LKIM Negeri Selangor

LKIM Negeri Selangor Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Selangor

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diperbadankan menurut Akta 49, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971. Akta ini berkuatkuasa bagi negeri-negeri di Semenanjung pada 1 November 1971; di Sarawak pada 1 Julai 1973; dan di Sabah pada 1 Ogos 1995.

28/08/2026

Kepada pengunjung-pengunjung MAHA 2026, saya jemput untuk singgah ke Pavillion Selangor bertempat di Laman Negeri.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anda.

Jom ke MAHA 2026!

🐟✨ JUALAN AGRO MADANI KEMBALI LAGI !!!Jom meriahkan Program MADANI Kita Bersama Komuniti Ampang Jaya dengan mendapatkan ...
26/08/2026

🐟✨ JUALAN AGRO MADANI KEMBALI LAGI !!!

Jom meriahkan Program MADANI Kita Bersama Komuniti Ampang Jaya dengan mendapatkan pelbagai pilihan ikan segar dan ikan sejuk beku pada harga yang menarik! 🐟🧊

📅 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 7.00 pagi – 6.00 petang
📍 Dewan MPAJ Dato’ Ahmad Razali, Ampang, Selangor

Pelbagai pilihan ikan segar dan produk ikan sejuk beku menanti anda! 🐟❤️

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bekalan ikan berkualiti sambil menyokong usaha memperkasa komuniti dan sektor perikanan tempatan.

Jom datang beramai-ramai!
🎣 Segar • Berkualiti • Berbaloi 🎣

24/08/2026
24/08/2026

𝙋𝙖𝙣𝙜𝙜𝙞𝙡𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙨𝙧𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙪𝙨𝙖𝙝𝙖𝙬𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙙𝙞 𝙡𝙪𝙖𝙧 𝙨𝙖𝙣𝙖! 📢
𝘿𝙖𝙝 𝙩𝙞𝙗𝙖 𝙢𝙖𝙨𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙩𝙞𝙣𝙜𝙠𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙮𝙖𝙠𝙞𝙣𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙡𝙖𝙣𝙜𝙜𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥 𝙥𝙧𝙤𝙙𝙪𝙠 𝙠𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙟𝙚𝙣𝙖𝙢𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖.

Jika korang mengeluarkan produk sendiri di Malaysia, korang boleh memohon untuk menggunakan Logo Barangan Malaysia yang rasmi? Terdapat dua kategori logo berbeza iaitu Produk Malaysia dan Buatan Malaysia bergantung kepada proses pengilangan dan penggunaan bahan mentah korang.

Penggunaan logo ini boleh membantu untuk menaikkan imej jenama dan memudahkan pembeli menyokong hasil titik peluh rakyat kita sendiri.
Macam mana nak mohon? Mudah je! Permohonan boleh dibuat secara online melalui Portal Kempen Beli Barangan Malaysia di https://buymalaysian.kpdn.gov.my/ tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan.

Jom daftarkan produk korang hari ini!





24/08/2026

🔥 TINGGAL 4 HARI LAGI MENUJU MAHA 2026! 🔥

Dah makin dekat! 😍 Tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum kita sama-sama meriahkan ekspo agromakanan terbesar di Asia Tenggara — MAHA 2026! 🌾🍈🐄🚜

📅 28 Ogos – 6 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)

Banyak yang menarik menanti anda nanti. Jadi, tandakan tarikh, ajak keluarga dan kawan-kawan, dan luangkan masa untuk singgah serta rasai sendiri kemeriahan MAHA 2026! 🙌

Jangan lupa singgah ke Pavilion Selangor juga ya! 💛❤️

Jumpa anda di MAHA 2026! 🌱✨






🎣 PENYERAHAN JARING BANTUAN UPEN KEPADA NELAYAN SELANGORAlhamdulillah, telah berlangsung penyerahan jaring bantuan UPEN ...
21/08/2026

🎣 PENYERAHAN JARING BANTUAN UPEN KEPADA NELAYAN SELANGOR

Alhamdulillah, telah berlangsung penyerahan jaring bantuan UPEN kepada nelayan di PNK Sg Besar, Kuala Selangor, Pelabuhan Klang, Kuala Langat dan Sepang sebagai salah satu inisiatif membantu meningkatkan keupayaan serta produktiviti golongan nelayan.

Bantuan jaring ini diharapkan dapat meringankan beban para nelayan dalam mendapatkan peralatan menangkap ikan, di samping membantu meningkatkan hasil tangkapan dan pendapatan mereka.

Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan memberi manfaat berterusan kepada para penerima serta komuniti nelayan di Negeri Selangor.



18/08/2026

🔥9 HARI LAGI MENUJU MAHA 2026!🔥

Kian hampir harinya! 🌾✨ Jom bersama-sama memeriahkan MAHA 2026, pesta agromakanan yang menghimpunkan pelbagai tarikan untuk seisi keluarga.

📅 28 Ogos – 6 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 MAEPS, Serdang

Datang beramai-ramai, bawa keluarga dan sahabat. Jangan lupa singgah ke Pavilion Selangor — ada yang istimewa menanti! 💛❤️

Kita jumpa di MAHA 2026! 🌱

17 Ogos 2026 | IsninProgram Pemerkasaan Komuniti Kuala Langat Melalui Teknologi Solar (PV) : Sesi Taklimat dan Lawatan T...
17/08/2026

17 Ogos 2026 | Isnin

Program Pemerkasaan Komuniti Kuala Langat Melalui Teknologi Solar (PV) : Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Jasrul Jamani dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pensyarah-pensyarah dari Kolej Komuniti Kuala Langat, Wakil Industri Asas Tani Ibu Pejabat LKIM, pasuk Bank Islam HQ dan Pegawai daripada LKIM Selangor kerana telah hadir bagi sesi Taklimat Teknologi Solar PV Bot Nelayan bagi Nelayan PNK Kuala Langat dan diikuti dengan lawatan ke pengkalan Nelayan dan pengkalan Morib serta sesi penilaian bot nelayan.

Kami amat menghargai kerjasama, komitmen dan kesudian semua pihak dalam menjayakan usaha ini.
Semoga projek ini berjalan dengan lancar dan dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Diharapkan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuh serta memberikan manfaat yang besar kepada komuniti nelayan Kuala Langat.



16/08/2026

🌾✨ JOM RAMAI-RAMAI KE MAHA 2026! ✨🌾
Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke D’Laman LKIM sempena MAHA 2026! 🎉

Pelbagai aktiviti menarik, produk tempatan dan pengalaman best menanti anda 🤩

Ajak keluarga, kawan-kawan dan semua geng datang meriahkan suasana! 🔥
Jumpa anda di D’Laman LKIM! 🐟🌱

12/08/2026

𝙏𝙊𝙇𝘼𝙆 𝙎𝙐𝘼𝙋𝘼𝙉, 𝙏𝙀𝙂𝘼𝙆𝙆𝘼𝙉 𝙄𝙉𝙏𝙀𝙂𝙍𝙄𝙏𝙄!

Sebagai warga LKIM, amanah dan ketelusan adalah tunjang utama dalam setiap tugas yang kita galas. Jangan biarkan rasuah merosakkan reputasi serta kepercayaan masyarakat terhadap organisasi kita.

3 Langkah Ketegasan Kita:

𝙅𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙈𝙄𝙉𝙏𝘼: Tiada kompromi dalam meminta atau menerima sebarang bentuk imbalan yang tidak sah.

𝙏𝙊𝙇𝘼𝙆: Kunci rapat pintu ruang rasuah dengan menolak sebarang tawaran tanpa teragak-agak.

𝙇𝘼𝙋𝙊𝙍: Jumpa salah guna kuasa? Terus laporkan kepada Ketua Jabatan, Unit Integriti LKIM, atau pihak SPRM.

Kejujuran sebenar bermula apabila kita tetap memilih jalan yang betul walaupun tiada mata yang memandang. Ayuh kita pertahankan nilai murni ini demi perkhidmatan yang bersih dan berprestij!

📩 Salurkan Aduan & Maklumat:

📧 [email protected]

📱 Ikuti perkembangan di media sosial: Facebook - Unit Integriti LKIM

Address

No. 15, Pusat Dagangan Shah Alam, Persiaran Damai, Seksyen 11
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:30
14:30 - 17:00

Telephone

+60355216200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LKIM Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to LKIM Negeri Selangor:

Shortcuts

Share