PIBG Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor

PIBG Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor Laman Rasmi ini ditubuhkan bertujuan menyampaikan informasi dan maklumat yang dijalankan oleh PIBG.

SALAM AIDILADHA DARIPADA PIBG SK PUNCAK PERDANA 🕋✨Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Merpat...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA DARIPADA PIBG SK PUNCAK PERDANA 🕋✨
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Merpati putih terbangnya rendah,
Sambil hinggap di pohon cemara;
Sambutlah Aidiladha dengan gembira,
Moga hidup beroleh sejahtera.
Ir. Mohd Aslam bin Nor Zahari, Yang Dipertua PIBG, bersama barisan Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya buat para ibu bapa, penjaga, barisan guru, dan warga kerja SK Puncak Perdana.
Hari Raya Aidiladha merupakan detik untuk kita menghayati erti sebuah pengorbanan, keikhlasan, dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada Pencipta.
Semoga momentum perayaan ini terus menyuntik semangat pengorbanan yang tinggi dalam diri kita semua demi masa depan dan kejayaan anak-anak kita. Insya-Allah.
Pihak PIBG juga mendoakan agar segala ibadah korban dan amalan kita pada tahun ini diterima serta diberkati oleh Allah SWT.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas daripada,
Ir. Mohd Aslam bin Nor Zahari
Yang Dipertua PIBG
& Barisan Jawatankuasa PIBG SK Puncak Perdana

26/05/2026

Sambutan Hari Guru 2026 Part 3

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana yang diadakan pada 22 Mei 2026.

PIBG SKPP meneruskan tradisi mengelolakan majlis sambutan sebagai penghargaan kepada warga pendidik SKPP.

25/05/2026

Sambutan Hari Guru 2026 Part 2

Sekitar sambutan Hari Guru peringkat SK Puncak Perdana tahun 2026 pada 22 Mei 2026

Majlis dikelolakan oleh PIBG SKPP


Sambutan Hari Guru 2026 Part 1Sekitar Sambutan Hari Guru 2026 Peringkat Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana pada 22 Mei 20...
23/05/2026

Sambutan Hari Guru 2026 Part 1

Sekitar Sambutan Hari Guru 2026 Peringkat Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana pada 22 Mei 2026.

Majlis dikendalikan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Puncak Perdana.

16/05/2026

Teaser Sambutan Hari Guru SK Puncak Perdana
Tarikh : 22 Mei 2026



PIBG SK Puncak Perdana mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru khususnya semua Guru di SK Puncak Perdana.
15/05/2026

PIBG SK Puncak Perdana mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru khususnya semua Guru di SK Puncak Perdana.


Ada anak yang keluar pagar sekolah dengan beg masih di bahu.Dalam kepala dia mungkin cuma fikir nak balik rumah. Nak mak...
12/05/2026

Ada anak yang keluar pagar sekolah dengan beg masih di bahu.

Dalam kepala dia mungkin cuma fikir nak balik rumah. Nak makan. Nak buka kasut. Nak cerita apa yang berlaku di sekolah hari itu.

Tapi di zon sekolah, satu saat leka boleh jadi penamat kepada satu nyawa.

Kita selalu anggap depan sekolah itu tempat biasa. Tempat berhenti sekejap. Tempat reverse sekejap. Tempat turunkan anak cepat-cepat sebab lambat kerja.

Sebenarnya, depan sekolah ialah kawasan paling rapuh.

Anak kecil rendah. Kadang-kadang mereka berada di blind spot kenderaan. Mereka belum cukup matang untuk menilai kelajuan, jarak dan bahaya. Bila loceng balik berbunyi, kawasan sekolah jadi penuh dengan van, kereta, motosikal, ibu bapa, pengawal, penjaja dan murid yang bergerak serentak.

Sebab itu zon sekolah bukan tempat untuk berebut jalan.

Bukan tempat untuk marah-marah sebab kereta depan lambat.

Bukan tempat untuk “kejap je”.

Bukan tempat untuk tekan minyak sebab mahu cepat keluar.

Kalau bawa van, kereta atau motosikal di kawasan sekolah, perlahanlah walaupun tiada orang nampak. Berhenti betul-betul. Pandang kiri kanan. Periksa depan, belakang dan sisi kenderaan. Jangan bergantung pada cermin sahaja.

Anak orang bukan kon, bukan halangan jalan, bukan bayang-bayang kecil yang boleh kita abaikan.

Mereka adalah dunia seseorang.

Hari ini mungkin kita cuma terlambat 5 minit.

Tapi ada keluarga yang mungkin kehilangan sepanjang hayat.







Kredit : PublicHealthMalaysia
Kredit gambar : PublicHealthMalaysia & JPJMalaysia

09/05/2026

Program Gotong-Royong Perdana SK Puncak Perdana
9 Mei 2026

09/05/2026

Program Gotong Royong Perdana Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 🌙✨Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini membawa sinar keimanan, k...
18/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 🌙✨

Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini membawa sinar keimanan, ketenangan jiwa dan limpahan rahmat buat kita semua.
Semoga setiap amal ibadah diterima, setiap doa dimakbulkan, dan setiap langkah kita dipermudahkan oleh-Nya.

Ikhlas daripada,
Ir. Mohd Aslam bin Nor Zahari
YDP PIBG DAN JAWATANKUASA PIBG
SK PUNCAK PERDANA 2026

Address

Shah Alam
40170

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category