Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Jom Like Page kami untuk UPDATED info dan tips SIHAT serta aktiviti terkini Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

08/06/2026

Kompaun maksimum RM 500 akan dikenakan jika rumah anda didapati membiak jentik-jentik Aedes ! Jom bersihkan kawasan rumah masing2

๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐๐ฌ๐ข๐ค๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข : ๐Ÿ“ ๐๐ฎ๐ง๐œ๐š ๐ƒ๐š๐ง ๐Ÿ“ ๐“๐ข๐ฉ ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐ข ๐๐ฎ๐ซ๐ง๐จ๐ฎ๐ญ๐ŸŒน๐๐ฎ๐ซ๐ง๐จ๐ฎ๐ญ Atau Keletihan Fizikal, Mental, Dan Emosi Boleh Berl...
07/06/2026

๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐๐ฌ๐ข๐ค๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข : ๐Ÿ“ ๐๐ฎ๐ง๐œ๐š ๐ƒ๐š๐ง ๐Ÿ“ ๐“๐ข๐ฉ ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐ข ๐๐ฎ๐ซ๐ง๐จ๐ฎ๐ญ๐ŸŒน

๐๐ฎ๐ซ๐ง๐จ๐ฎ๐ญ Atau Keletihan Fizikal, Mental, Dan Emosi Boleh Berlaku Kepada Sesiapa Sahaja. Ia Terjadi Akibat Daripada Perasaan Tekanan Berpanjangan Yang Dialami Oleh Seseorang Individu. Sekiranya Tidak Diuruskan Dengan Efektif, Ia Akan Membunuh Kefungsian Kerjaya Serta Peranan Hidup Seseorang Individu.

Hari Ini Dikongsikan Info Berkaitan ๐Ÿ“ ๐๐ฎ๐ง๐œ๐š ๐ƒ๐š๐ง ๐Ÿ“ ๐“๐ข๐ฉ ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐ข ๐๐ฎ๐ซ๐ง๐จ๐ฎ๐ญ Untuk Makluman Dan Perhatian Kita Bersama๐ŸŒน

Semoga Info Ini Memberi Manfaat & Inspirasi Kepada Kita๐ŸŒน






Kampung Kolam Padang Besar telah dikategorikan sebagai kawasan Wabak Denggi Tidak Terkawal. Penduduk diingatkan supaya m...
07/06/2026

Kampung Kolam Padang Besar telah dikategorikan sebagai kawasan Wabak Denggi Tidak Terkawal. Penduduk diingatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh Anggota Kesihatan.

Wabak tidak terkawal merujuk kepada adanya kes baru selepas 14 hari berakhir tempoh kawalan wabak. Teruskan memantau kesihatan diri sendiri, jaga kebersihan kawasan rumah dan gunakan racun serangga dalam rumah pada setiap awal
pagi dan senja.

Aedes membunuh ! Jom sama sama kita mencegah Penyakit Demam Denggi.

Gotong Royong Wabak di Kg Bahagia, Kuala Perlis. Masyarakat diingatkan agar lebih peka dengan kebersihan kawasan rumah l...
07/06/2026

Gotong Royong Wabak di Kg Bahagia, Kuala Perlis. Masyarakat diingatkan agar lebih peka dengan kebersihan kawasan rumah luar dan dalam

โœ… Buang bekas takungan air yang tidak berguna, walaupun kecil seperti penutup botol air minuman.

โœ… Dapatkan saringan demam di Dewan Orang Ramai, team kesihatan akan berada di situ dari Jam 9.00 hingga 1.00 petang.

โœ… Gunakan semburan racun serangga dalam rumah pada setiap awal pagi dan senja bagi bunuh nyamuk dewasa.

Demam Denggi membawa Maut ! Ambil
langkah pencegahan segera !

๐ŸŒ Selamat Menyambut Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2026 ๐ŸŒKeselamatan makanan merupakan tanggungjawab bersama dalam mem...
07/06/2026

๐ŸŒ Selamat Menyambut Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2026 ๐ŸŒ

Keselamatan makanan merupakan tanggungjawab bersama dalam memastikan makanan yang dihasilkan, disediakan dan dihidangkan adalah selamat untuk dimakan.

Sempena sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia, marilah kita meningkatkan kesedaran dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan makanan yang betul bagi melindungi kesihatan diri, keluarga dan komuniti.

Makanan Selamat, Kesihatan Terjamin.










06/06/2026
DAULAT TUANKUMerafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menyambut Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha M...
06/06/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menyambut Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebahagiaan serta dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT, seterusnya terus bersemayam dengan penuh daulat dan kemuliaan.

Sembah takzim daripada

Dr. Ghazali Bin Chik
Pengarah Kesihatan Negeri serta seluruh warga kerja
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Daulat Tuanku.

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Ucapan TahniahSempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tengku Puteri Mahkota Perlis, ...
06/06/2026

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tengku Puteri Mahkota Perlis, Yang Amat Mulia Datoโ€™ Seri Diraja Datin Paduka Hajah Sharifah Fazira Binti DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Semoga Yang Amat Mulia dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebahagiaan serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT. Semoga Negeri Perlis terus maju, makmur dan sejahtera di bawah naungan institusi diraja yang dihormati.

Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

๐’๐ˆ๐“๐”๐€๐’๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐€๐’๐€ ๐ƒ๐„๐๐†๐†๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Situasi semasa wabak denggi di Negeri Perlis bagi Minggu ke-๐Ÿ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” bertar...
05/06/2026

๐’๐ˆ๐“๐”๐€๐’๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐€๐’๐€ ๐ƒ๐„๐๐†๐†๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Situasi semasa wabak denggi di Negeri Perlis bagi Minggu ke-๐Ÿ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” bertarikh ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Œ๐ž๐ข โ€“ ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“ขNyamuk Aedes pembawa Denggi. Ia boleh dikenali melalui belang putih pada badan dan kakinya dan mengambil masa 7 hari untuk menjadi nyamuk dewasa.
๐Ÿ“ขLuangkan masa 10 minit seminggu untuk menghapuskan tempat pembiakan Aedes di rumah anda.

โžก๏ธCari dan musnahkan tempat pembiakan aedes
โžก๏ธBuang air yang bertakung jika tidak digunakan
โžก๏ธBerus permukaan yang menakung air
โžก๏ธLetak ubat pembunuh jentik-jentik
โžก๏ธPastikan tiada sampah yang menghalang laluan air




Address

Lot 217, Jalan Raja Syed Alwi, Mukim Utan Aji
Seriab
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kesihatan Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share