13/04/2026
BENGKEL DISKUSI PERUNDANGAN SIRI 1: PENGURUSAN PELUPUSAN BARANG KES DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG
13 April 2026 (Isnin) - Bengkel Diskusi Perundangan Siri 1 telah dilaksanakan bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam anjuran Bahagian Perundangan, Perbicaraan & Rayuan, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor. Peserta program terdiri daripada Pendakwa Syarie Selangor dan Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Selangor .
Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Sofian binti Ahmad, Ketua Pendakwa Syarie Selangor. Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan , perkongsian pengalaman serta memperkemas tatacara dan kaedah pengurusan serta pelupusan barang kes khususnya dalam pengendalian kes jenayah syariah di peringkat Negeri Selangor.
Bengkel ini menampilkan perkongsian daripada tiga orang penceramah yang berpengalaman dalam bidang penguatkuasaan dan pendakwaan iaitu:
1. Tuan Khairul Aisamuddin bin Abdul Rahman
Timbalan Pendakwa Raya, Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor dengan tajuk Pelupusan Barang Kes Dari Perspektif Pendakwa Raya: Prosedur, Cabaran dan Penyelesaian.
2. Tuan Lim Gim Shin, Penguasa Kanan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan tajuk Tatacara Pelupusan Barang Kes: Pengalaman Siasatan SPRM.
3. ASP Ahmad Hisham bin Mohamed Sani, ASP (D5) Siasatan Pendakwaan, Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor dengan tajuk Tatacara Penyimpanan dan Pelupusan Barang Kes: Perspektif Penguatkuasaan PDRM.
Program ini turut menjadi platform perkongsian pengalaman dan perbincangan berkaitan amalan terbaik dalam pengurusan barang kes agar proses penyimpanan dan pelupusannya dapat dilaksanakan secara lebih sistematik, telus serta mematuhi kehendak undang-undang.