Pemuda UMNO Shah Alam - Cawangan 19D

Pemuda UMNO Shah Alam - Cawangan 19D Pemuda Umno Cawangan 19D Shah Alam

Salam takziah diucapkan kepada seluruh Ahli Keluarga…
06/11/2025

Salam takziah diucapkan kepada seluruh Ahli Keluarga…

30/08/2025

Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-76 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Pergerakan Pemuda UMNO adalah benteng pertahanan utama yang teguh berdiri mempertahankan agama, bangsa dan tanah air sejak penubuhannya. Dari dahulu hingga kini, Pemuda menjadi nadi perjuangan parti, menggalas amanah besar dalam memastikan maruah bangsa Melayu, kedaulatan Islam dan kedaulatan negara terus terpelihara.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran dan tekanan politik, Pemuda UMNO kekal gagah, berprinsip, dan tidak gentar berjuang. Keberanian anak muda UMNO menjadi tunjang kekuatan yang menggerakkan perubahan, membela hak rakyat dan mempertahankan warisan perjuangan dengan penuh keazaman.

Dalam lanskap politik yang kian mencabar, Pemuda UMNO perlu kekal relevan, lantang bersuara, memperkukuh akar umbi dan membuktikan kemampuan memimpin arus perubahan. Semangat perjuangan ini harus berpaksikan kepada agama sebagai pedoman, bangsa sebagai amanah, dan tanah air sebagai maruah yang tidak boleh digadai.

Tahniah kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Saleh, yang terus tegas dan berani memimpin barisan Pemuda, tampil ke hadapan demi mempertahankan Jalur Gemilang simbol maruah dan kedaulatan negara.

Semoga ulang tahun ini menjadi pemangkin semangat baharu untuk memperkukuhkan peranan Pemuda UMNO sebagai benteng agama, bangsa dan tanah air, terus menjunjung amanah perjuangan dengan penuh keberanian, keikhlasan dan tanggungjawab.


We Stand for Akmal✊🏼✊🏼
21/08/2025

We Stand for Akmal✊🏼✊🏼

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA UMNO BAHAGIAN SHAH ALAM

Sokongan Teguh Kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dalam Isu Kedaulatan Jalur Gemilang

Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam (PUSA) berdiri teguh bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Datuk Dr. Akmal Saleh dalam isu Jalur Gemilang yang sedang hangat diperkatakan mutakhir ini.

Isu Jalur Gemilang yang dipasang terbalik bukanlah perkara baharu, malah perkara ini sudah menjadi permainan segelintir pihak yang seolah-olah sengaja mahu mencemarkan maruah bendera kebangsaan. Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan negara, penyatuan kaum dan maruah rakyat Malaysia. Sekiranya perkara ini dibiarkan, kami khuatir generasi baharu akan terbiasa dengan perbuatan yang salah ini dan akhirnya terikut-ikut dengan agenda kelompok yang tidak bertanggungjawab.

Kami juga kesal apabila YB Datuk Dr. Akmal Saleh kini bakal berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, hanya kerana beliau berani bersuara dalam mempertahankan Jalur Gemilang. Kami menegaskan bahawa tindakan beliau adalah wajar dan berpaksikan semangat patriotisme demi maruah negara.

Sehubungan itu, kami turut mencadangkan agar undang-undang khusus diwujudkan, dengan tindakan yang lebih tegas diambil supaya perbuatan mencemarkan Jalur Gemilang tidak berulang pada masa akan datang. Kami akan terus memastikan yang benar jadi pegangan, dan yang salah tetap ditentang.

Kami berdiri teguh bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam mempertahankan kebenaran dan maruah negara. Yang Haq akan tetap berdiri, dan yang Bathil pasti akan jatuh.

“Yang Haq Tetap Berdiri, Yang Bathil Akan Lenyap”

“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”

Mohd Hafiz Hj. Abd Rahman
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam
21 Ogos 2025

31/05/2025

Address

Shah Alam
40300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda UMNO Shah Alam - Cawangan 19D posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda UMNO Shah Alam - Cawangan 19D:

Share