Amanah Negeri Selangor

Amanah Negeri Selangor Laman Facebook Rasmi Parti Amanah Negara Selangor Amanah ● Progresif ● Peduli

Parti Amanah Negara ialah sebuah parti politik yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan dalam menggalas amanah agama, rakyat dan negara.

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) merekodkan jualan hampir RM6 juta selepas tiga hari p...
01/09/2026

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) merekodkan jualan hampir RM6 juta selepas tiga hari penganjurannya, dengan jumlah pengunjung mencecah 1.8 juta orang.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah berkenaan menunjukkan perkembangan positif dengan sasaran keseluruhan jualan MAHA ditetapkan sekurang-kurangnya RM58 juta.



https://www.facebook.com/share/14qzmJpDhze/

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) merekodkan jualan hampir RM6 juta selepas tiga hari penganjurannya, dengan jumlah pengunjung mencecah 1.8 juta orang.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah berkenaan menunjukkan perkembangan positif dengan sasaran keseluruhan jualan MAHA ditetapkan sekurang-kurangnya RM58 juta.

Maulidur Rasul 1448H | Rahmah Untuk SemuaSelamat Menyambut Maulidur Rasul 1448 Hijrah / 2026 Masihi.Dalam memperingati k...
25/08/2026

Maulidur Rasul 1448H | Rahmah Untuk Semua

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448 Hijrah / 2026 Masihi.

Dalam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita menghayati kembali akhlak, perjuangan dan sunnah Baginda yang sentiasa mengangkat nilai kasih sayang, keadilan, persaudaraan dan kepedulian terhadap sesama manusia.

Rasulullah SAW mengajar kita bahawa rahmah bukan sekadar ungkapan, tetapi perlu diterjemahkan melalui tindakan — membela yang lemah, menghormati perbezaan, berlaku adil serta membina masyarakat yang saling membantu dan memperkukuh antara satu sama lain.

Sempena tahun baharu Hijrah ini, marilah kita bersama-sama melakukan hijrah ke arah masyarakat yang lebih prihatin, berintegriti, adil dan penuh kasih sayang.

Bagi Parti AMANAH Negara Negeri Selangor, semangat ini selari dengan tekad kami untuk terus membawa pendekatan:

“Rahmah Untuk Semua.”

Rahmah yang merentasi agama, bangsa dan latar belakang.
Rahmah yang membela rakyat.
Rahmah yang membina Selangor yang lebih adil, sejahtera dan inklusif.

Semoga Maulidur Rasul ini menyemarakkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dan tahun Hijrah yang baharu menjadi titik permulaan untuk kita memperbaiki diri, memperkukuh ukhuwah serta memperbanyakkan amal kebajikan.

Salam Maulidur Rasul 1448H.
Salam Tahun Baharu Hijrah.

Daripada,
Parti AMANAH Negara Negeri Selangor




Sambutan Maulidur Rasul SAW bukan sekadar memperingati kelahiran seorang insan agung, tetapi seharusnya menjadi ruang un...
24/08/2026

Sambutan Maulidur Rasul SAW bukan sekadar memperingati kelahiran seorang insan agung, tetapi seharusnya menjadi ruang untuk kita menghayati kembali risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW iaitu risalah tauhid yang mengubah manusia, membebaskan masyarakat daripada kejahilan, membina kesatuan ummah dan mewujudkan kehidupan berasaskan keadilan.

Oleh:Shamsul Ma’arif Ismail Sambutan Maulidur Rasul SAW bukan sekadar memperingati kelahiran seorang insan agung, tetapi seharusnya menjadi ruang untuk kita menghayati kembali risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW iaitu risalah tauhid yang mengubah manusia, membebaskan masyarakat daripada kej...

🇲🇾 AYUH SEMARAKKAN HARI KEBANGSAAN BERSAMA PARTI AMANAH NEGARA NEGERI SELANGOR! 🇲🇾🎨 PERADUAN MENCIPTA POSTER HARI KEBANG...
19/08/2026

🇲🇾 AYUH SEMARAKKAN HARI KEBANGSAAN BERSAMA PARTI AMANAH NEGARA NEGERI SELANGOR! 🇲🇾

🎨 PERADUAN MENCIPTA POSTER HARI KEBANGSAAN 2026 🎨

Khas buat para pereka grafik dan individu yang mempunyai bakat serta kreativiti dalam menghasilkan karya visual, anda dijemput untuk menyertai peraduan mencipta poster Hari Kebangsaan bagi Parti Amanah Negara Negeri Selangor.

✨ Tunjukkan kreativiti anda!
🇲🇾 Hayati semangat patriotisme
🎨 Serlahkan bakat reka grafik
💡 Hasilkan karya yang kreatif, segar dan beridentiti Malaysia

🏆 HADIAH MENANTI!

🥇 Tempat Pertama — RM200
🥈 Tempat Kedua — RM150
🥉 Tempat Ketiga — RM100

📅 Tarikh penyertaan:
19 Ogos hingga (Tarikh tutup) 27 Ogos 2026

📲 Nak sertai? Nak tahu syarat peraduan?
WhatsApp RAI di:

👉 0129106772

Jangan lepaskan peluang untuk menyumbang idea, kreativiti dan karya anda dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2026! 🇲🇾❤️

Ayuh berkarya. Ayuh semarakkan patriotisme. Ayuh kita meriahkan Hari Kebangsaan bersama!

🇲🇾 AYUH SEMARAKKAN HARI KEBANGSAAN BERSAMA PARTI AMANAH NEGARA NEGERI SELANGOR!

Anjuran:
Biro Komunikasi
Parti Amanah Negara Negeri Selangor

Parti Amanah Negara (AMANAH) menyambut baik dan menyokong penuh hasrat Kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Ko...
17/08/2026

Parti Amanah Negara (AMANAH) menyambut baik dan menyokong penuh hasrat Kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 seperti diumumkan Perdana Menteri pada 15 Ogos lalu.

Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat AMANAH yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, YB Azli Bin Yusof, berkata pemansuhan AUKU merupakan satu lagi tonggak penting dalam usaha reformasi institusi dan pendidikan tinggi negara.




Berita baik buat pesawah Negeri Selangor kerajaan Pakatan Harapan.
07/08/2026

Berita baik buat pesawah Negeri Selangor kerajaan Pakatan Harapan.




Kerajaan negeri Selangor mengumumkan perluasan syarat kelayakan Program Baucar Kita Selangor (BKS) bagi membolehkan lebi...
07/08/2026

Kerajaan negeri Selangor mengumumkan perluasan syarat kelayakan Program Baucar Kita Selangor (BKS) bagi membolehkan lebih ramai keluarga berpendapatan rendah menikmati bantuan kewangan tersebut.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor Anfaal Saari berkata sebelum ini permohonan khas hanya dibuka kepada ibu atau bapa tunggal, namun kini ia diperluaskan kepada isi rumah yang terdiri daripada pasangan suami isteri.




Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan terus mendahului usaha ke arah memperkukuhkan ekosistem terhadap golongan OKU...
06/08/2026

Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan terus mendahului usaha ke arah memperkukuhkan ekosistem terhadap golongan OKU.

Melalui YANIS pimpinan Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif merangka pelbagai insiatif tersebut.




Kejayaan yang paling nyata, dengan izin-Nya juga, tiada lagi gangguan bekalan air di Selangor meskipun telah beberapa ka...
06/08/2026

Kejayaan yang paling nyata, dengan izin-Nya juga, tiada lagi gangguan bekalan air di Selangor meskipun telah beberapa kali pencemaran air belaku.

Melalui Skim Jaminan Air Mentah(SJAM) rakyat Selangor terus mendapat jaminan bekalan air yang mencukupi dan bersih dibawah kelolaan EXCO Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Dato Ir Izham Hashim yang juga Pengerusi AMANAH Selangor.




Address

No. 15F, Tingkat 6, Blok 1, Worldwide Business Park
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60355231435

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amanah Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Amanah Negeri Selangor:

Shortcuts

Share