10/09/2026
πππ πππππ (πππ πππππ): ππ ππππππππ πππππππππ, πππππ πππππππ
ππππππ, π πππ©πππ¦πππ« ππππ β Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis (JIM Perlis) telah melaksanakan OPS SASAR (OPS MAHIR) di sekitar Kuala Perlis dan Kangar sebagai sebahagian daripada operasi yang dijalankan secara serentak di seluruh negara.
Sebanyak sembilan siri pemeriksaan dilaksanakan meliputi premis perniagaan, kilang, pusat pemunggahan, tapak pembinaan serta kawasan awam.
Seramai 50 individu telah diperiksa, terdiri daripada 13 warganegara Malaysia dan 37 warga asing.
Hasil pemeriksaan, lapan individu terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita telah ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen. Mereka terdiri daripada dua lelaki warganegara Myanmar, dua lelaki warganegara Bangladesh serta empat warganegara Indonesia, iaitu dua lelaki dan dua wanita.
Kesalahan yang disyaki melibatkan Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Selain itu, dua Borang 29 (Saman kepada Saksi) turut dikeluarkan. Saman ini menghendaki individu berkenaan hadir memberikan keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan kes.
JIM Perlis terus komited melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen serta memelihara keselamatan dan kedaulatan negara.