29/05/2026
Part 2
PROGRAM IBADAH KORBAN KASIH JBPM ZON SHAH ALAM Bersama Namicoh Suria Sdn Bhd (NSSB), Namicoh Suria Press Sdn Bhd (NPSB) & Suria Component Manufacturing (M) Sdn Bhd
Terima kasih kepada semua yang hadir, membantu dan memeriahkan program hari ini ❤️🤝
Tempat : BBP SHAH ALAM
Tarikh : 28.05.2026
Alhamdulillah…Daripada awal pagi hingga selesai program, suasana cukup meriah dan penuh semangat kebersamaan 😊
Dengan penglibatan keluarga, anak-anak, Madrasah Al-Ain serta kerjasama erat bersama JBPM Zon Shah Alam, program hari ini benar-benar membawa suasana komuniti dan kekeluargaan yang sangat bermakna 🫶
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung:
🐄 Urusan korban & melapah
🥩 Pemotongan serta agihan daging
🎨 Aktiviti kanak-kanak
🏊 “Jom Renang” bersama JBPM
🍛 Makanan & jamuan
📋 Logistik & pendaftaran
🧹 Kebersihan serta persiapan kawasan
❤️ Dan semua yang hadir memeriahkan suasana hari ini
Melihat senyuman anak-anak, semangat kerjasama dan ukhuwah yang terjalin menjadikan segala penat lelah terasa sangat berbaloi 😊
Semoga segala usaha, tenaga dan sumbangan semua diberikan ganjaran serta keberkatan oleh Allah SWT 🤲
🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha ,Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus berkekalan, insyaAllah. ❤️
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor
fans