Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Kontinjen Selangor

Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Kontinjen Selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Kontinjen Selangor, Government Organization, Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD), Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Shah Alam.

21/04/2023

Saya S/Insp. Ahmad Shah Bin Hj. Muhayat, Pengerusi bersama Ahli Jawatan Kuasa PPRPD Kontinjen Selangor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin kepada semua PRP di Seluruh Kontinjen Selangor. Semoga hari raya ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

17/04/2023
Mesyuarat Pengerusi PPRPD Kontinjen Selangor bersama setiausaha-setiausaha PPRPD IPK/IPD Kontinjen Selangor. Bilangan 1/...
17/04/2023

Mesyuarat Pengerusi PPRPD Kontinjen Selangor bersama setiausaha-setiausaha PPRPD IPK/IPD Kontinjen Selangor. Bilangan 1/2023

Shah Alam 17 April 2023 - Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat PPRPD Kontinjen Selangor bermula pada jam 10.30 hrs yang dipengerusikan S/Insp. Ahmad Shah Bin Hj. Muhayat, Pengerusi PPRPD Kontinjen Selangor.

Mesyuarat Pengerusi bersama setiausaha Bil 1/2023 pada telah dihadiri :-

1. Sjn. Mohd Najwan Shah Bin Jaffar Shah, Setiausaha PPRPD Kontinjen Selangor.

2. Kpl. Herfa Bin Hassan
Bendahari PPRPD Kontinjen Selangor.

3. Setiausaha² PPRPD IPK/IPD Kontinjen Selangor.

Agenda mesyuarat Bil. 1/2023 dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi seterusnya memulakan mesyuarat dengan agenda spt berikut :-

1. Perkenalan PPRPD dan punca kuasa mengikut Seksyen 93 dan Seksyen 95 Akta Polis 1967.

2. Kaedah² pemilihan dalam PPRPD Pusat, Kontinjen dan Daerah.

3. Organisasi dan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang setiausaha.

4. Laporan kewangan dan aktiviti² yang dijalankan.

5. Perkembangan terbaru PPRPD.

6. Mengenalpasti permasalahan² PRP di lapangan.

7. Sistem pengurusan fail, minit mesyuarat, laporan altiviti, laporan kewangan, surat menyuarat dan membuat kertas kerja.

9. Akhir sekali setiap setiausaha IPK/IPD diberi peluang memgemukakan soalan dan memberi cadangan² dan dijawab oleh pengerusi ada juga cadangan yang akam dibawa ke mesyuarat AJK² dan Pengerusi² yang akan datang.

Mesyuarat telah berjalan lancar serta harmoni dimana Pengerusi telah menyampaikan sedikit cenderhati kepada semua setiausaha² dengan ucapan salam ramadhan dan selamat hari raya aidil fitri.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam lebih kurang 1330 hrs.

BERSATU BERJUANG BERBAKTI

Shah Alam 17 April 2023 - Majlis Kacau Bubur Lambuk anjuran jabatan² IPK Selangor bersama PPRPD Kontinjen Selangor.Tarik...
17/04/2023

Shah Alam 17 April 2023 - Majlis Kacau Bubur Lambuk anjuran jabatan² IPK Selangor bersama PPRPD Kontinjen Selangor.

Tarikh : 17/4/2023 (Isnin)
Tempat : Surau Khalid Al Walid, IPK Selangor.
Masa : 07.00 pagi hingga selesai.

Majlis telah dihadiri semua Ketua Jabatan.
Pengerusi PPRPD Kontinjen Selangor.
PKP, PRP dan PA Kontinjen Selangor.

Tujuan Menjalinkan hubungan baik antara PKP, PRP dan PA setiap jabatan² dan PPRPD Kontinjen Selangor.

Bubur lambuk yang telah siap diedarkan kepada semua PKP, PRP dan PA di IPK Selangor.

BERSATU BERJUANG BERBAKTI.

17/04/2023

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇𝐘𝐀𝐑𝐇𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐀𝐙𝐑𝐄𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐉𝐀𝐀𝐅𝐀𝐑

CP Dato' Hussein Omar Khan, Ketua Polis Selangor dan Datin Liliyana Haryanti, Pengerusi PERKEP Selangor serta seluruh warga Polis Kontinjen Selangor menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Sjn 151918 Mohd Azrei bin Jaafar.

Allahyarham bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Subang Jaya. Allahyarham meninggal dunia pada usia 42 tahun dan telah berkhidmat dalam PDRM selama 19 tahun.

Pemergian Allahyarham Sjn 151918 Mohd Azrei bin Jaafar merupakan satu kehilangan besar buat Pasukan khususnya warga IPD Subang Jaya. Salam takziah.

13/04/2023
11/04/2023

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇𝐘𝐀𝐑𝐇𝐀𝐌 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋 𝐈𝐒𝐖𝐀𝐍𝐃𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐉𝐀𝐊𝐑𝐈𝐀

CP Dato' Hussein Omar Khan, Ketua Polis Selangor dan Datin Liliyana Haryanti, Pengerusi PERKEP Selangor serta seluruh warga Polis Kontinjen Selangor menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Koperal 151629 Iswandi bin Jakria.

Allahyarham bertugas di Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, IPD Serdang. Allahyarham meninggal dunia pada usia 38 tahun dan telah berkhidmat dalam PDRM selama 19 tahun.

Pemergian Allahyarham Koperal 151629 Iswandi bin Jakria merupakan satu kehilangan besar buat Pasukan khususnya warga IPD Serdang. Salam takziah.

09/04/2023

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇𝐘𝐀𝐑𝐇𝐀𝐌 𝐋/𝐊𝐏𝐋 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐅 𝐁𝐈𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐇𝐀𝐑𝐈.

CP Dato' Hussein Omar Khan, Ketua Polis Selangor dan Datin Liliyana Haryanti, Pengerusi PERKEP Selangor serta seluruh warga Polis Kontinjen Selangor menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham L/Kpl 186986 Mohd Azrief bin Bahhari.

Allahyarham bertugas di Balai Polis Sabak Bernam, IPD Sabak Bernam. Allahyarham meninggal dunia pada usia 33 tahun dan telah berkhidmat dalam PDRM selama 9 tahun.

Pemergian Allahyarham L/Kpl 186986 Mohd Azrief bin Bahhari merupakan satu kehilangan besar buat Pasukan khususnya warga IPD Sabak Bernam.Salam takziah.

03/04/2023
01/04/2023

SIRI PETIKAN UCAPAN KPN

Petikan Ucapan Ketua Polis Negara (KPN) Sempena Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sabah pada 30 Mac 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official





#31032023

Address

Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD), Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Shah Alam
40912

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Kontinjen Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share