14/08/2026
πππππππ ππππ ππππ πππ ππππππ ππππππππ πππππππππ & ππππππππππ πππ πππππ πππππ πππππππ ππππ ππππππ
π
14 Ogos 2026 (Jumaat)
β° 5.30 petang
π Bilik Mesyuarat Balai Polis Kampung Baru Subang
Balai Polis Kampung Baru Subang telah mengadakan General Roll Call yang disusuli dengan Majlis Meraikan Persaraan dan Pertukaran Pegawai Rendah Polis (PRP).
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada anggota yang telah menamatkan perkhidmatan serta anggota yang akan meneruskan khidmat di penempatan baharu.
Turut diadakan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan atas segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang bertugas di Balai Polis Kampung Baru Subang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada anggota yang diraikan atas segala jasa dan komitmen yang telah diberikan. Semoga terus maju jaya serta dipermudahkan dalam setiap urusan di tempat baharu. π€
Buat Sjn 122730 Muhamad Sabri bin Mohamad yang bersara, selamat menempuh fasa kehidupan baharu. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan.
Buat anggota yang bertukar, selamat maju jaya di penempatan baharu dan teruskan memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat dan negara. π²πΎ
Jasamu Dikenang, Bakti Disanjung. β€οΈ