18/09/2025
Cawangan Bandar Baru Nilai telah diwakili dalam Perhimpunan Agung Tahunan 2025 pada 6–7 September 2025 bertempat di IDCC Shah Alam oleh YBhg. Dato’ Fazmi Mahzan (Ketua Cawangan Bandar Baru Nilai / Timbalan Ketua Bahagian Seremban) dan Sdr. Ajwil Awil (Ketua Armada Bandar Baru Nilai).
Ucapan dasar Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah menggariskan pedoman perjuangan parti yang berpaksi pada rakyat, dipandu oleh integriti, dan diperkukuh dengan perpaduan. Amanat ini menjadi landasan yang utuh untuk BERSATU melangkah ke hadapan.
Namun yang paling membakar semangat, Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, menegaskan bahawa PRU16 adalah gelanggang sebenar perjuangan, dan kesetiaan kepada parti mesti mengatasi kepentingan peribadi. Kata-kata beliau ibarat tiupan angin timur yang mengembangkan layar perjuangan, memberi dorongan kepada seluruh saf untuk melangkah lebih berani. Semangat yang dibawa beliau seiring dengan denyut nadi akar umbi di Bandar Baru Nilai.
Cawangan Bandar Baru Nilai berdiri teguh bersama amanat ini. Dengan tekad dan iltizam, kami memperkemas jentera, merapatkan saf, serta mendekati rakyat. Inilah masanya untuk mengangkat panji perjuangan, memastikan BERSATU terus mara gagah perkasa di PRU16 demi agama, bangsa dan tanah air.
Bersatu Cawangan Bandar Baru Nilai
16 September 2025