Jabatan Mineral Dan Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan

Jabatan Mineral Dan Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan JMG Selangor

JMG Selangor/WP sebagai peneraju pembangunan mineral dan geosains menjelang tahun 2025 serta menyumbang kepada peningkatan daya saing ekonomi negara dan kualiti hidup melalui penggunaan maklumat, perkhidmatan berkepakaran tinggi serta penyelidikan berkaitan mineral dan geosains yang efektif.

07/03/2026
04/03/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍

✨ Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada seluruh warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) kepada Ching Thoo a/l Kim atas segala jasa, kepimpinan serta komitmen cemerlang sepanjang menerajui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sebagai Ketua Setiausaha.

✨ Segala usaha, kebijaksanaan dan dedikasi YBhg. Datuk Dr. dalam memperkukuh tadbir urus serta memacu agenda sumber asli dan kelestarian alam terutama dalam pembangunan mineral dan geosains negara akan sentiasa dikenang. Kepimpinan dan pandangan jauh Datuk Dr. sentiasa menjadi inspirasi kepada seluruh warga JMG.

✨ Terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan.

✨ Semoga YBhg. Datuk Dr. dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, ketenangan serta kebahagiaan di alam persaraan.

🌹
Anak dara berhias berseri-seri
Bunga di sanggul cantik tersemat
Segala budi tuan kami hargai
Dalam ingatan kami terpahat
🌹
Anak teruna mengail di kali
Dapat seekor ikan gelama
Setelah berdekad menabur bakti
Semoga Datuk Dr berehat sebaiknya

Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya 💐
Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JMG.

02/03/2026
16/01/2026

Seminar Kaedah Penggunaan Borang Pengesahan Geologi Tapak (BPGT) Peringkat Negeri Selangor tahun 2026.
-TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 23 JANUARI 2026

BPGT adalah termasuk dalam senarai semak, Manual OSC 3.0 Plus utk permohonan pemajuan.

Kenapa seminar ini perlu disertai;

1. Pra-syarat Kompetensi sebagai Penyedia BPGT.
2. Memberi kefahaman aplikasi geologi dalam proses pembangunan
3. Fokus kaedah pengisian borang BPGT edisi 2024 dan Laporan Penilaian Geologi (LPG), untuk mengelakkan kekeliruan oleh pihak PSP dalam proses permohonan.
4. Sesi Soal jawab dan 'Networking'

Pendaftaran boleh dibuat melalui kod QR yang terdapat dalam risalah/flyer yang diedarkan;
Atau
Klik pautan berikut https://forms.gle/Bo1pAkSFa1YUz6R3A

Sebarang persoalan lanjut boleh menghubungi En Wan Neqhaikal - JMG SWP (0133180481) atau Dr. Sarah - Institut Geologi Malaysia (0133187302).

Sekian, terima kasih.

Address

Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Mineral Dan Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share