Angkatan Muda Keadilan Selangor

Angkatan Muda Keadilan Selangor Negeri Selangor

*AMK SELANGOR KECAM KENYATAAN BIADAB SETIAUSAHA MAJLIS SYURA ULAMA PAS : TUNTUT PERMOHONAN MAAF KEPADA UMAT ISLAM SEGERA...
13/05/2026

*AMK SELANGOR KECAM KENYATAAN BIADAB SETIAUSAHA MAJLIS SYURA ULAMA PAS : TUNTUT PERMOHONAN MAAF KEPADA UMAT ISLAM SEGERA SECARA TERBUKA*

Angkatan Muda KEADILAN Selangor memandang serius perkembangan terkini melibatkan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang jelas menghina para sahabat Nabi.

Dalam hal ini, AMK Selangor menegur sikap hipokrit Pas yang kononnya mahu membuat laporan polis, sedangkan isu pokok yang perlu ditangani adalah tindakan dan tanggungjawab dalaman parti itu sendiri.

Tidak wajar untuk Pas melepaskan diri dengan mengatakan bahawa kenyataan tersebut seolah-olah pandangan peribadi sedangkan ucapan itu dibuat di pentas ceramah politik Pas.

AMK Selangor menegaskan bahawa kenyataan yang merendahkan martabat sahabat Nabi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali. Isu ini bukan soal politik, tetapi adab dan sensitiviti umat Islam yang perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab.

Tiada jalan lain melainkan Pas perlu berani mengambil tanggungjawab dengan memecat pemimpin Pas itu dan membuat permohonan maaf kepada umat Islam tanpa berlengah.

AMK Selangor menegaskan, jangan sesekali cuba menutup kelemahan pentadbiran Pas dengan naratif politik atau mengalih perhatian melalui tindakan kosmetik seperti laporan polis.

Sekian.

*MUHAMMAD IMAN HAZIQ MOHAMMAD HAMZI*
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor

13 Mei 2026

Selamat Hari Pekerja!AMK Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pekerja.Teruskan perjuanga...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja!

AMK Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pekerja.

Teruskan perjuangan kerana anda adalah tulang belakang negara.


KENYATAAN MEDIAAngkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak yan...
27/04/2026

KENYATAAN MEDIA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang telah memuat naik hantaran biadab di laman Facebook “Huayan The Pureland Learning Centre” yang jelas menghina Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

AMK Selangor menegaskan bahawa sebarang bentuk penghinaan terhadap Institusi Raja adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali, malah mencabar keharmonian dan kestabilan negeri.

Tindakan sedemikian bukan sahaja melampaui batas adab dan tatasusila, tetapi juga berpotensi mencetuskan ketegangan kaum serta menyentuh isu sensitif berkaitan 3R (Race, Religion, Royalty).

Justeru, AMK Selangor menuntut Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), mengambil tindakan mengesan individu terlibat serta memastikan pelaku di heret ke muka pengadilan mengikut lunas undang-undang.

Dalam masa sama, AMK Selangor mengarahkan semua Ketua AMK cabang-cabang untuk membuat laporan polis terhadap insiden ini sebagai tanda pendirian tegas dalam mempertahankan Institusi Raja serta menolak sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat perpaduan.

AMK Selangor akan terus berdiri teguh dalam mempertahankan kedaulatan Institusi Raja dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman serta menggugat keharmonian masyarakat.

Sekian.

ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR

22 April 2026

GANTUNG ADUN SERI KEMBANGAN: APA PENDIRIAN PEMUDA GERAKAN MALAYSIA DAN PEMUDA MCA MALAYSIA? Angkatan Muda Keadilan (AMK)...
22/04/2026

GANTUNG ADUN SERI KEMBANGAN: APA PENDIRIAN PEMUDA GERAKAN MALAYSIA DAN PEMUDA MCA MALAYSIA?

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor meneliti desakan Pemuda PAS Selangor yang mendesak agar tindakan tatatertib tegas diambil ke atas Adun DAP, termasuk menggantungnya daripada sidang dewan negeri selama 12 bulan.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Sdr Shukri Omar hari ini mengecam keras cadangan Adun Seri Kembangan, Wong Siew Ki, isu penternakan ladang babi moden di negeri itu dengan menyifatkannya sebagai tindakan yang biadab dan tidak menghormati institusi raja berperlembagaan.

AMK Selangor amat berminat untuk mengetahui adakah Pemuda Gerakan dan Pemuda MCA mempunyai pendirian yang sama dengan Sdr Shukri Omar yang dilihat cuba memainkan politik sentimen secara berlebihan.

Dewan Negeri Selangor (DNS) merupakan badan perundangan tertinggi di peringkat negeri yang memainkan peranan penting dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Ia adalah tempat di mana mandat rakyat dizahirkan melalui wakil yang dipilih.

Malah, setiap Ahli Dewan Negeri bertanggungjawab membawa masalah penduduk di kawasan (DUN) masing-masing ke peringkat negeri, sama ada isu infrastruktur, kebajikan, pendidikan, keperluan sosial mahupun ekonomi.

Justeru, AMK Selangor mahu Pemuda Gerakan dan Pemuda MCA menyatakan pendirian samada menyokong saranan Sdr Shukri Omar yang jelas tidak faham peranan ADN serta fungsi Dewan Sidang Negeri ataupun berdiri teguh sebagai sayap pemuda yang mengerti bahawa akhirnya bukan semua perkara perlu dipolitikkan.

MOHAMMAD HAZIQ IZWAN BIN MOHD HUSNI
Pengarah Komunikasi
Angkatan Muda KEADILAN Selangor

KENYATAAN MEDIAAngkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyambut baik pengumuman Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang...
17/04/2026

KENYATAAN MEDIA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyambut baik pengumuman Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sebagai langkah proaktif dalam mendepani cabaran ekonomi dan krisis bekalan tenaga yang melanda dunia ketika ini.

AMK Selangor melihat inisiatif ini sebagai satu pendekatan yang tepat dan berani oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara dalam mendepani ketidaktentuan global memberi kesan langsung kepada kos sara hidup, rantaian bekalan serta kestabilan ekonomi negara.

AMK Selangor yakin bahawa peruntukan bantuan dan fokus Kerajaan Negeri dalam aspek keterjaminan makanan, pengawalan inflasi, peningkatan penggunaan pengangkutan awam, dan bantuan bersasar kepada golongan terkesan, dapat membantu meringankan beban rakyat di negeri.

Langkah ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Selangor sentiasa responsif dan mendahulukan kepentingan rakyat biarpun negara ketika ini berhadapan dengan tekanan isu global, konflik geopolitik dan gangguan bekalan tenaga.

Justeru, AMK Selangor optimis untuk terus berperanan menyokong inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dan menyeru semua pihak berganding dengan meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan tertinggi.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor

Angkatan Muda Keadilan Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat maju jaya kepada YAB Dato’ Ser...
06/04/2026

Angkatan Muda Keadilan Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat maju jaya kepada YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor yang diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor, Encik Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree dan Pegawai Khas kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Encik Daing Muhammad Reduan dalam menggalas amanah besar membawa Misi Bantuan Flotilla 2.0.

Misi ini membawa 30 kontena dengan jumlah 374 tan bantuan kemanusiaan ia menjadi satu simbol jelas keprihatinan dan solidariti rakyat Malaysia terhadap saudara kita di Gaza.

Ini bukan sekadar bantuan, tetapi manifestasi nilai kemanusiaan yang diperjuangkan oleh seluruh rakyat Malaysia.

AMK Selangor mendoakan agar YAB Dato’ Seri Amirudin, Encik Mohamed Fared dan Encik Daing Muhammad Reduan dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dilindungi Allah SWT sepanjang misi kemanusiaan ini.

06/04/2026

Perasmian Serentak Mesyuarat Agung AMK Tahunan Cabang-Cabang Selangor membuktikan kita berjaya bergerak sebagai satu pasukan.

Sepertimana yang diamanatkan oleh Ketua AMK Selangor, saudara Iman Haziq, kita mesti berada di barisan paling hadapan untuk memastikan misi memenangi semua kerusi di Selangor berjaya pada pilihanraya akan datang.

Kita tidak boleh berlengah lagi, ini masanya untuk kita bekerja sebagai satu kesatuan yang kuat dan kukuh.

Rapatkan saf, satukan tekad.

MAJLIS PERASMIAN SERENTAK MESYUARAT AGUNG TAHUNANANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG-CABANG NEGERI SELANGORAssalamualaikum War...
04/04/2026

MAJLIS PERASMIAN SERENTAK MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG-CABANG NEGERI SELANGOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam reformasi.

Seluruh pimpinan, anggota dan jentera Angkatan Keadilan di Negeri Selangor dijemput untuk turun beramai-ramai bagi menjayakan:

Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Tahunan
Angkatan Keadilan Negeri Selangor

📍 Tempat: Dewan MPAJ, Kampung Ampang Indah
📅 Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu)
🕡 Masa: 6.30 Petang hingga selesai

Kehadiran saudara dan saudari bukan sekadar memenuhi jemputan, tetapi sebagai tanda komitmen dalam memperkukuh gerak kerja organisasi serta menyusun langkah ke hadapan.

Inilah medan kita mempererat saf perjuangan, menyatukan kekuatan anak muda, dan memperteguh tekad dalam membawa agenda rakyat.

Ayuh turun, rapatkan barisan, dan buktikan kekuatan Angkatan Keadilan Negeri Selangor!

Jumpa di sana.

Sekian, terima kasih.

KENYATAAN BIPPA AMK SELANGOR BERKAITAN HINA KITAB SUCI AL-QURAN OLEH PELAJAR IPTA AMK Selangor tegas menyelar perbuatan ...
27/02/2026

KENYATAAN BIPPA AMK SELANGOR BERKAITAN HINA KITAB SUCI AL-QURAN OLEH PELAJAR IPTA

AMK Selangor tegas menyelar perbuatan seorang pelajar IPTA di Pahang yang memuat naik gambar Al-Quran dipijak disebuah platform media sosial. Perbuatan tersebut boleh dilihat sebagai tindakan penghinaan agama secara jelas dan berniat. Ia merupakan perbuatan yang mengguris jiwa umat Islam, tidak menghormati perlembagaan dan boleh mendatangkan ketegangan kaum serta agama.

Kami menggesa pihak berwajib untuk mengambil tindakan tegas atas perbuatan jijik lagi hina ini selaras dengan kenyataan gesaan tindakan tegas yang dinyatakan oleh YB Mohd Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor. Hukuman yang tegas ini akan menjadi peringatan yang efektif kepada semua masyarakat tanpa ragu.

AMK Selangor menyatakan pendirian bahawa segala bentuk penghinaan agama kepada mana-mana agama merupakan hal yang tidak wajar. Perlembagaan negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama persekutuan wajib dihormati dan hak beramal dengan agama masing-masing bagi kepercayaan selain Islam juga perlu dilindungi.

AMK Selangor juga mencadangkan agar undang-undang yang memuatkan hukuman tegas terhadap perbuatan hina agama dan kaum ini perlu digubal. Denda rendah dan penjara dengan tempoh pendek bukanlah solusinya. Hina agama ini tidak hanya terpakai apabila agama Islam dan Melayu yang menjadi sasaran, sebaliknya terpakai untuk semua. Perkara ini selaras dengan pengajaran Al-Quran daripada Surah Al-An’am, ayat 108.

AMK Selangor berpandangan bahawa perkara ini perlu diangkat secara serius dan mendesak kerana ia dapat menghalang daripada terjadinya pergeseran yang lebih buruk berlaku.

Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama AMK Selangor

12/02/2026

Musim ini memperlihatkan AMK Selangor berusaha untuk mengukuhkan tadbir urus komunikasi dengan kejayaan 2 orang pemuda dari AMK Selangor yang berjaya menembus masuk ke jawatan lantikan Pengerusi Panel Penasihat NADI di kawasan parlimen masing masing.

Daripada 22 buah kerusi NADI Parlimen yang ditawarkan, 2 lantikan kerusi berjaya diisi oleh anak muda AMK Selangor.

Semoga perkembangan positif ini membawa kekuatan penuh kepada AMK Selangor untuk mendominasi struktur komunikasi parti khususnya bagi menyampaikan maklumat yang lebih berkesan kepada masyarakat di luar sana.

Address

Shah Alam
40100

Telephone

+60182083748

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share