Ketua-Pustakawan-UiTM

Ketua-Pustakawan-UiTM Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan
Ketua Pustakawan
Perpustakaan Universiti Teknologi MARA

26 - 28 Zulhijjah 1447H : 12 - 14 Jun 2026Alhamdulillah. Program Retreat Khas Jawatankuasa Penyelarasan  Rasionalisasi U...
14/06/2026

26 - 28 Zulhijjah 1447H : 12 - 14 Jun 2026

Alhamdulillah. Program Retreat Khas Jawatankuasa Penyelarasan Rasionalisasi UiTM dan Sasaran Prestasi Utama UiTM 2030 bersama Ahli Majlis Eksekutif Universiti, Majlis Rektor dan Majlis Dekan bertempat di ILD UiTM.

Insya Allah, muafakat membawa berkat dalam mencapai aspirasi Universiti. Semoga Allah lancarkan segala perancangan

14/06/2026
23 Zulhijjah 1447H : 9 Jun 2026Alhamdulillah. Memberikan kata aluan sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Pustakawan Ke...
09/06/2026

23 Zulhijjah 1447H : 9 Jun 2026

Alhamdulillah. Memberikan kata aluan sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Pustakawan Kebangsaan dan Hari Arkib Antarabangsa 2026 Peringkat Negeri Melaka seterusnya disempurnakan oleh perasmi YB Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka.

Majlis ini menghimpunkan penggiat bidang perpustakaan, arkib, pengurusan maklumat serta warga akademik dari pelbagai institusi di Negeri Melaka.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan sambutan ini.

Sejarah perpustakaan pertama di Malaysia adalah Prince of Wales Island Library -> Penang Library (kini dikenali Perbadan...
06/06/2026

Sejarah perpustakaan pertama di Malaysia adalah Prince of Wales Island Library -> Penang Library (kini dikenali Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang) ditubuhkan pada tahun 1817 di Pulau Pinang.

Manakala bagi sejarah pembangunan perpustakaan di UiTM bermula apabila Dewan Latehan RIDA kampus Jalan Othman, Petaling Jaya dengan rasminya dibuka pada 14 Februari 1957, oleh YB. Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, Menteri Perdagangan dan Industri. Sehingga pada 29 Julai 1972, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM di kampus UiTM Shah Alam dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-2.

Penglibatan dua tokoh negarawan ini dalam lipatan sejarah pembangunan perpustakaan di UiTM yang kini berkembang kepada 39 buah perpustakaan melambangkan suatu pengiktirafan kepada peri pentingnya rumah ilmu ini untuk masa depan.

Justeru, tema Hari Pustakawan 2026 “Perpustakaan Memacu Kemajuan Negara” akan terus di dokong dan dilipatganda usaha memastikan perpustakaan menjadi Vibrant Centres of Learning (aspirasi dari YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Consal XIX 17 Jun 2025)

Terima kasih seluruh warga Perpustakaan di Malaysia atas sumbangan anda.

06/06/2026

Selamat Hari Pustakawan 2026

“Libraries Advancing Nation”

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pustakawan yang terus komited memartabatkan ilmu, memperkukuh perkhidmatan perpustakaan dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta negara.

Semoga profesion kepustakawanan terus relevan, progresif dan menjadi pemangkin kepada pembudayaan ilmu dalam ekosistem pendidikan tinggi negara.

Ikhlas daripada,
Ts. Haji Azizi Haji Jantan
Ketua Pustakawan UiTM





19 Zulhijjah 1447H : 5 Jun 2026Alhamdulillah, pagi Jumaat ini bertemu dan terus bekerjasama dalam pembangunan dan penyam...
05/06/2026

19 Zulhijjah 1447H : 5 Jun 2026

Alhamdulillah, pagi Jumaat ini bertemu dan terus bekerjasama dalam pembangunan dan penyampaian perkhidmatan arkib yang menjadi tunjang di peringkat organisasi masing-masing.
Terima kasih YBrs. Tuan Haji Zaidin bin Mohd Noor, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia dan pengurusan Arkib Negara yang melapangkan masa dan bertukar fikiran dalam menghadapi gelombang teknologi kecerdasan buatan dan cabaran masakini

Dalam lipatan sejarah perkembangan UiTM, memori ini merupakan antara detik sejarah yang tercatat dimana YTM Tunku Abdul ...
05/06/2026

Dalam lipatan sejarah perkembangan UiTM, memori ini merupakan antara detik sejarah yang tercatat dimana YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu merasmikan Taman Asohan ‘Rural Industrial Development Authority’ (RIDA) pada 4 Jun 1956.

Taman Asuhan ini ditubuhkan untuk memberi latihan dan tunjuk ajar mengenai cara-cara mendidik anak dengan betul, sains rumah tangga, berkebun, sivik dan pengetahuan agama kepada wanita desa. Dengan kemahiran yang dibekalkan ini dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan selain memajukan dan meninggikan taraf hidup penduduk luar bandar.


Alhamdulillah, berkesempatan berkongsi pengalaman dan pandangan dalam Podcast ExelLens InQKA: Perkongsian Bersama Juara ...
05/06/2026

Alhamdulillah, berkesempatan berkongsi pengalaman dan pandangan dalam Podcast ExelLens InQKA: Perkongsian Bersama Juara AKNC 2025 bersama-sama penerima Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2025 bagi kategori Fakulti (Fakulti Pengurusan dan Perniagaan) dan UiTM Cawangan (UiTM Cawangan Perak).

Semoga perkongsian mengenai perjalanan kecemerlangan Jabatan Perpustakaan UiTM sebagai Juara Bahagian AKNC 2025 dapat memberi manfaat, inspirasi dan motivasi kepada warga UiTM dalam memperkukuh budaya kualiti, inovasi serta penambahbaikan berterusan.

Terima kasih kepada pihak InQKA atas jemputan dan ruang perkongsian yang amat bermakna ini.

19/05/2026

Address

Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ketua-Pustakawan-UiTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share