sekadar menghargai usaha dan dedikasi, tetapi juga mengiktiraf peranan setiap warga kerja dalam menyu...
30/04/2026

Hari Pekerja bukan sekadar menghargai usaha dan dedikasi, tetapi juga mengiktiraf peranan setiap warga kerja dalam menyumbang kepada pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Di Kumpulan MBI Selangor, setiap usaha yang dicurahkan membawa makna yang lebih besar. Ia menyokong aspirasi pembangunan Selangor, memperkukuh ekonomi negeri dan memberi impak kepada kehidupan masyarakat secara menyeluruh.

Terima kasih atas komitmen, semangat dan keikhlasan anda dalam memastikan setiap amanah dilaksanakan dengan sebaiknya. Teruskan melangkah bersama dengan penuh integriti dan rasa tanggungjawab.

Selamat Hari Pekerja 2026.





Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Rizal Haji Atan, Ketua Jabatan Teknologi Digital MBI Selangor atas pengiktirafan seb...
30/04/2026

Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Rizal Haji Atan, Ketua Jabatan Teknologi Digital MBI Selangor atas pengiktirafan sebagai Penerima Anugerah Pemimpin Transformasi Digital Terbaik dalam Anugerah Kecemerlangan DT 2026.

Pengiktirafan ini mencerminkan kepimpinan beliau yang berwawasan dan strategik dalam menerajui agenda transformasi digital MBI Selangor, khususnya dalam memperkukuh pembangunan ekosistem berasaskan data yang mampan, inovatif dan berimpak tinggi.

Ia turut mengiktiraf peranan penting beliau dalam memacu perubahan organisasi, memperkukuh tadbir urus digital serta meningkatkan nilai kepada organisasi dan masyarakat secara menyeluruh.

Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan, sekaligus memperkukuh kedudukan MBI Selangor sebagai peneraju transformasi digital yang progresif dan berdaya saing.





Address

Bangunan Darul Ehsan
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Menteri Besar Selangor Incorporation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Menteri Besar Selangor Incorporation:

Share