Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor Untuk makluman FaceBook Rasmi Bomba ini adalah Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN JBPM NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2026- 10 dan 11 Jun 2026- Makmal Komputer, Politekn...
14/06/2026

KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN JBPM NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2026
- 10 dan 11 Jun 2026
- Makmal Komputer, Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah

LATIHAN PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN PASUKAN PPDA JBPM SELANGORKuala Kubu Bharu, 14 Jun 2026 - Latihan Pengukuhan dan Peman...
14/06/2026

LATIHAN PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN PASUKAN PPDA JBPM SELANGOR

Kuala Kubu Bharu, 14 Jun 2026 - Latihan Pengukuhan dan Pemantapan Pasukan PPDA yang dilaksanakan bermula 12 - 14 Jun 2026 bertempat di Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor turut hadir menyaksikan pelaksanaan program latihan tersebut bagi memastikan kesiapsiagaan setiap Anggota Pasukan PPDA JBPM Negeri Selangor berada di tahap yang terbaik. YBrs PPjB Khairol Azuwan bin Ibrahim, Timbalan Pengarah juga turut hadir program ini, selain itu pasukan juga turut mengadakan kajian kawasan tempat berisiko berlakunya kes lemas di lokasi tersebut.

YBhg. Datin Paduka TPjB (K) Hajah Hanafisah binti Jais, Setiausaha, Dewan Diraja Selangor juga turut serta program latihan yang diadakan pada kali ini.

PgKB II Mustakim bin Rimon, Ketua Zon 6, Selangor adalah sebagai Kem Komandan manakala Penyelaras program adalah TPgB Mohd Khairol bin Ismail, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Negeri Selangor. 46 orang pegawai terlibat pada program kali ini.





UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIHSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepadaPgKB I Ahmad Mukhlis bin...
13/06/2026

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
PgKB I Ahmad Mukhlis bin Mukhtar
Penolong Pengarah
Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat
JBPM Negeri Selangor
atas segala sumbangan, komitmen, kepimpinan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada Jabatan.
Semoga segala jasa dan pengorbanan yang diberikan menjadi inspirasi serta dikenang sebagai antara pemangkin kecemerlangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.
Ikhlas daripada
YS PKPjB Dato' Wan Md Razali bin Wan Ismail
Pengarah
dan
Seluruh Warga JBPM Negeri Selangor

12/06/2026
12/06/2026

🚨 COUNTDOWN 2 HARI LAGI! 🚨

πŸ“’ Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan Program Penubuhan Bomba Komuniti Orang Asli, Kempen Keselamatan Kebakaran & Kejohanan Tarik Tali Piala Ketua Zon 02 Petaling.

πŸ“… Tarikh: 14 Jun 2026 (Ahad)
πŸ“ Lokasi: Kampung Orang Asli Sungai Rasau, Puchong

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti:
πŸ”₯ Taklimat & Demonstrasi Keselamatan Kebakaran
πŸš’ Pameran Aset Jabatan
🎨 Pertandingan Mewarna
🎁 Cabutan Bertuah
πŸ’ͺ Kejohanan Tarik Tali Piala Ketua Zon 02 Petaling

Jom hadir beramai-ramai bagi memupuk budaya keselamatan kebakaran serta mengeratkan hubungan komuniti bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.







πŸš’πŸ”₯

Bomba & Penyelamat Zon Petaling Z2SL

KUNJUNG HORMAT PRASARANA MALAYSIA BERHAD KE JBPM NEGERI SELANGORBukit Jelutong, 12 Jun 2026 - YS PKPjB Dato’ Wan Md Raza...
12/06/2026

KUNJUNG HORMAT PRASARANA MALAYSIA BERHAD KE JBPM NEGERI SELANGOR

Bukit Jelutong, 12 Jun 2026 - YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Tuan Haji Mohd Ariffin bin Idris, Pengurus Besar dan Ketua Aliran Shah Alam, bersama Pegawai Prasarana Malaysia Berhad.

Sesi perjumpaan berlangsung di Bilik Mesyuarat Dahlia, Tingkat 1, Ibu Pejabat, JBPM Negeri Selangor bertukar-tukar pandangan dan perbincangan tentang keselamatan kebakaran dan penyelamatan di stesen MRT Aliran Shah Alam.

Turut hadiri PgKB I Razali bin Mohd Nasir Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, PgKB II Amiruddin Shukri bin Omar, Ketua Cawangan Penguatkuasaan dan Keselamatan Bangunan dan Pegawai Kanan JBPM Negeri Selangor.

Sesi diakhiri dengan YBhg. Tuan Haji Mohd Ariffin bin Idris, Pengurus Besar dan Ketua Aliran Shah Alam menandatangani buku lawatan, pertukaran cenderahati dan sesi bergambar kenangan bersama pegawai yang terlibat.





TERIMA KASIH BARISAN JURULATIH JBPM NEGERI SELANGOR sempena PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN TAHUN 2026
12/06/2026

TERIMA KASIH
BARISAN JURULATIH
JBPM NEGERI SELANGOR
sempena
PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN TAHUN 2026

KUNJUNG HORMAT DAN LIBAT URUS PIHAK AIRPORT FIRE AND RESCUE SERVICE (AFRS) MALAYSIA KE JBPM NEGERI SELANGORBukit Jeluton...
12/06/2026

KUNJUNG HORMAT DAN LIBAT URUS PIHAK AIRPORT FIRE AND RESCUE SERVICE (AFRS) MALAYSIA KE JBPM NEGERI SELANGOR

Bukit Jelutong, 12 Jun 2026 - YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah menerima Kunjung Hormat daripada Airport Fire and Rescue Service (AFRS)

Sesi perjumpaan tersebut diadakan di Tingkat 1, Bilik Mesyuarat Dahlia, JBPM Negeri Selangor. Kunjung Hormat dan Libat Urus ini bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan antara kedua-dua agensi sebagai rakan strategik. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah fokus terhadap koordinasi bantuan kecemasan, latihan bersama (joint drills), serta penyelarasan Pelan Tindakan Kecemasan Lapangan Terbang (Airport Emergency Plan - AEP) bagi memastikan keselamatan operasi penerbangan dan kawasan sekitar sentiasa berada di tahap tertinggi.

Turut hadir bersama adalah PgKB I Razali bin Mohd Nasir, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, PgKB II Mohd Fadzil bin Yusoff, Penolong Pengarah Bahagian Latihan, dan PgKB I Ahmad Zaidi bin Safuan, Ketua Zon 1 serta pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Selangor.

Sebelum program berakhir, telah menandatangani buku lawatan, diikuti dengan sesi pertukaran cenderahati dan sesi bergambar kenangan bersama Pengarah serta Pegawai Kanan JBPM Negeri Selangor.



PEMAKLUMAN TARIKH PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN SIRI 1/2026- khas untuk Warga JBPM
11/06/2026

PEMAKLUMAN TARIKH PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN SIRI 1/2026
- khas untuk Warga JBPM

Address

Seksyen U8
Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor:

Share