18/11/2025
🌟 MAJLIS PENUTUP PROGRAM TUISYEN RAKYAT 2025🌟
Anjuran 3PS bersama Surau Pangsapuri Seroja, Bukit Jelutong
Alhamdulillah, selesai sudah Program Tuisyen Rakyat Percuma bagi tahun 2025 — program tahunan yang kini memasuki tahun ke-3 berturut-turut.
Program ini berlangsung sepanjang tahun, bermula Mei hingga November, dengan matlamat memberi sokongan pendidikan secara percuma kepada anak-anak komuniti setempat. Setiap minggu, para sukarelawan memberikan masa, tenaga dan ilmu untuk memastikan adik-adik ini dapat belajar dalam suasana yang selesa dan terarah.
✨ Majlis penutup hari ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua pelajar yang telah berusaha hadir dan menimba ilmu sepanjang program. Sedikit cenderahati disampaikan sebagai penyuntik semangat—moga ilmu yang dipelajari menjadi bekal kejayaan mereka pada masa hadapan.
🤲 Doakan agar anak-anak ini terus cemerlang dan menjadi generasi yang berilmu, berakhlak dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Untuk memastikan program ini dapat diteruskan dan dikembangkan ke kawasan lain, kami mengalu-alukan sumbangan anda.
📌 Maybank: 562106636134
Pertubuhan Pemuda Prihatin Selangor
Rujukan: DANA3PS
Terima kasih kepada semua yang terus bersama menjayakan usaha ini.