Muhamad Nizam Noordin, Pendaftar Universiti Teknologi MARA

Muhamad Nizam Noordin, Pendaftar Universiti Teknologi MARA Pendaftar Universiti Teknologi MARA

21 April 2026 - Program Executive Engagement Session 2026 Lembaga Pengarah Universiti bersama Majlis Eksekutif Universit...
24/04/2026

21 April 2026 - Program Executive Engagement Session 2026 Lembaga Pengarah Universiti bersama Majlis Eksekutif Universiti.

PROGRAM ADMINISTRATOR COMPETENCY EVALUATION (ACE) BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA ONE OFF DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MA...
09/04/2026

PROGRAM ADMINISTRATOR COMPETENCY EVALUATION (ACE) BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA ONE OFF DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

30 Mac 2026 (Isnin) - Unit Kemajuan Kerjaya, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Pendaftar UiTM dengan kerjasama Pusat Pembangunan Pentadbiran (PPT), Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), telah berjaya menganjurkan Program Administrator Competency Evaluation (ACE). Program ini merupakan inisiatif strategik bagi urusan kenaikan pangkat secara one-off melibatkan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) di seluruh sistem UiTM.

Seramai 184 peserta telah berjaya menamatkan program ini, yang direkayasa khusus untuk membentuk barisan pentadbir yang tangkas (agile) serta berprestasi tinggi. Melalui pemerkasaan bakat dan perkongsian ilmu, Program ACE berperanan sebagai wadah persediaan dalam mendepani cabaran dinamik serta landskap pendidikan tinggi masa hadapan.

Selaras dengan Aspirasi UiTM 2030, program ini meletakkan pembangunan keupayaan warga sebagai teras utama. Dengan berpandukan nilai ESI, iDART, dan Model BUDI, ia bukan sekadar instrumen penilaian, malah pemangkin dalam memperkukuh budaya kerja cemerlang, integriti organisasi, dan pembangunan insan secara holistik demi menjamin kelestarian kecemerlangan universiti.

4 Julai 2025 - Menghadiri dan memberi taklimat pada Kursus Pemantapan Pegawai Kanan Polis Bantuan UiTM Siri 1/2025 (Komp...
09/07/2025

4 Julai 2025 - Menghadiri dan memberi taklimat pada Kursus Pemantapan Pegawai Kanan Polis Bantuan UiTM Siri 1/2025 (Kompetensi Fungsian Pengurusan Keselamatan) bagi Pegawai Kanan Polis Bantuan UiTM Gred KP5-KP14 di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek.

1 Julai 2025 - Sesi Libat Urus (SLU) dan Naziran Pengurusan Gaji Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi (Zon T...
01/07/2025

1 Julai 2025 - Sesi Libat Urus (SLU) dan Naziran Pengurusan Gaji Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi (Zon Tengah), Fasa 3 di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

1 Julai 2025 - Selamat Hari Lahir YBhg. Datuk Nik Airina Nik Jaffar, Ahli Lembaga Pengarah Universiti. "Semoga Allah mem...
01/07/2025

1 Julai 2025 - Selamat Hari Lahir YBhg. Datuk Nik Airina Nik Jaffar, Ahli Lembaga Pengarah Universiti.

"Semoga Allah memanjangkan umurmu dalam kebaikan dan memberikan kebahagiaan yang hakiki. Semoga setiap langkahmu diberkati dan sentiasa dalam lindungan-Nya."

سلامت هاري لاهير

Selamat Hari Lahir YBhg. Datuk Nik Airina Nik Jaffar, Ahli Lembaga Pengarah Universiti pada 1 Julai 2025 bersamaan 5 Muharam 1447. Semoga dipanjangkan usia dan sentiasa diberkati dalam limpah rahmat Allah SWT.

Ikhlas daripada
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor, Pengurusan Eksekutif serta Seluruh Warga UiTM.

𝘉𝑒𝘳𝑙𝘢𝑏𝘶ℎ 𝑝𝘦𝑟𝘢ℎ𝘶 𝘥𝑖 𝑚𝘶𝑎𝘳𝑎 𝑘𝘶𝑎𝘭𝑎,
𝘋𝑖𝘪𝑘𝘢𝑡 𝑘𝘦𝑚𝘢𝑠 𝑝𝘢𝑑𝘢 𝘱𝑒𝘯𝑔𝘢𝑑𝘢𝑛𝘨;
𝐵𝘦𝑟𝘵𝑎𝘮𝑏𝘢ℎ 𝑡𝘢ℎ𝘶𝑛, 𝘣𝑒𝘳𝑡𝘢𝑚𝘣𝑎𝘩 𝘮𝑢𝘭𝑖𝘢,
𝑀𝘰𝑔𝘢 𝘩𝑎𝘺𝑎𝘵 𝘴𝑒𝘫𝑎𝘩𝑡𝘦𝑟𝘢 𝘥𝑎𝘯 𝘤𝑒𝘮𝑒𝘳𝑙𝘢𝑛𝘨.

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى موليا

26 Jun 2025 - Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftar-Pendaftar Universiti Awam (UA) bil 2/2025 bertempat di Univers...
26/06/2025

26 Jun 2025 - Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftar-Pendaftar Universiti Awam (UA) bil 2/2025 bertempat di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Melaka.

“Selamat menyambut Awal Muharram dan Maal Hijrah yang penuh dengan harapan baru dan keberkatan dari Allah SWT.”
26/06/2025

“Selamat menyambut Awal Muharram dan Maal Hijrah yang penuh dengan harapan baru dan keberkatan dari Allah SWT.”

18 Jun 2025 - Mengiringi Naib Canselor mengadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir Yang di-...
23/06/2025

18 Jun 2025 - Mengiringi Naib Canselor mengadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Turut hadir bersama pada sesi mengadap ini adalah Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu dan delegasi UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

12 Jun 2025 - Menghadiri Majlis bacaan Yasin dan Tahlil Perdana Allahyarham Tun Arshad Ayub. Bacaan Yasin dan tahlil dip...
12/06/2025

12 Jun 2025 - Menghadiri Majlis bacaan Yasin dan Tahlil Perdana Allahyarham Tun Arshad Ayub.

Bacaan Yasin dan tahlil dipimpin oleh Al- Fadhil Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki, Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

“Salam Aidiladha. Semoga setiap pengorbanan kita diterima Allah dan membawa keberkatan yang berpanjangan dalam hidup kit...
06/06/2025

“Salam Aidiladha. Semoga setiap pengorbanan kita diterima Allah dan membawa keberkatan yang berpanjangan dalam hidup kita.”

داولت توانكو𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Duli Yang Maha MuliaTengku Permaisuri Hajah N...
04/06/2025

داولت توانكو
𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Duli Yang Maha Mulia
Tengku Permaisuri Hajah Norashikin D.K., S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K. Tengku Permaisuri Selangor sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Yang Ke-54 pada 4 Jun 2025 bersamaan 7 Zulhijjah 1446.

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku.
Sembah Takzim daripada Seluruh Warga UiTM.

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى موليا

Address

Shah Alam

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60355442266

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muhamad Nizam Noordin, Pendaftar Universiti Teknologi MARA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Muhamad Nizam Noordin, Pendaftar Universiti Teknologi MARA:

Share