Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam

Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam BALAI POLIS SEKSYEN 9, PERSIARAN KAYANGAN 40100 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

PROGRAM OSCAR PERINGKAT BALAI POLIS SEKSYEN 9, IPD SHAH ALAMSHAH ALAM, 26 Ogos 2026 – Timbalan Ketua Polis Balai (TKPB) ...
27/08/2026

PROGRAM OSCAR PERINGKAT BALAI POLIS SEKSYEN 9, IPD SHAH ALAM

SHAH ALAM, 26 Ogos 2026 – Timbalan Ketua Polis Balai (TKPB) Seksyen 9, S/Insp. Mohd Isa bin Hamzah bersama Sjn. Bakri bin Abdullah, anggota Amanita serta anggota sektor telah mengadakan Program OSCAR melalui sesi perjumpaan bersama penduduk Taman Tadisma, Seksyen 13, Shah Alam.

Program tersebut turut dihadiri oleh Dato’ Jamaluddin bin Non, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tadisma; En. Nazri Abdul Aziz, Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tadisma; Hj. Kamarul Zaman, Setiausaha Persatuan serta beberapa orang pengurus dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Penduduk Taman Tadisma.

Sesi perjumpaan ini bertujuan mengeratkan hubungan serta memperkukuhkan kerjasama antara pihak polis dengan komuniti setempat di samping mendapatkan maklum balas berkaitan isu keselamatan dan kebajikan penduduk.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk isu kejadian pecah rumah, kenderaan terbiar di kawasan perumahan, serta urusan mendapatkan permit pengebumian bagi kes kematian, selain beberapa isu lain yang dibangkitkan oleh pihak persatuan dan penduduk.

Perjumpaan seumpama ini diharap dapat menjadi medium komunikasi yang berkesan antara pihak polis dan komuniti dalam mengenal pasti isu-isu setempat serta mencari penyelesaian secara bersama, sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, harmoni dan sejahtera.


LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS ISTERI ANGGOTA BALAI POLIS SEKSYEN 9, SHAH ALAMSHAH ALAM, 26 Ogos 2026 – Sebagai tanda kepriha...
27/08/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS ISTERI ANGGOTA BALAI POLIS SEKSYEN 9, SHAH ALAM

SHAH ALAM, 26 Ogos 2026 – Sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga Balai Polis Seksyen 9, Timbalan Ketua Polis Balai (TKPB) Seksyen 9, S/Insp. Mohd Isa bin Hamzah, mewakili Ketua Polis Balai (KPB) Seksyen 9, Insp. Mohd Zamri bin Muhamad Azrain, telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Puan Norma binti Mansor, isteri kepada anggota Balai Polis Seksyen 9, Kpl Ahmad Fuad bin Omar, yang baru menjalani prosedur pembedahan bagi mengeluarkan cecair di bahagian bawah dagu di Hospital Ampang pada 10 Ogos 2026.

Lawatan tersebut diadakan sebagai tanda keprihatinan serta bagi memberikan sokongan moral dan semangat kepada Puan Norma sekeluarga dalam menghadapi tempoh pemulihan, di samping memastikan kebajikan anggota serta ahli keluarga sentiasa diberi perhatian.

Dalam lawatan berkenaan, S/Insp. Mohd Isa bin Hamzah turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada keluarga sebagai tanda keprihatinan dan sokongan daripada warga Balai Polis Seksyen 9.

Semoga Puan Norma binti Mansor dikurniakan kesembuhan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan rawatan serta diberikan kekuatan dan ketabahan sepanjang menjalani proses pemulihan.

“KEBAJIKAN WARGA SENTIASA DIUTAMAKAN”


Kejohanan Bowling “Strike Dulu, Baru Sorak”Anjuran Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah AlamShah Alam, 22 Ogos 2026 – Seko...
22/08/2026

Kejohanan Bowling “Strike Dulu, Baru Sorak”
Anjuran Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam

Shah Alam, 22 Ogos 2026 – Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam telah mengadakan Kejohanan Bowling “Strike Dulu, Baru Sorak” bertempat di Ampang Superbowl @ Summit USJ.

Kejohanan ini turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), iaitu S/I Mohd Isa bin Hamzah, T/KPB Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, S/I Zulkifli bin Mohd Nor, serta beberapa orang anggota Balai Polis Seksyen 9 dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS).

Turut hadir ialah Puan Norlaily, Guru Besar SK Seksyen 9, Shah Alam merangkap Pengerusi BKGK, serta seramai 70 orang peserta dan jemputan yang terdiri daripada warga sekolah dan anggota PDRM.

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara PPS dengan pihak sekolah, di samping menjadi platform untuk memperkukuh jalinan kerjasama antara PDRM dan pihak sekolah khususnya dalam aspek keselamatan serta kesejahteraan warga sekolah.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama antara pihak PDRM dengan pihak sekolah, di samping memupuk semangat kesukanan, mengeratkan silaturahim serta meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan dalam kalangan warga sekolah.





LAWATAN PELAJAR TADIKA Q-DEES KE BALAI POLIS SEKSYEN 9, SHAH ALAMSHAH ALAM, 13 Ogos 2026 – Balai Polis Seksyen 9, Shah A...
13/08/2026

LAWATAN PELAJAR TADIKA Q-DEES KE BALAI POLIS SEKSYEN 9, SHAH ALAM

SHAH ALAM, 13 Ogos 2026 – Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam telah menerima kunjungan pelajar dan guru dari Tadika Q-dees pada jam lebih kurang 9.00 pagi dalam satu program lawatan sambil belajar bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai peranan dan tugas pasukan polis.

Lawatan tersebut dimulakan dengan sesi berkenalan antara para pelajar dan warga Balai Polis Seksyen 9. Para pelajar turut diberi peluang menyertai aktiviti berkawad serta mempelajari asas tabik hormat dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

Selain itu, satu pameran kenderaan polis turut diadakan bagi memberi pengalaman secara langsung kepada para pelajar. Mereka diberi peluang menaiki kenderaan polis serta mengambil gambar sebagai kenangan, sekali gus memberi gambaran lebih dekat mengenai kenderaan yang digunakan dalam menjalankan tugas kepolisan.

Program berkenaan berlangsung dalam suasana ceria dan mendapat sambutan baik daripada para pelajar. Lawatan ini diharap dapat memupuk minat serta keyakinan dalam kalangan kanak-kanak terhadap pasukan polis, di samping mengeratkan hubungan antara pihak polis dengan komuniti setempat.



LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS ANGGOTA BALAI POLIS SEKSYEN 9, SHAH ALAMSHAH ALAM, 11 Ogos 2026 – S/Insp. Mohd Isa bin Hamzah,...
12/08/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS ANGGOTA BALAI POLIS SEKSYEN 9, SHAH ALAM

SHAH ALAM, 11 Ogos 2026 – S/Insp. Mohd Isa bin Hamzah, Timbalan Ketua Polis Balai (TKPB) Seksyen 9, mewakili Ketua Polis Balai (KPB) Seksyen 9, Insp. Mohd Zamri bin Muhamad Azrain, telah berkunjung ke kediaman Kpl Sivaprakash A/L Dharmaderan yang sedang menjalani tempoh pemulihan di rumah setelah disahkan menghidap penyakit Chronic Pancreatitis.

Kunjungan tersebut turut disertai dengan penyampaian sumbangan ikhlas oleh S/Insp. Mohd Isa bin Hamzah kepada Kpl Sivaprakash sebagai tanda sokongan dan keprihatinan pihak pengurusan terhadap keadaan serta kebajikan anggota yang sedang menjalani rawatan.

Semoga kunjungan ini dapat memberi semangat kepada Kpl Sivaprakash untuk terus menjalani proses pemulihan dengan tabah dan semoga beliau dikurniakan kesihatan yang semakin baik serta dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh rawatan.


LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS ISTERI ANGGOTA BALAI POLIS SEKSYEN 9, SHAH ALAMSHAH ALAM, 10 Ogos 2026 – Timbalan Ketua Polis ...
10/08/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS ISTERI ANGGOTA BALAI POLIS SEKSYEN 9, SHAH ALAM

SHAH ALAM, 10 Ogos 2026 – Timbalan Ketua Polis Balai (TKPB) Seksyen 9, S/Insp. Mohd Isa bin Hamzah, mewakili Ketua Polis Balai (KPB) Seksyen 9, Insp. Mohd Zamri bin Muhamad Azrain, bersama Puan Noor Amalina binti Amsah dan beberapa anggota Balai Polis Seksyen 9 telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas isteri anggota Balai Polis Sekyen 9 Kpl Muklif, yang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 31 Julai 2026 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Lawatan ini adalah sebagai tanda keprihatinan serta sokongan pihak Balai Polis Seksyen 9 terhadap kebajikan anggota dan keluarga. Dalam kesempatan tersebut, ucapan tahniah dan sumbangan turut disampaikan kepada Kpl Muklif dan keluarga atas kelahiran cahaya mata baharu.

Semoga kehadiran pihak balai dalam lawatan ini dapat menyemarakkan semangat kekeluargaan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga Balai Polis Seksyen 9. Seluruh warga Balai Polis Seksyen 9 turut mendoakan agar ibu dan bayi sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.


LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS ANAK ANGGOTA BALAI POLIS SEKSYEN 9, SHAH ALAMSHAH ALAM, 21 Julai 2026 – Bagi menzahirkan kepri...
21/07/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS ANAK ANGGOTA BALAI POLIS SEKSYEN 9, SHAH ALAM

SHAH ALAM, 21 Julai 2026 – Bagi menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan warga Balai Polis Seksyen 9, Timbalan Ketua Polis Balai (TKPB) Seksyen 9, S/Insp. Mohd Isa bin Hamzah, mewakili Ketua Polis Balai (KPB) Seksyen 9, Insp. Mohd Zamri bin Muhamad Azrain mengadakan lawatan kebajikan ke atas Muhammad Farizq Syakirin, anak kepada anggota Balai Polis Seksyen 9, Kpl Muhammad Nur Imran bin Abdullah yang baru sahaja menjalani pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL) di Hospital Al-Sultan Abdullah, Puncak Alam pada 19 Julai 2026.

Lawatan ini bertujuan memberikan semangat dan sokongan moral kepada Muhammad Farizq Syakirin serta keluarganya, di samping menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan anggota dan ahli keluarga yang sedang menghadapi ujian.

S/Insp. Mohd Isa bin Hamzah turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada keluarga sebagai tanda keprihatinan terhadap warga Balai Polis Seksyen 9.

Semoga Muhammad Farizq Syakirin dikurniakan kesembuhan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan rawatan serta diberikan kekuatan dan ketabahan sepanjang proses pemulihan.


LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS IBU ANGGOTA BALAI POLIS SEKSYEN 9, SHAH ALAMSHAH ALAM, 21 Julai 2026 – Timbalan Ketua Polis Ba...
21/07/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS IBU ANGGOTA BALAI POLIS SEKSYEN 9, SHAH ALAM

SHAH ALAM, 21 Julai 2026 – Timbalan Ketua Polis Balai (TKPB) Seksyen 9, S/Insp. Mohd Isa bin Hamzah, mewakili Ketua Polis Balai (KPB) Seksyen 9, Insp. Mohd Zamri bin Muhamad Azrain, telah membuat lawatan kebajikan ke atas Puan Rohana binti Tauhid, ibu kepada anggota Balai Polis Seksyen 9, L/Kpl/S Muhammad Adi bin Sani.

Puan Rohana kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh setelah disahkan menghidap kanser otak. Lawatan ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap kebajikan anggota serta ahli keluarga mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Dalam lawatan tersebut, S/Insp. Mohd Isa bin Hamzah turut menyampaikan sumbangan ikhlas sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada L/Kpl/S Muhammad Adi bin Sani serta keluarganya.

Semoga Puan Rohana binti Tauhid diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikurniakan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini.


PROGRAM GOTONG-ROYONG PERINGKAT PERUMAHAN POLIS SEKSYEN 11 SHAH ALAM18 Julai 2026, Shah Alam – Program gotong-royong per...
18/07/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERINGKAT PERUMAHAN POLIS SEKSYEN 11 SHAH ALAM

18 Julai 2026, Shah Alam – Program gotong-royong peringkat Perumahan Polis Seksyen 11, Shah Alam telah berjaya dilaksanakan dengan diketuai oleh Insp. Mohd Zamri bin Muhamad Azrain, selaku Pengerusi Perumahan Polis Seksyen 11.

Program gotong-royong ini dijalankan bertujuan untuk membersihkan kawasan-kawasan sekitar agar sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan selamat.

Program ini juga bertujuan memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan tanggungjawab dalam kalangan penghuni berek terhadap kebersihan serta pemeliharaan alam sekitar. Inisiatif ini diharap dapat mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif, sihat dan selesa untuk dinikmati oleh semua.



LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS ANGGOTA BALAI POLIS SEKSYEN 9, SHAH ALAMSHAH ALAM, 2 Julai 2026 – Sebagai tanda keprihatinan t...
02/07/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS ANGGOTA BALAI POLIS SEKSYEN 9, SHAH ALAM

SHAH ALAM, 2 Julai 2026 – Sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga pasukan, S/Insp. Mohd Isa bin Hamzah, Timbalan Ketua Polis Balai (TKPB) Seksyen 9, mewakili Ketua Polis Balai (KPB) Seksyen 9, Insp. Mohd Zamri bin Muhamad Azrain, telah mengadakan lawatan kebajikan ke kediaman Kpl Sivaprakash A/L Dharmaderan yang kini sedang menjalani rawatan dan berehat di rumah akibat menghidap penyakit Chronic Pancreatitis.

S/Insp. Mohd Isa bin Hamzah turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada Kpl Sivaprakash A/L Dharmaderan bagi meringankan beban serta menzahirkan sokongan dan keprihatinan pihak pengurusan terhadap kebajikan anggota.

Diharapkan Kpl Sivaprakash dikurniakan kesembuhan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh pemulihan.


Address

Balai Polis Seksyen 9
Shah Alam
40100

Telephone

+60355202242

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category