Program Kesihatan Awam, KKM

Program Kesihatan Awam, KKM Facebook Rasmi untuk Program Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia Facebook Rasmi Program Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia

๐๐„๐๐†๐”๐€๐“๐Š๐”๐€๐’๐€๐€๐ ๐€๐Š๐“๐€ ๐Ÿ–๐Ÿ“๐Ÿ ๐“๐€๐๐๐€ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐‘๐Ž๐Œ๐ˆKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius aktiviti pengiklanan dan pen...
02/06/2026

๐๐„๐๐†๐”๐€๐“๐Š๐”๐€๐’๐€๐€๐ ๐€๐Š๐“๐€ ๐Ÿ–๐Ÿ“๐Ÿ ๐“๐€๐๐๐€ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐‘๐Ž๐Œ๐ˆ

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius aktiviti pengiklanan dan penjualan v**e secara dalam talian yang melanggar Akta 852.

Tindakan serta-merta telah diambil, termasuk permohonan sekatan laman sesawang rasmi dengan kerjasama MCMC.

Bagi melindungi generasi muda, KKM komited melaksanakan penguatkuasaan penuh melalui Ops Selamat PaPa.

Pencapaian penguatkuasaan dan perundangan (setakat 30 April 2026) merekodkan:

1. 683,704 premis telah diperiksa di seluruh negara;
2. โ 233,831 kompaun dikeluarkan secara tegas atas pelbagai kesalahan; dan
3. โ 6,800 kertas siasatan dibuka, dengan jumlah keseluruhan denda mahkamah mencecah RM1.18 juta.

KKM mengekalkan pendirian tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang ini. Keprihatinan masyarakat amat dihargai demi memelihara kesihatan awam.

Salurkan maklumat berkaitan ketidakpatuhan secara rasmi melalui ๐–๐ก๐š๐ญ๐ฌ๐€๐ฉ๐ฉ ๐€๐๐ฎ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ซ๐จ๐ค๐จ๐ค ๐๐ข ๐ญ๐š๐ฅ๐ข๐š๐ง ๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽ-๐Ÿ–๐Ÿ”๐ŸŽ๐Ÿ–๐Ÿ—๐Ÿ’๐Ÿ—.

Putrajaya. 21 Mei - Sesi Kunjungan Hormat PYT Marta Laura Gabrieloni, Duta Argentina ke Kementerian Kesihatan Malaysia, ...
21/05/2026

Putrajaya. 21 Mei - Sesi Kunjungan Hormat PYT Marta Laura Gabrieloni, Duta Argentina ke Kementerian Kesihatan Malaysia, disambut oleh YBrs. TKPK KA, Dr. Ismuni bin Bohari. Pelbagai isu berkaitan kesihatan telah dibincangkan. Semoga pertemuan ini memberi manfaat kepada negara.

๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐ˆ๐“๐” ๐’๐€๐˜๐€ | ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“Kementerian Kesihatan Malaysia menjemput seluruh warga KKM untuk menyertai Program Kecerga...
21/05/2026

๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐ˆ๐“๐” ๐’๐€๐˜๐€ | ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“

Kementerian Kesihatan Malaysia menjemput seluruh warga KKM untuk menyertai Program Kecergasan Sihat Itu Saya dengan aktiviti Langkah Sihat yang bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup aktif serta meningkatkan tahap kecergasan dalam kalangan warga kerja.

๐Ÿ“… 21 Mei 2026 (Khamis)
โฐ 4.30 petang โ€“ 6.00 petang
๐Ÿ“ Tempat Berkumpul: Tempat Parking Utama, Taman Tasik Cyberjaya

Peserta diminta untuk membawa air minuman secukupnya. Peta laluan program boleh diakses melalui imbasan kod QR yang disediakan pada poster.

Kerjasama dan penyertaan semua warga KKM amatlah dialu-alukan bagi menyokong agenda kesihatan serta kesejahteraan bersama.




Sekian

๐Ÿ“Œ Saksikan temu bual bersama YBrs. Dr. Thahirahtul Asmaโ€™ Zakaria, Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit) Bahagian...
21/05/2026

๐Ÿ“Œ Saksikan temu bual bersama YBrs. Dr. Thahirahtul Asmaโ€™ Zakaria, Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit) Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia yang akan mengupas dengan lebih lanjut berkenaan Reformasi Kesihatan Paru-Paru Global.

Platform: Fokus 30 Bernama Radio ๐Ÿ“บ
Tarikh: 21 Mei 2026 (Khamis) ๐Ÿ—“๏ธ
Masa: 10.15 pagi
Topik: Reformasi Kesihatan Paru-Paru Global - Manfaat Untuk Rakyat Malaysia

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA TEKNIKAL INISIATIF REFORMASI KESIHATAN PRIMER KEBANGSAANMesyuarat Jawatankuasa Kerja Teknik...
21/05/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA TEKNIKAL INISIATIF REFORMASI KESIHATAN PRIMER KEBANGSAAN

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Teknikal Inisiatif Reformasi Kesihatan Primer Kebangsaan telah diadakan di Hotel KSL Esplanade, Klang Selangor (19-21 Mei 2026) dan dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).
Sesi ini mengumpulkan para pakar, pegawai teknikal, dan pemegang taruh bagi membincang serta merangka strategi terbaik bagi memperkukuh sistem perkhidmatan kesihatan primer negara. Reformasi ini penting bagi memastikan penyampaian penjagaan kesihatan yang lebih holistik, mampan, dan saksama untuk seluruh rakyat Malaysia.

Selaras dengan amanat YBrs. Dr. Ismuni, reformasi kesihatan primer perlu dilaksanakan secara berfasa dengan memberi penekanan kepada pengukuhan akses, ekuiti serta kualiti perkhidmatan kesihatan primer di seluruh negara. Ianya turut merangkumi pengukuhan kapasiti fasiliti, penstrukturan semula perkhidmatan, pembangunan kluster kepakaran serta pengoptimuman sistem penyampaian perkhidmatan khususnya di kawasan berkeperluan tinggi seperti Sabah dan Sarawak.
Mesyuarat turut menekankan kepentingan pendekatan whole-of-system dan kerjasama strategik merentas program, disiplin serta fasiliti kesihatan bagi memastikan agenda reformasi ini dapat dilaksanakan secara tersusun, berimpak tinggi dan mampan demi memperkukuh sistem kesihatan negara pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa dan pihak berkepentingan atas komitmen, kepakaran serta pandangan konstruktif yang diberikan dalam menjayakan agenda reformasi kesihatan primer negara.

KesihatanNegara

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & PutrajayaPenjelasan ...
20/05/2026

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

Penjelasan Berhubung Penggunaan Kad Pemantauan Pesakit Denggi Berbahasa Cina Di Klinik Kesihatan Setapak

๐Ÿ“Œ Saksikan temu bual bersama YBrs. Dr. Mohd Hanif Zailani, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Ketua Sektor Kawalan Zoonosis...
12/05/2026

๐Ÿ“Œ Saksikan temu bual bersama YBrs. Dr. Mohd Hanif Zailani, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Ketua Sektor Kawalan Zoonosis, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Platform: MyTV (Saluran 711)
Tarikh: 12 Mei 2026 (Selasa) ๐Ÿ—“๏ธ
Masa: 10.15 pagi โฐ
Topik: Hantavirus: Jangan Panik Namun Jangan Ambil Mudah

The Special SOMHD Meeting of the ASEAN Health Sector successfully convened from 6โ€“8 May 2026 at the ASEAN Headquarters i...
08/05/2026

The Special SOMHD Meeting of the ASEAN Health Sector successfully convened from 6โ€“8 May 2026 at the ASEAN Headquarters in Jakarta, Indonesia.

The 3-day meeting brought together SOMHD Focal Points from all 11 ASEAN Member States, Chairs and Vice Chairs of ASEAN Health Clusters 1โ€“4, facilitated by the ASEAN Secretariat, to shape the strategic direction for the next phase of ASEAN Health Agenda and regional priorities for 2026-2030. Malaysia, as the Chair for the ASEAN Health Sector for 2026-2030 was honored to lead the series of discussions, chaired by YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari as SOMHD Focal Point and Deputy Director General of Health (Public Health) from Ministry of Health Malaysia. The Malaysian delegates also included Dr. Nor Zahrin bt. Hasran as Head of Delegates and Dr. Nur Sofiani Diana bt. Mohd. Yusof, both of whom are Public Health Medicine Specialists from MOH Malaysia.

Key outcomes achieved:
โœ… Finalisation on the draft ASEAN Health Cluster Work Programmes 2026โ€“2030, with consensus from all AMS. This core document will be delivered for endorsement at the 20th SOMHD in June and planned for adoption at the 17th ASEAN Health Ministers Meeting (AGMM) in September 2026
โœ… Review and updates on governance and implementation frameworks, aligned with the ASEAN Community Vision 2045 and the ASCC Strategic Plan
โœ… Advancement of TOR guidance and Rules of Procedure to strengthen ASEAN Health Sector coordination and partnerships

Together, ASEAN continues to advance a more resilient, coordinated, and future-ready regional health sector.




MinistryofHealthMalaysia

Putrajaya 23 April - Sekitar Majlis Sambutan Hari Kesedaran Autisme Peringkat KKM yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri ...
23/04/2026

Putrajaya 23 April - Sekitar Majlis Sambutan Hari Kesedaran Autisme Peringkat KKM yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan. Majlis yang bertemakan "Autisme Dan Kemanusiaan: Setiap Kehidupan Mempunyai Nilai" ini menampilkan bakat persembahan dari kanak-kanak Autisme pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti NASOM, Akademi Remaja Islam ARISMA, serta persembahan alunan piano oleh adik Yusuf Iskandar dan bacaan doa oleh adik Muhammad Aqil Safwan. Turut hadir dalam majlis ini adalah Datoโ€™ Sri Zahrul Hakim Bin Abdullah Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), Dr Ismuni Bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan Datoโ€™ Dr Norsiah Binti Ali Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga.

Antara intipati ucapan YBMK adalah mengenai peningkatan ketara golongan Autisme iaitu sebanyak 3.8 kali ganda dari tahun 2021 hingga tahun 2026 yang menuntut pengukuhan sistem sokongan daripada fasa saringan awal, intervensi, pendidikan, hinggalah ke peluang pekerjaan. Setiap individu autisme mempunyai nilai, maruah, potensi, dan bakat luar biasa (seperti seni dan muzik) yang perlu dihargai oleh masyarakat. Masyarakat diseru untuk bersikap empati, menerima perbezaan, dan menghapuskan stigma serta menyokong peranan kementerian menyediakan sokongan pendidikan dan saringan, seterusnya menyediakan peluang pekerjaan tanpa diskriminasi.

Address

Kompleks E, Presint 1
Seri Kembangan
62590

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Kesihatan Awam, KKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share