Perpustakaan Komuniti Al-Islah

Perpustakaan Komuniti Al-Islah "WAWASAN ISLAH MEMBANGUN UMMAH" Perpustakaan Komuniti Al-Islah ditubuhkan pada bulan September 2021 di bangunan Worldwide @ 7 Shah Alam.

Perpustakaan ini di bawah pengurusan Yayasan Al-Islah. Penubuhan perpustakaan ini adalah untuk menyokong aktiviti pembelajaran pelajar dan komuniti. Perpustakaan ini juga turut bertindak sebagai pusat rujukan pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI), warga Seksyen 7 Shah Alam dan juga pengguna luar. Sehingga Januari 2026, sejumlah 6788 bahan yang disumbangkan oleh ahli kariah dari Seksyen 7 Selatan, Shah Alam dan juga penyumbang luar. Sistem perpustakaan ini dibangunkan dengan kerjasama dari Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM. Keahlian Perpustakaan Komuniti ini adalah percuma. Waktu Perkhidmatan Perpustakaan
Isnin hingga Khamis : 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari
: 2.30 petang hingga 4.30 petang
Jumaat: 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Sabtu: 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari
(Tertakluk kepada permohonan)
Ahad: Tutup

Pencarian koleksi bahan boleh dilayari melalui: imd.library.uitm.edu.my/islah/index.php

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 69 Tahun Merdeka, Teguh Bersama.Selamat Hari Kemerdekaan! โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 69 Tahun Merdeka, Teguh Bersama.
Selamat Hari Kemerdekaan! โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›



๐ŸŒ™ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H๐ŸŒ™Perpustakaan Komuniti Al-Islah mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 144...
25/08/2026

๐ŸŒ™ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H๐ŸŒ™

Perpustakaan Komuniti Al-Islah mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta meneladani akhlak mulia dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian. Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dan menjadi inspirasi untuk kita menjadi insan yang lebih baik. ๐Ÿค

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ

๐Ÿ“š BUKU PILIHAN PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH๐Ÿ“– Mursyid al-Qari' bi Syarhi Mukhtasar Sahih Al-Bukhari = Petunjuk untuk Pe...
14/08/2026

๐Ÿ“š BUKU PILIHAN PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL ISLAH

๐Ÿ“– Mursyid al-Qari' bi Syarhi Mukhtasar Sahih Al-Bukhari = Petunjuk untuk Pembaca
๐Ÿ“š Jilid 1 & 2
โœ๏ธ Penulis: Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri

๐Ÿ“‚ Genre: Hadis & Ulum Hadis

โœจ Mendalami hadis, memahami syariat, menghayati sunnah.

Mursyid al-Qari' merupakan sebuah karya yang menghuraikan hadis-hadis daripada Mukhtasar Sahih al-Bukhari karya Imam Abi Jamrah. Buku ini memberikan penerangan yang ringkas, jelas dan padat mengenai pengajaran hadis serta fiqh hadis, menjadikannya sebagai bahan bacaan yang bermanfaat bagi mereka yang ingin mendalami ilmu hadis dan kefahaman Islam.

๐ŸŒฑ Keistimewaan karya ini adalah pendekatannya yang bukan sekadar menghuraikan hadis dari sudut ilmu, tetapi turut menghubungkannya dengan realiti kehidupan masa kini, sekali gus membantu pembaca memahami bagaimana ajaran dan panduan Rasulullah SAW dapat diaplikasikan dalam kehidupan.

๐Ÿ“ Jom kunjungi Perpustakaan Komuniti Al Islah, Seksyen 7 dan temui pelbagai koleksi bahan bacaan Islamik, ilmiah dan bermanfaat.

๐Ÿ†“ Keahlian perpustakaan adalah PERCUMA!

๐Ÿ“š Jom membaca, menambah ilmu dan menghayati sunnah Rasulullah SAW. ๐Ÿค

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam. Semoga tahun baharu ini menjadi titik perubahan ke arah k...
17/06/2026

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam. Semoga tahun baharu ini menjadi titik perubahan ke arah kebaikan, perpaduan ummah, serta kehidupan yang lebih diberkati dan diredhai Allah SWT.



A day for prayers. A day for peace. A day for Arafah ๐Ÿคฒ๐Ÿป
26/05/2026

A day for prayers. A day for peace. A day for Arafah ๐Ÿคฒ๐Ÿป

20/03/2026

โœจ Salam Aidilfitri daripada Perpustakaan Komuniti Al-Islahโœจ

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Semoga Aidilfitri yang mulia ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mengeratkan silaturahim sesama kita.

Terima kasih atas sokongan semua warga dan pengunjung terhadap Perpustakaan Komuniti Al-Islah. Semoga kita terus bersama dalam menyemarakkan budaya ilmu.

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ikhlas daripada
Perpustakaan Komuniti Al-Islah

๐Ÿ“š Buku Pilihan Mingguan๐Ÿ“– Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanyaโœ๏ธ Penulis: Datoโ€™ Haji Ismail Kamus...
13/03/2026

๐Ÿ“š Buku Pilihan Mingguan

๐Ÿ“– Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya
โœ๏ธ Penulis: Datoโ€™ Haji Ismail Kamus & Mohammad Nidzam Abdul Kadir
๐Ÿ“š Genre: Fiqh Ibadah

โ“ Pernah terfikir tentang persoalan kecil berkaitan puasa tetapi malu untuk bertanya?

Buku ini menghimpunkan pelbagai soalan lazim dan situasi harian berkaitan ibadah puasa yang sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam. Kadangkala persoalan itu kelihatan remeh, namun sebenarnya penting untuk memastikan ibadah puasa kita dilakukan dengan betul dan sempurna.

๐Ÿ’ก Sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang ingin memperbaiki kefahaman tentang ibadah puasa sebagai Rukun Islam yang ketiga.

๐Ÿ“ Buku ini boleh didapati di Perpustakaan Komuniti Al Islah, Seksyen 7.
๐Ÿ†“ Keahlian perpustakaan adalah PERCUMA!

๐Ÿ“š Jom datang membaca dan manfaatkan kemudahan perpustakaan komuniti kita.





๐ŸŒ™ 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN 2026๐ŸŒ™Inilah malam-malam yang paling berharga dalam setahun. Saat doa diangkat, dosa diampunk...
10/03/2026

๐ŸŒ™ 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN 2026๐ŸŒ™

Inilah malam-malam yang paling berharga dalam setahun. Saat doa diangkat, dosa diampunkan, dan rahmat Allah dicurahkan tanpa batas ๐Ÿค

โœจ Jangan lepaskan peluang mencari Lailatul Qadr. Terutama pada malam-malam ganjil daripada 10 malam terakhir.

Perbanyakkan:
๐Ÿคฒ Doa bersungguh-sungguh
๐Ÿ•Œ Qiyamullail sepertiga malam
๐Ÿ“– Mebaca dan menghayati Al-Quran
๐Ÿ’› Banyakkan Istighfar & Infaq Sedekah

โ€œCarilah Lailatul Qadr pada malam-malam ganjil daripada 10 malam terakhir.โ€ - (HR. Bukhari & Muslim)

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026๐ŸŽ‰Semoga lembaran baharu ini membawa kita lebih banyak kebaikan, pengembangan ilmu dan...
31/12/2025

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026๐ŸŽ‰
Semoga lembaran baharu ini membawa kita lebih banyak kebaikan, pengembangan ilmu dan minda.

Address

A-07-03 WORLDWIDE@7, LOT 24, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 09:30 - 12:30
14:30 - 16:30
Tuesday 09:30 - 12:30
14:30 - 16:30
Wednesday 09:30 - 12:30
14:30 - 16:30
Thursday 09:30 - 12:30
14:30 - 16:30
Friday 09:30 - 12:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Komuniti Al-Islah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category