UMNO-Cawangan Rumah Pangsa Seksyen 20 Shah Alam

UMNO-Cawangan Rumah Pangsa Seksyen 20 Shah Alam Bersatu Bersetia Berkhidmat

11/09/2026

Mohon doakan kelancaran kata-kata untuk saya berucap pagi ini dan segala perjalanan Perhimpunan Agung UMNO 2026 berjalan dengan lancar dan sempurna sepanjang hari ini dan esok.





11/09/2026
11/09/2026
10/09/2026
10/09/2026
10/09/2026

Amat sedih bila baca mengenai nahas helikopter petugas kesihatan di Marudi semalam.

Semoga ahli-ahli keluarga tabah menghadapi dugaan ini. Takziah diucapkan.

Pernah singgah di Long Jegan, Marudi dan beberapa kawasan lain sekitar tahun 2016.

Sempat meluangkan sedikit masa dengan staf-staf perubatan yang bertugas di kawasan pedalaman masa itu.

Cukup mencabar tugasan mereka kerana isu akses, infrastruktur, dan keadaan berbanding di bandar.

Tanggungjawab kita sebagai kerajaan adalah untuk pastikan perkhidmatan dan bantuan sampai kepada semua rakyat termasuk penduduk kawasan pedalaman.

Tidak ramai tahu bahawa bantuan seperti BR1M pada awal dahulu pegawai kerajaan diiringi anggota keselamatan hantar dengan menggunakan bot.

Staf-staf perubatan p**a ditugaskan mengikut jadual untuk beri khidmat kesihatan, dan bekalan ubatan juga dihantar.

Sumbangan dan pengorbanan mereka mulia dan sangat dihargai.

Di Semenanjung Malaysia juga ada kawasan pedalaman seperti Hulu Tembeling di Pahang dan Hulu Kelantan dan staf kesihatan yang memberi perkhidmatan tetapi kini lebih mudah kerana sudah ada sistem jaringan jalan raya.

Di Sabah dan Sarawak ada kawasan masih amat sukar kerana pelbagai faktor terutamanya infrastruktur.

Itulah sebabnya juga kenapa pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebelum 2018 laksanakan 2 fokus utama - NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar dan Lebuhraya Pan Borneo.

Semoga segala urusan para petugas dipermudahkan dan sentiasa utamakan keselamatan.

10/09/2026

Address

Jalan 20/16 Seksyen 20
Shah Alam

Telephone

+60174263396

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNO-Cawangan Rumah Pangsa Seksyen 20 Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share