RISDA Selangor

RISDA Selangor Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia :-
1) Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA adalah Akta 85 Tahun 1972
2) Ordinan Kump**an Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

30/05/2026
30/05/2026
04/05/2026

Dulu menoreh untuk terus hidupโ€ฆ
Hari ini, menoreh dengan harga bermaruah.

RISDA bersama pekebun kecil,
bukan sekadar membeliโ€ฆ
tapi memperjuangkan masa depan.


19/04/2026
19/04/2026
17/04/2026

๐Š๐ž๐ง๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐Š๐š๐๐š๐ซ ๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ค๐ญ๐ข ๐Š๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐ž๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ฅ๐š ๐๐ž๐ค๐ž๐›๐ฎ๐ง ๐Š๐ž๐œ๐ข๐ฅ ๐†๐ž๐ญ๐š๐ก

Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan RISDA telah membuat keputusan penting menaikkan kadar bantuan Program Tanam Semula Getah bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13).

Keputusan ini dibuat setelah meneliti secara menyeluruh peningkatan kos pembangunan kebun serta keperluan sebenar di peringkat lapangan, berikutan suasana ekonomi global yang masih tidak menentu serta peningkatan kos input pertanian yang semakin menekan.

Melalui penambahbaikan ini, kadar bantuan di Semenanjung Malaysia dinaikkan daripada RM13,710 sehektar kepada RM20,000 sehektar, iaitu peningkatan sebanyak RM6,290 sehektar. Bagi negeri Sabah p**a, kadar bantuan dinaikkan daripada RM14,955 sehektar kepada RM23,000 sehektar, iaitu peningkatan sebanyak RM8,045 sehektar. Bagi kadar bantuan negeri Sarawak, ia telah diumumkan pada bulan Mac lalu dengan kadar baharu RM23,000 sehektar berbanding kadar lama RM14,805.

Kadar baharu ini akan mula dilaksanakan bermula tahun ini melalui pembayaran secara lima ansuran yang lebih praktikal bagi membantu pekebun kecil mengurus pembangunan kebun secara lebih terancang dan berkesan. Langkah ini juga bertujuan mengurangkan beban kos permulaan yang menjadi kekangan utama kepada pelaksanaan tanam semula.

Sepanjang tempoh RMKe-13, inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar 33,000 orang pekebun kecil getah dengan sasaran keluasan tanam semula sebanyak 50,000 hektar, atau purata 10,000 hektar setahun. Dalam jangka panjang, usaha ini diunjurkan mampu membantu pekebun kecil memperoleh pendapatan sekitar RM4,700 sebulan sekeluarga melalui hasil getah dan aktiviti ekonomi yang lain.

Saya melihat kenaikan kadar ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan untuk terus membela, memperkasa dan memartabatkan masyarakat pekebun kecil getah yang menjadi tulang belakang ekonomi desa dan luar bandar.




20/03/2026

๐ŸŒ™โœจ SIARAN TAKBIR RAYA RISDA NEGERI SELANGOR โœจ๐ŸŒ™

Sayup berkumandang takbir memuji Ilahi,
Menandakan Syawal kini menjelma lagi.
Hati tersentuh penuh syahdu dan murni,
Menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran di hati.

RISDA Negeri Selangor dengan sukacitanya menjemput semua untuk bersama-sama menghayati Siaran Takbir Raya Aidilfitri yang penuh keberkatan dan keinsafan.

Ayuh kita sama-sama menghidupkan malam raya dengan alunan takbir, tahmid dan tahlil sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang diberikan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ๐ŸŒ™โœจ
Ikhlas daripada warga RISDA Negeri Selangor
RISDA Daerah Hulu Selangor / Gombak / Petaling.

Address

No. 2 Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 9/6
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

0355183900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RISDA Selangor:

Share