Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis SERTAILAH SUKARELAWAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA.

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ16 September 2026Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan patriotisme terus ...
15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

16 September 2026

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan patriotisme terus mekar dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Bersama kita menjunjung kedaulatan negara dan memperkukuh ikatan sebagai sebuah keluarga Malaysia.

Salam Hari Malaysia daripada kami, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis. β€οΈπŸ’›πŸ’™πŸ€

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













15/09/2026

Lawatan Pelajar Prasekolah Sekolah Kebangsaan Putra ke APM Perlis seperti Perlis

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













  15 September 2026 - Selasa] Sekitar lawatan sambil belajar murid-murid Prasekolah Kebangsaan Putra ke Angkatan Pertaha...
15/09/2026



15 September 2026 - Selasa] Sekitar lawatan sambil belajar murid-murid Prasekolah Kebangsaan Putra ke Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Perlis. Seramai 36 orang murid bersama guru pengiring. Pelbagai aktiviti menarik dan pendedahan berkaitan keselamatan serta tugas APM telah diperkenalkan kepada murid-murid prasekolah.

Semoga lawatan ini menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan bermanfaat dalam membentuk kesedaran tentang kepentingan keselamatan sejak usia dini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ π—£π—˜π—‘π—šπ—œπ—¦π—¬π—§π—œπ—›π—”π—₯𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—¨π—•π—¨π—›π—”π—‘ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—”

Tanggal 16 September 1963 menjadi detik bersejarah apabila Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung membentuk Malaysia.

Peristiwa bersejarah ini menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara yang terus melangkah maju dengan semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kepada tanah air.

Selamat menyambut Hari Malaysia 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ



Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











  15/09/2026 Selasa] Program Jom Derma darah pada tarikh 17 September 2026 pada pukul 10:00 pagi yang bertempat di Audit...
15/09/2026



15/09/2026 Selasa] Program Jom Derma darah pada tarikh 17 September 2026 pada pukul 10:00 pagi yang bertempat di Auditorium APM Perlis.

Ayuh bersama-sama kita menyumbang dan membantu mereka yang memerlukan. Setiap titisan darah yang didermakan amat bermakna dan berpotensi menyelamatkan nyawa.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













14 September 2026 - Isnin] Sekitar Latihan Abseiling bagi Ujian Kecergasan Tempur (UKT) untuk Pasukan 6 Skuadron Rejimen...
14/09/2026

14 September 2026 - Isnin] Sekitar Latihan Abseiling bagi Ujian Kecergasan Tempur (UKT) untuk Pasukan 6 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja yang diadakan di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Perlis.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













  14 September 2026 - Isnin] Sekitar  pelaksanaan Temuduga Kenaikan Pangkat Pegawai Pasukan dan Pegawai Tak Bertauliah (...
14/09/2026



14 September 2026 - Isnin] Sekitar pelaksanaan Temuduga Kenaikan Pangkat Pegawai Pasukan dan Pegawai Tak Bertauliah (PTB) APM Negeri Perlis yang bertempat di PNPA Perlis pada 10 September 2026. Seramai 23 calon anggota APM Perlis telah menghadiri sesi temuduga ini.

Temuduga ini merupakan salah satu proses penilaian bagi mengukur kompetensi, pengetahuan serta kesediaan pegawai dan anggota dalam memikul tanggungjawab yang lebih besar demi memperkukuh kecemerlangan dan kesiapsiagaan APM Negeri Perlis.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













14/09/2026

Doa Keluarga Akhirnya Terjawab, Mayat Nelayan Dijumpai Abang Ipar

Kangar: Doa keluarga seorang nelayan yang dikhuatiri lemas sejak kelmarin akhirnya terjawab apabila mayat lelaki itu ditemukan kira-kira 400 meter dari Pulau Batu Layang, di sini, pagi tadi.

Kakak mangsa, Mazuriati Baharoom berkata, penemuan mayat adik bongsu daripada lapan beradik itu melegakan keluarganya yang tidak putus berdoa sejak kelmarin.

"Syukur, kami sekeluarga memang tidak putus berdoa dari kelmarin sehinggalah ke hari ini. Apabila dapat berita mayatnya dijumpai oleh abang ipar kami sendiri, perasaan itu amat melegakan," katanya ketika ditemui di lokasi.

Mazuriati berkata, adiknya yang menetap di Kuala Perlis itu meninggalkan seorang isteri dan tiga cahaya mata, dua daripadanya masih bersekolah rendah manakala seorang lagi masih bayi.

Dia berkata, arwah kebiasaannya turun ke laut melalui pangkalan nelayan di Kuala Kerpan, Kedah, kerana botnya diletakkan di situ, sebelum melakukan aktiviti menangkap ikan berhampiran perairan Batu Layang, di sini.

"Mengenai dakwaan serangan sawan, ia sebenarnya tidak kerap berlaku. Kadangkala dalam setahun tidak berlaku langsung, jadi kita tidak boleh mengesahkan sepenuhnya kerana tiada kenyataan rasmi daripada pihak doktor," katanya.

Sementara itu, Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, penemuan jasad itu susulan pengaktifan semula Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) pada jam 8 pagi bagi meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Beliau berkata, pihak operasi menerima maklumat daripada komuniti nelayan berhubung penemuan satu mayat di lokasi terbabit pada jam 8.25 pagi.

"Susulan maklumat itu, aset penyelamat digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan tindakan pengesanan dan pengambilan mayat berkenaan.

"Bot peronda tiba di lokasi pada jam 9.08 pagi bagi membawa mayat mangsa ke Jeti Kastam Kuala Perlis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen πŸ”½
Sumber : Harian Metro
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.



 14/09/2026- Isnin] Sekitar Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 15 yang berlangsung pada 12 dan 13 September 2026 bertempat...
14/09/2026



14/09/2026- Isnin] Sekitar Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 15 yang berlangsung pada 12 dan 13 September 2026 bertempat di APM Perlis. Syabas dan tahniah diucapkan dan selamat datang menjadi warga APM perlis.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













14/09/2026

Operasi mencari orang hilang di laut Pulau Batu Layang, Perlis. Operasi bermula dari 12 hingga 13 September 2026

Address

LOT 8337 PERSIARAN WAWASAN
Seriab
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+49762510

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share