29/04/2026
Alhamdulillah, sempena ulang tahun MARA yang ke-60, kita akan mengadakan Karnival 60 Tahun MARA bermula 1 hingga 5 Mei 2026 bertempat di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Pelbagai program menarik akan berlangsung merangkumi sektor pendidikan, keusahawanan, pelaburan serta khidmat pengurusan yang memberi manfaat secara langsung kepada pelajar, usahawan dan seluruh rakyat Malaysia.
Sepanjang karnival ini, terdapat lebih 80 program akan berlangsung termasuk pengisian pendidikan seperti Career Crafting, Karnival Pendidikan MARA, Ekspo TVET MARA, Forum Akademik Nasional serta Festival Muzik MARA akan memberi pendedahan luas kepada anak-anak muda dalam merancang masa depan mereka. Dalam masa yang sama, pelbagai inisiatif keusahawanan turut diketengahkan termasuk Ekspo MARA Keusahawanan, Program Pemerkasaan Wanita MARA, Jelajah Perniagaan Padanan, International Entrepreneurship Summit serta MARA Biznetwork yang membuka peluang jaringan dan pertumbuhan perniagaan.
Selain itu, aspek pelaburan dan sokongan menyeluruh kepada rakyat turut diberi penekanan melalui MARA Investment Week, inisiatif โPeace of Mindโ (POM), Wakaf MARA MADANI serta Ekspo MARA Anak Syarikat di samping penganjuran Next Level of Excellence Dinner (KPTM) dan Ekspo Khidmat & Pameran Pengurusan Sektor. Karnival ini juga dimeriahkan dengan pelbagai tarikan pengunjung seperti Malam Perdana Inspirasi, Kejohanan Karom Terbuka dan Kempen ANSARA Derma Darah.
Sepanjang karnival ini juga, pengunjung bakal disajikan dengan festival makanan terbaik daripada usahawan Bumiputera menerusi kolaborasi bersama Havoc Food Festival. Ini merupakan peluang terbaik untuk kita menyokong usahawan tempatan sambil menikmati pelbagai juadah menarik.
Saya menjemput semua golongan masyarakat untuk hadir memeriahkan Karnival 60 Tahun MARA di WTCKL dari 1 hingga 5 Mei ini. InsyaAllah, pelbagai manfaat menanti anda seisi keluarga. Jumpa anda di sana !