Pusat Pemindahan Teknologi & Pembangunan Usahawan

Pusat Pemindahan Teknologi & Pembangunan Usahawan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Pemindahan Teknologi & Pembangunan Usahawan, Government Organization, Persiaran MARDI - UPM, Seri Kembangan.

Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang Selangor

* TE1-AGROPRENEUR MUDA
* TE2-PEMBANGUNAN USAHAWAN
* TE3-PEMINDAHAN TEKNOLOGI | KOMPLEKS LATIHAN MARDI | PUSAT BERTAULIAH MARDI (K06036)
* TE4-HUBUNGAN ANTARA JABATAN DAN AGENSI

26/05/2026

MAKANAN 'RETORT' PERSEDIAAN MALAYSIA HADAPI ΜALAPΕΤΑΚΑ?

Makanan ‘retort’ menjadi antara persediaan penting Malaysia dalam menghadapi situasi bencana dan kecemasan.

Teknologi makanan tahan lama ini membantu memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi, selamat dan mudah diedarkan ketika diperlukan.

26/05/2026

Ikon Agro: Siri Inspirasi

Mamart Foods merupakan jenama di bawah KHM Food Industries Sdn. Bhd. yang diasaskan pada tahun 2007 dan terkenal dengan penghasilan makanan sejuk beku halal seperti otak-otak, keropok lekor, pepes dan pes mee bandung. Bermula sebagai perusahaan kecil di Batu Caves, syarikat ini kini berkembang menjadi antara pengeluar makanan tradisional tempatan yang mempunyai rangkaian outlet dan aplikasi tempahan sendiri.

Sebagai usahawan bimbingan MARDI, Mamart Food turut memberi fokus kepada inovasi produk, peningkatan kualiti makanan serta pembangunan pasaran bagi memastikan produk tempatan terus berdaya saing. Bantuan dan bimbingan teknikal yang diterima membantu usahawan memperkukuhkan pengeluaran serta memperluaskan jenama ke pasaran lebih luas.

Bunga sesuai untuk landskap menarik
26/05/2026

Bunga sesuai untuk landskap menarik

Hibrid orkid Arundina Suria tampil memukau dengan bunga bersaiz besar dan warna yang menyerlah

Tahan cuaca panas, sentiasa berbunga serta mempunyai kanopi unik seakan buluh menjadikannya pilihan ideal sebagai tanaman landskap berbunga. Selain cantik dipandang, varieti ini juga mudah dibiakkan dan berpotensi besar untuk industri landskap negara.

26/05/2026
21/05/2026
HEBAHAN:PINDAAN : TAKWIM AGORA 2026Adalah dimaklumkan terdapat beberapa perubahan takwim AGORA bagi bulan Julai sehingga...
21/05/2026

HEBAHAN:

PINDAAN : TAKWIM AGORA 2026

Adalah dimaklumkan terdapat beberapa perubahan takwim AGORA bagi bulan Julai sehingga November untuk makluman dan perhatian Tuan/Puan.

Latihan ini boleh diakses secara terus melalui laman web https://eyouth.mardi.gov.my/

Sekian terima kasih,
Urusetia AGORA

UJI LARI MESIN PERALATAN PEMPROSESAN CILI KISARPada 20 April 2026, telah diadakan sesi uji lari bagi peralatan pemproses...
21/05/2026

UJI LARI MESIN PERALATAN PEMPROSESAN CILI KISAR

Pada 20 April 2026, telah diadakan sesi uji lari bagi peralatan pemprosesan cili kisar bertempat di Test Bed MARDI Serdang. Sesi ini disertai oleh pegawai Pusat TE dan syarikat pembekal untuk memastikan peralatan yang dibekalkan dapat digunakan semasa latihan seterusnya dan mengenal pasti jika terdapat masalah semasa sesi uji lari.

Sebanyak 6Kg Cili Kering telah digunakan untuk sesi ini. Nisbah digunakan seperti berikut :

6 Kg Cili kering + Air tapis (1:2.5)

(6 Kg Cili Kering + 15 Liter Air tapis)

Hasil akhir : Menghasilkan +-30Kg Berat Cili Kisar sebelum masak.

Tuntasnya, peralatan yang diterima ini mampu beroperasi dengan baik dan membolehkan aktiviti seterusnya mampu dilaksanakan kepada golongan sasar.

Sesi timbangan untuk Ayam Kampung MARDI (Ayam Saga) berumur 2 minggu bertempat di Ladang Contoh Organik Bersepadu MARDI ...
21/05/2026

Sesi timbangan untuk Ayam Kampung MARDI (Ayam Saga) berumur 2 minggu bertempat di Ladang Contoh Organik Bersepadu MARDI Serdang.


SOLD OUT!!! Habis terjual Kek Mentega (Butter Cake) Original & Orange kami! Semua bagi maklumbalas sedap, rasanya tak te...
16/05/2026

SOLD OUT!!! Habis terjual Kek Mentega (Butter Cake) Original & Orange kami! Semua bagi maklumbalas sedap, rasanya tak terlalu manis. Bila rasa, terus nak beli. Butter cake kami juga dijual ikut potongan kecil. RM2 per potong.

Jumpa esok (17 Mei 2026) di IOI City Mall Putrajaya. Hari kedua sempena Star Education Fair 2026.

TVET MARDI Pusat Bertauliah MARDI TVET @ SEF 2026 @ IOI PUTRAJAYA

🗓 Tarikh: 16 Mei - 17 Mei 2026 (Sabtu & Ahad)
⏰ Masa: 11 Pagi - 6 Petang
🏢 Tempat: IOI Putrajaya Convention Centre, Putrajaya

Selamat Hari Guru juga buat semua pengajar, mentor dan pembimbing usahawan agromakanan yang tak pernah jemu berkongsi il...
16/05/2026

Selamat Hari Guru juga buat semua pengajar, mentor dan pembimbing usahawan agromakanan yang tak pernah jemu berkongsi ilmu, tunjuk jalan dan membina keyakinan. 🌱👨🏻‍🍳📚

Bukan sekadar mengajar resipi atau teknik pengeluaran makanan… tapi turut membentuk mindset, disiplin, keberanian berniaga dan semangat untuk terus bangkit dalam dunia agromakanan.

Ada ilmu yang diajar di kelas.
Ada pengalaman yang dipindahkan di dapur, bengkel dan lapangan.
Dan ada juga nasihat yang akhirnya jadi turning point kehidupan seseorang.

Terima kasih kerana menjadi “guru rezeki” kepada ramai usahawan kecil yang hari ini mula mampu berdiri sendiri. ❤️

Selamat Hari Guru 2026.
“Dari ilmu, lahir produk. Dari bimbingan, lahir usahawan.” 🌾

Address

Persiaran MARDI - UPM
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 09:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 09:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 09:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 09:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Friday 09:30 - 12:00
15:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pemindahan Teknologi & Pembangunan Usahawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share