Armada PPBM Seksyen 8

Armada PPBM Seksyen 8 Page Rasmi ARMADA Bahagian Shah Alam

*KENYATAAN MEDIA - KETUA ARMADA NASIONAL**MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT, UNTUNGKAN RAKYAT*Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA),...
11/12/2020

*KENYATAAN MEDIA - KETUA ARMADA NASIONAL*

*MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT, UNTUNGKAN RAKYAT*

Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas muafakat yang dicapai hasil semangat musyawarah yang ditunjukkan oleh pimpinan tertinggi negara demi kepentingan rakyat Perak.

Walaupun apa sekalipun isu yang timbul, BERSATU, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan UMNO berjaya mencari penyelesaian yang terbaik sehingga calon Menteri Besar Perak yang baharu berjaya dipersetujui, sekaligus menjamin kestabilan politik negeri dan negara.

Namun begitu, kami mengambil iktibar daripada pengalaman ini dan menegaskan bahawa perjuangan Melayu dan kaum pribumi lainnya memerlukan persefahaman yang lebih mendalam dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Perpaduan kita tidak seharusnya digugat oleh pihak-pihak berkepentingan yang menimbulkan syak wasangka atau persengketaan yang merugikan semua pihak, malah mengganggu kesatuan ummah.

Ketika negara baru sahaja masuk ke fasa pemulihan, ARMADA menyeru semua pihak agar memberikan sepenuh tumpuan dan sokongan untuk membuka kembali ekonomi secara beransur-ansur selari dengan usaha membendung wabak Covid-19, menambah sumber pendapatan rakyat dan menjamin kebajikan mereka yang memerlukan.

Permainan politik yang sempit dan tidak membawa faedah kepada orang ramai harus diketepikan. Inilah satu-satunya keutamaan kami bersama-sama rakan-rakan dalam Pemuda Perikatan Nasional.

*Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal*
Ketua ARMADA Nasional
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
09 Disember 2020



إنالله وإنا إليه راجعوناللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنهاMenerima perkhabaran duka, kepergian sahabat kami Naib Ketu...
11/12/2020

إنالله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها

Menerima perkhabaran duka, kepergian sahabat kami Naib Ketua ARMADA Kota Tinggi, Mohd Zulfikrie Buang. Iringan doa mengiringi, dari kami buatmu sahabat semoga dicucuri rahmat dalam perjalanan bertemu Sang Kekasih.

Salam Takziah buat ahli keluarga beliau sebegitu salam takziah buat para pejuang ARMADA yang kelihangan adiwangsa perjuangan kita.

Al-Fatihah.

20/07/2020
Sekitar program retreat pemuda ph yg berlangsung selama 2 hari 1 malam di KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE
26/08/2019

Sekitar program retreat pemuda ph yg berlangsung selama 2 hari 1 malam di KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE

ARMADA BERSATU SEKSYEN 8 menjunjung kasih merafakkan setinggi-tinggi sembah kesyukuran dan tahniah di atas pengisytihara...
31/07/2019

ARMADA BERSATU SEKSYEN 8 menjunjung kasih merafakkan setinggi-tinggi sembah kesyukuran dan tahniah di atas pengisytiharan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah...

22/07/2019

Yg pijak Alquran tu hanya dia saja yg berdosa.
Tapi yg guna ayat Alquran dgn tujuan utk menipu dlm politik lebih bahaya.

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 94 BUAT NEGARAWAN TERULUNG. SEMOGA DIPANJANGKAN USIA DAN TERUS DIBERIKAN...
10/07/2019

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 94 BUAT NEGARAWAN TERULUNG. SEMOGA DIPANJANGKAN USIA DAN TERUS DIBERIKAN KESIHATAN DAN KEKUATAN UNTUK MENDEPANI CABARAN.

IKHLAS DARIPADA,
ARMADA SEKSYEN 8, SHAH ALAM

Majlis sambutan hari jadi dan sesi ramah mesra ahli Armada PPBM Seksyen 8, Shah Alam pada 20 Oktober 2018.
24/10/2018

Majlis sambutan hari jadi dan sesi ramah mesra ahli Armada PPBM Seksyen 8, Shah Alam pada 20 Oktober 2018.



Mesyuarat Pra-Persidangan ARMADA Shah Alam. Moga dipermudahkan segala urusan.
24/10/2018

Mesyuarat Pra-Persidangan ARMADA Shah Alam. Moga dipermudahkan segala urusan.



Jom sertai kami!
17/10/2018

Jom sertai kami!

Ayuh anak muda, daftar sebagai ahli ARMADA.

Untuk maklumat Pergerakan ANGKATAN BERSATU ANAK MUDA PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (ARMADA), ingin mengetahui aktiviti aktiviti, program yang lalu, sedang dan akan diadakan, serta pendaftaran pendaftaran dan sebarang pertanyaan mengenai kami, boleh layari di page fb armada yang rasmi mengikut negeri dibawah.

Selangor
https://www.facebook.com/armadappbmselangor/

Negeri Sembilan
https://www.facebook.com/Armadappmn9/

Johor
https://www.facebook.com/ArmadaNegeriJohor/

Perak
https://www.facebook.com/PEMUDAPPBMPERAK/

Perlis
https://www.facebook.com/BersatuPerlis/

Kedah
https://www.facebook.com/pemudappbmkedahofficial/

Kelantan
https://www.facebook.com/ArmadaKB/

Terengganu
https://www.facebook.com/officialpemudappbmterengganu/

Pahang
https://www.facebook.com/PemudaPPBM.NEGERI.PAHANG.OFFICIAL/

Melaka
https://www.facebook.com/groups/1028203523949419/

Pulau Pinang
https://www.facebook.com/pemudappbmpg/

Wilayah Persekutuan
https://www.facebook.com/armadappbmwilayahpersekutuan/

Boleh layari juga Page Rasmi Pergerakan ARMADA Malaysia di
https://www.facebook.com/ArmadaBersatuMY/

17/10/2018

One on One : Malaysia's Prime Minister Mahathir Mohamad

Address

Seksyen 8
Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Armada PPBM Seksyen 8 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share