Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor

Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor Bahagian ini berperanan menentukan kerjasama antara agensi-agensi pergigian dan agensi-agensi bukan pergigian daripada sektor awam dan sektor swasta.

Bahagian Kesihatan Pergigian bertanggungjawab di atas pengurusan, pentadbiran, perancangan, pelaksanaan, pengawalseliaan serta penilaian program pergigian mengikut dasar-dasar yang ditetapkan.

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต (๐—ฃ๐—ฃ๐——๐—ฎ) & ๐—œโ€™๐—บ ๐—™๐—ฟ๐—ฒ๐—ฒ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜ƒ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฆ๐—ž (๐Ÿญ)...
14/05/2026

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต (๐—ฃ๐—ฃ๐——๐—ฎ) & ๐—œโ€™๐—บ ๐—™๐—ฟ๐—ฒ๐—ฒ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜ƒ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฆ๐—ž (๐Ÿญ) ๐—š๐—ผ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ธ

Pada 12 Mei 2026 telah berlangsung Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) & Iโ€™m Free bersama Jelajah Konvensyen Kotak Peringkat Negeri Selangor di SK (1) Gombak. Program ini telah diadakan dari jam 1.00 petang hingga 4.30 petang dan melibatkan murid-murid Tahap 1.

Program ini turut mendapat sokongan daripada ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—ฌ๐˜‚๐˜€๐—ผ๐—ณ๐—ณ @ ๐—œ๐—ฑ๐—ฟ๐—ถ๐˜€, Guru Besar SK (1) Gombak.

๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐˜:

๐Ÿฆท Majlis perasmian program bersama ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜€๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—”๐—ฟ๐—ถ๐—ณ๐—ณ, Penolong Kanan Petang serta ๐——๐—ฟ. ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐—น๐—น๐—ถ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ, Pakar Kesihatan Awam Pergigian, Pejabat Pergigian Daerah Gombak.

๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ ๐Ÿฆท Pameran Kesihatan Pergigian

๐Ÿง‘โ€โš•๏ธ ๐Ÿ“– Pameran Kesihatan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Gombak

๐Ÿฆท Ceramah Kesihatan dan Kuiz oleh ๐——๐—ฟ. ๐—Ÿ๐—ถ๐—บ ๐—ž๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—๐—ถ๐—ป๐—ด

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid dan masyarakat mengenai bahaya merokok serta penggunaan v**e, di samping memberi pendedahan tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, para peserta serta semua anggota yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.






**eakuhebat

Taklimat Pemantapan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan Dan Kesedaran Kecederaan Alatan Tajam Perkhidmatan Kesihatan Per...
14/05/2026

Taklimat Pemantapan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan Dan Kesedaran Kecederaan Alatan Tajam Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Langat

Pada 14 Mei 2026, Khamis, dari 8 pagi hingga 4.00 petang, telah berlangsung Taklimat Pemantapan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Kesedaran Kecederaan Alatan Tajam di Bilik Mesyuarat Cendikia PKPD Hulu Langat.

Objektif taklimat ini adalah untuk memantapkan pengetahuan anggota โ€“ anggota Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Langat terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan kesedaran terhadap risiko
kecederaan alatan tajam.

Taklimat ini telah disertai oleh 22 anggota pergigian yang terdiri daripada Pegawai Pergigian, Juruterapi Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Beberapa sesi ceramah, demonstrasi, serta hands on training berkenaan KKP telah diberikan kepada peserta.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta. Semoga para peserta taklimat ini dapat memanfaatkan segala pengetahuan yang diperolehi serta dapat kongsikan kepada rakan sekerja yang lain bagi mengekalkan budaya kerja sihat dan selamat di kalangan anggota Kesihatan PKPDHL.

Terima kasih kepada Dr Zarikh Hafizah Saqina Binti Zaberi dan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.

*Utamakan keselamatan, dahulukan kesihatan*



Lawatan Penanda Aras EKSA, Lawatan Klinik Pergigian Mesra Promosi dan Lawatan Pembangunan dari PKPD Batang Padang, Perak...
14/05/2026

Lawatan Penanda Aras EKSA, Lawatan Klinik Pergigian Mesra Promosi dan Lawatan Pembangunan dari PKPD Batang Padang, Perak ke PKPD Hulu Langat, Selangor

Pada 13 Mei 2026, PKPD Hulu Langat dengan berbesar hati telah menerima kunjungan daripada PKPD Batang Padang sempena lawatan penanda aras EKSA, lawatan Klinik Pergigian Mesra Promosi di Klinik Pergigian Bandar Baru Bangi serta lawatan pembangunan dan fasiliti di Klinik Pergigian Semenyih.

Objektif lawatan ini adalah untuk membuat tinjauan berkaitan pengoperasian serta susun atur EKSA di PKPD Hulu Langat, di samping mempelajari pelaksanaan Klinik Pergigian Mesra Promosi di daerah Hulu Langat.

Lawatan ini telah disertai oleh 11 orang anggota pergigian daripada klinik-klinik di bawah PKPD Batang Padang dan turut dihadiri oleh Dr. Mohamad Noor bin Sairi, Pegawai Pergigian Daerah Batang Padang.

Lawatan dimulakan dengan sesi lawatan ke Klinik Pergigian Bandar Baru Bangi dan Klinik Pergigian Semenyih. Pada sebelah petang, sesi perkongsian berkaitan budaya EKSA di PKPD Hulu Langat serta lawatan sekitar PKPD Hulu Langat telah dilaksanakan bagi memberi gambaran menyeluruh tentang amalan EKSA yang diterapkan di daerah ini.

PKPD Hulu Langat ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada PKPD Batang Padang atas kesudian melawat fasiliti-fasiliti di daerah ini. Semoga lawatan ini dapat memberikan pelbagai input positif serta mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua daerah.

Diharapkan agar semua anggota di PKPD Hulu Langat dan PKPD Batang Padang dapat terus mengamalkan serta mengaplikasikan budaya EKSA secara berterusan demi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, berkualiti dan cemerlang.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua anggota PKPD Hulu Langat yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan lawatan ini.





Pada 14 Mei 2026, Klinik Pergigian Kelana Jaya telah menjalankan PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN di SPASTIC CHILDRENโ€™S ASSOC...
14/05/2026

Pada 14 Mei 2026, Klinik Pergigian Kelana Jaya telah menjalankan PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN di SPASTIC CHILDRENโ€™S ASSOCIATION OF SELANGOR & FEDERAL TERRITORY.

Program telah dijayakan oleh 13 orang staf klinik melalui pengisisan aktiviti seperti;
๐Ÿฆท Ceramah pergigian kepada penjaga
๐Ÿฆท Pameran kesihatan pergigian
๐Ÿฆท Pemeriksaan & rawatan penskaleran
๐Ÿฆท Latihan memberus gigi

Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat mengukuhkan pengetahuan penjaga kepada pesakit berkeperluan khas dan supaya kualiti hidup mereka berada dalam keadaan optimum.



๐Ÿ˜Ÿ โ€œEh!! Kenapa badan saya bergoyang kuat ni..โ€๐Ÿฉท โ€œSebab gusi tak sihat..โ€Penyakit gusi bukan sahaja menyebabkan gusi berd...
12/05/2026

๐Ÿ˜Ÿ โ€œEh!! Kenapa badan saya bergoyang kuat ni..โ€
๐Ÿฉท โ€œSebab gusi tak sihat..โ€

Penyakit gusi bukan sahaja menyebabkan gusi berdarah atau bengkak, malah boleh menjejaskan tisu penyokong gigi dan menyebabkan gigi menjadi longgar.

โš ๏ธ Jangan abaikan tanda awal seperti:
๐Ÿฉธ Gusi berdarah
๐Ÿ”ด Gusi merah & bengkak
๐Ÿ˜– Gusi sakit
๐Ÿฆท Gigi longgar
๐Ÿ‘ƒ Nafas berbau
โœจ Lindungi gusi anda dengan:
๐Ÿชฅ Berus gigi 2 kali sehari
๐Ÿงต Bersihkan celah gigi setiap hari
๐Ÿญ Kurangkan makanan & minuman manis

๐Ÿฆท Pemeriksaan gigi secara berkala
Gusi sihat, gigi lebih kuat dan senyuman lebih yakin ๐Ÿ˜




# harigusisedunia

12/05/2026

Senyum lebar, tapi dah cukup sihat ke? ๐Ÿค”

Jangan lepaskan peluang untuk membincangkan topik "Beyond Straight Teeth" dalam segmen Sembang SMS minggu ini! Kita akan rungkai kenapa susunan gigi yang betul itu penting bukan saja untuk rupa paras, tapi untuk kesihatan jangka panjang.

๐Ÿ“Œ SAVE THE DATE!
๐Ÿ“… Khamis, 14 Mei 2026
โฐ 10:00 Pagi
๐ŸŽฅ FB Live CPK Negeri Selangor

Kita bawakan khas Dr. Nur Auliana, Pakar Pergigian Ortodontik untuk menjawab segala kemusykilan anda. Ada nak tanya pasal braces? Nak tahu pasal penjagaan gigi? Jom tanya terus masa live nanti!

Jumpa anda di sana! ๐Ÿ‘‹

*Seminar Pendidikan Kesihatan kepada Guru-Guru Tadika Perpaduan Daerah Hulu Langat*Pada 12 Mei 2026, Selasa, telah berla...
12/05/2026

*Seminar Pendidikan Kesihatan kepada Guru-Guru Tadika Perpaduan Daerah Hulu Langat*

Pada 12 Mei 2026, Selasa, telah berlangsung Seminar Pendidikan Kesihatan Pergigian kepada Guru-Guru Tadika Perpaduan Daerah Hulu Langat di Bilik Mesyuarat Cendikia PKPD Hulu Langat.

Objektif taklimat ini adalah untuk memberi kesedaran kepada guru-guru Tadika tentang kepentingan kesihatan pergigian dan peranan mereka dalam penjagaan kesihatan pergigian kanak-kanak di Tadika.

Taklimat ini telah disertai oleh 24 orang guru-guru dari seluruh Tadika Perpaduan di Daerah Hulu Langat & 6 orang anggota pergigian Hulu Langat sebagai urusetia. Beberapa sesi ceramah, demonstrasi LMG serta hands on training LMG & aktiviti bahan promosi diberikan kepada peserta.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta y terlibat. Semoga para peserta taklimat ini dapat memanfaatkan segala pengetahuan yang diperolehi serta dapat dipraktikkan di Tadika masing-masing nanti.

Terima kasih kepada Dr Zarikh Hafizah Saqina Binti Zaberi y telah memberi sokongan secara tidak langsung selain terima kasih jg kepada Dr Zakina Bt Hamzah yang telah menggantikan Dr Zarikh untuk merasmi dan menutup program kami ini. Dan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.



12/05/2026
Nama Program: Lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)Tarikh: 12/5/2026Masa: 8.00am - 12.00pmTempat: PDK Kuala Se...
12/05/2026

Nama Program: Lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Tarikh: 12/5/2026
Masa: 8.00am - 12.00pm
Tempat: PDK Kuala Selangor

KP terlibat: KP Tanjung Karang

Aktiviti dijalankan:
1. Ceramah pergigian
2. Pemeriksaan gigi
3. Pameran pergigian
4. Rawatan pergigian
5. Latihan memberus gigi
6. Pertandingan mewarna
7. Kuiz

Penglibatan oleh: Warga PDK Kuala Selangor dan Ibubapa

Jumlah penglibatan: 64 orang
44 orang pelajar
10 orang guru
10 orang penjaga

Tujuan utama program ini adalah untuk mempertingkatkan kepentingan kesihatan pergigian kepada anak-anak istimewa, perkongsian ilmu penjagaan gigi anak-anak istimewa dan pemeriksaan gigi bagi pelajar yang hadir.








๐Ÿฉท Selamat Menyambut Hari Gusi Sedunia๐Ÿ“… 12 Mei 2026Gusi sihat memainkan peranan penting dalam memastikan gigi kekal kuat ...
12/05/2026

๐Ÿฉท Selamat Menyambut Hari Gusi Sedunia
๐Ÿ“… 12 Mei 2026

Gusi sihat memainkan peranan penting dalam memastikan gigi kekal kuat dan senyuman sihat sepanjang hayat ๐Ÿ˜

Jangan abaikan kesihatan gusi anda dan amalkan penjagaan mulut yang baik setiap hari:
๐Ÿชฅ Berus gigi 2 kali sehari
๐Ÿงต Bersihkan celah gigi
๐Ÿญ Kurangkan makanan dan minuman manis
๐Ÿฆท Pemeriksaan gigi secara berkala
โœจ Sayangi gusi anda, lindungi senyuman anda.



LAWATAN KERJA RASMI DAN SESI DIALOG ANGGOTA PERGIGIAN DAERAH SEPANG BERSAMA TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PERGIGIA...
11/05/2026

LAWATAN KERJA RASMI DAN SESI DIALOG ANGGOTA PERGIGIAN DAERAH SEPANG BERSAMA TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PERGIGIAN), JKN SELANGOR

Pada 8 Mei 2025, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) JKN Selangor, YBrs. Dr. Salleh bin Zakaria telah mengadakan lawatan kerja rasmi di fasiliti pergigian di Daerah Sepang iaitu Klinik Pergigian Sungai Pelek, Klinik Pergigian Salak, Klinik Pergigian Cyberjaya dan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Sepang. Pada masa yang sama, TPKN(Pergigian) turut merasmikan pengoperasian PKPD Sepang di lokasi baru iaitu di Kompleks Kesihatan Cyberjaya, MKN Embassy Techzone, Cyberjaya.

Lawatan kerja rasmi ini diteruskan juga dengan Sesi Dialog bersama wakil anggota pergigian di daerah Sepang bagi membincangkan isu-isu berbangkit berkaitan perkhidmatan pergigian di daerah Sepang.

Lawatan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memantau serta memperkasakan kualiti perkhidmatan kesihatan pergigian primer di fasiliti pergigian di Selangor.



Address

Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Selangor , Tingkat 17, Wisma Sunway
Shah Alam
40100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share