Perikatan Nasional Parlimen Shah Alam

Perikatan Nasional Parlimen Shah Alam Bersama membina masa depan yang lebih gemilang untuk warga Shah Alam. Perikatan Nasional Parlimen Shah Alam (P108) komited membawa suara rakyat.

follow kami:
Perikatan Nasional Shah Alam

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-6969 tahun merdeka, marilah kita terus memelihara tanah air ini dengan semangat pe...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69

69 tahun merdeka, marilah kita terus memelihara tanah air ini dengan semangat perpaduan, keamanan dan kebersamaan.

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi keberanian membina sebuah negara yang berdaulat, adil, makmur dan bermaruah untuk seluruh rakyat.

Berbeza pandangan tidak harus memisahkan kita. Kerana akhirnya, Malaysia ini rumah kita bersama.

Perikatan Nasional Parlimen Shah Alam mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

Ingatan tulus ikhlas dari:

Sukri Omar
Yang Dipertua PAS SHAH ALAM

Fadzil Ahmad
Ketua Bahagian Wawasan Shah Alam

Mohd Azlan Shah
Penyelaras Pejuang Shah Alam

PERIKATAN NASIONAL SHAH ALAM

PN SHAH ALAM TERUS PERKUKUH KEBERSAMAANMalam ini, Ustaz Sukri Omar (Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam) bersama Dr Aubi...
19/08/2026

PN SHAH ALAM TERUS PERKUKUH KEBERSAMAAN

Malam ini, Ustaz Sukri Omar (Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam) bersama Dr Aubidullah Fahim, Setiausaha PAS Kawasan Shah Alam serta rakan-rakan komponen Perikatan Nasional Parlimen Shah Alam mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Parti Wawasan Shah Alam. Turut bersama Saudara Mohd Azlan Shah, Penyelaras Parti Pejuang Shah Alam.

Tahniah kepada Saudara Fadzil Ahmad, Penyelaras Parti Wawasan Shah Alam atas pembukaan pejabat baharu ini. Semoga pejabat ini menjadi medan khidmat kepada rakyat, pusat menyantuni masyarakat serta memperkemas gerak kerja bersama di Shah Alam.

Kekuatan sesebuah gabungan bukan hanya terletak pada nama dan struktur, tetapi pada kepercayaan, kesetiaan dan kesediaan untuk bergerak sebagai satu pasukan.

PAS, Wawasan dan Pejuang mungkin datang daripada latar yang berbeza, namun kita dipertemukan oleh satu tekad yang sama. Membina kekuatan, memperjuangkan kepentingan rakyat dan menawarkan perubahan yang lebih baik untuk Shah Alam dan Selangor.

Insya-Allah, PN Shah Alam akan terus memperkukuh kebersamaan, merapatkan saf dan memperkemas gerak kerja. Politik yang kukuh bermula dengan kepercayaan. Kepercayaan p**a dibina melalui kebersamaan dan kerja yang nyata.



Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengumumkan parti baharunya iaitu Parti Wawasan Negara. Parti ini akan bersama-sama Perikata...
13/06/2026

Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengumumkan parti baharunya iaitu Parti Wawasan Negara.

Parti ini akan bersama-sama Perikatan Nasional menuju kemenangan PRU-16 akan datang.

Address

Tingkat, 1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah D 9/D
Shah Alam
40100

Telephone

+60355238103

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perikatan Nasional Parlimen Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perikatan Nasional Parlimen Shah Alam:

Shortcuts

Share