National Water Research Institute of Malaysia

National Water Research Institute of Malaysia Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
(2)

01/06/2026
25 MEI 2026 (ISNIN) | MESYUARAT PEMBENTANGAN KAJIAN PROJEK PERINTIS PENGGUNAAN PERANTI ‘MULTIFUNCTION WATER PURIFICATION...
29/05/2026

25 MEI 2026 (ISNIN) | MESYUARAT PEMBENTANGAN KAJIAN PROJEK PERINTIS PENGGUNAAN PERANTI ‘MULTIFUNCTION WATER PURIFICATION DEVICE (MWPD)’ DI TASIK METROPOLITAN KEPONG, KUALA LUMPUR DAN LAWATAN TAPAK KE TASIK METROPOLITAN KEPONG, KUALA LUMPUR

Satu mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 19, Menara DBKL 3, Kuala Kumpur bagi membentangkan cadangan pemasangan peranti ‘multifucntion water purification device (MWPD)’ untuk kawalan alga di Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil daripada Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), DBKL dan ORS Technologies Sdn.Bhd. MWPD yang berasal daripada Korea merupakan satu peranti berupaya meningkatkan pengaliran dan pencampuran air di permukaan tasik dengan air di dasar tasik bagi menghalang pembiakan alga, pencegahan stratifikasi tasik. Pihak DBKL menerima baik cadangan tersebut dan perbincangan lanjut akan diadakan pada masa depan.

Satu tinjauan tapak di Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur juga telah diadakan pada sebelah petang untuk mengenalpasti keadaan tasik secara visual dan menentukan lokasi-lokasi yang berpotensi untuk pemasangan MWPD.

Disediakan oleh: Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar (PKKAAS), NAHRIM

___________________________________________________________________

25 MAY 2026 (MONDAY) | MEETING FOR THE PRESENTATION OF THE PILOT PROJECT STUDY ON THE USE OF A MULTIFUNCTION WATER PURIFICATION DEVICE (MWPD) AT THE KEPONG METROPOLITAN LAKE, KUALA LUMPUR AND A SITE VISIT TO THE KEPONG METROPOLITAN LAKE, KUALA LUMPUR

A meeting was held at Bilik Mesyuarat Tingkat 19, Menara DBKL 3, Kuala Lumpur, to present a proposal to the Kuala Lumpur City Hall (DBKL) for the installation of the Multifunction Water Purification Device (MWPD) to control algae at the Kepong Metropolitan Lake, Kuala Lumpur. The meeting was attended by representatives from the Water Quality and Environment Research Centre, National Water Research Institute of Malaysia (NAHRIM), DBKL, and ORS Technologies Sdn. Bhd. The MWPD, which originates from Korea, is a device capable of improving the flow and mixing of water between the lake surface and its bottom to prevent algal blooms and lake stratification. DBKL welcomed the proposal, and further discussions will be held in the future.

A site survey at the Kepong Metropolitan Lake, Kuala Lumpur, was also conducted in the afternoon to visually assess the condition of the lake and identify potential locations for the installation of the MWPD.

Prepared by: Water Quality and Environment Research Centre, NAHRIM





























Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1447HMenunaikan Haji rukun ke lima,Bersama Qurban ibadah terpuji,Doak...
28/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
10 Zulhijjah 1447H

Menunaikan Haji rukun ke lima,
Bersama Qurban ibadah terpuji,
Doakan semoga ibadah diterima,
Sempurnalah jiwa, merdekalah hati.

Dengan ingatan tulus ikhlas,,
Ir Ts Gs Dr Safari bin Hj Mat Desa
Timbalan Ketua Pengarah
(Menanggung Kerja Ketua Pengarah)
Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)

26 MEI 2026 (SELASA) | SESI PEMBENTANGAN CADANGAN STRATEGIK NAHRIM KEPADA YBHG. DATO’ SRI KSU PETRASatu sesi pembentanga...
26/05/2026

26 MEI 2026 (SELASA) | SESI PEMBENTANGAN CADANGAN STRATEGIK NAHRIM KEPADA YBHG. DATO’ SRI KSU PETRA

Satu sesi pembentangan kertas cadangan strategik telah diadakan hari ini bersama YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Sesi penting yang bermula pada jam 11.00 pagi ini dihadiri oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Haji Mat Desa, Ketua Pengarah NAHRIM (Menanggung Tugas) serta barisan pengurusan tertinggi agensi.

Agenda utama sesi tersebut memfokuskan kepada pembentangan dua agenda besar NAHRIM, iaitu cadangan penubuhan Lembaga Penasihat NAHRIM serta strategi pengkomersialan dan justifikasi penetapan harga bagi produk Air Minuman Berbungkus (AMB) CloudRain & RainDrops NAHRIM. Sesi ini menjadi platform penting untuk mendapatkan pandangan strategik serta hala tuju daripada YBhg. Dato’ Sri KSU bagi memastikan kedua-dua inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Secara keseluruhannya, pembentangan ini mencerminkan langkah proaktif NAHRIM dalam memperkukuh struktur tadbir urus agensi melalui penubuhan lembaga penasihat, di samping memandu usaha penjanaan pendapatan negara melalui inovasi produk berasaskan air larian hujan. Sokongan dan maklum balas daripada pihak kementerian diharap dapat memacu NAHRIM ke arah menjadi institusi penyelidikan air yang lebih mandiri dan berdaya saing.














25 MEI 2026 (ISNIN) | KUNJUNGAN HORMAT KETUA BAHAGIAN PENDANAAN TEMPATAN UNIVERSITI MALAYA KE NAHRIMSatu sesi kunjungan ...
25/05/2026

25 MEI 2026 (ISNIN) | KUNJUNGAN HORMAT KETUA BAHAGIAN PENDANAAN TEMPATAN UNIVERSITI MALAYA KE NAHRIM

Satu sesi kunjungan hormat daripada Universiti Malaya (UM) ke Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah diadakan dengan jayanya pada hari ini. Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Ts. Dr. Muhammad Shazril Idris Bin Ibrahim, Ketua Bahagian Pendanaan Tempatan, Pusat Dana Penyelidikan UM, dan disambut baik oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Haji Mat Desa, Ketua Pengarah NAHRIM (Menanggung Tugas) bersama pegawai-pegawai kanan agensi.

Kunjungan hormat yang berlangsung di Ibu Pejabat NAHRIM, Seri Kembangan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sedia ada antara kedua-dua institusi. Selain itu, pertemuan ini menjadi platform penting untuk membincangkan dan meneroka peluang kolaborasi strategik yang lebih meluas, khususnya dalam bidang pendanaan serta pelaksanaan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) sektor air negara.

Secara keseluruhannya, pertemuan ini mencerminkan komitmen tinggi antara NAHRIM dan Universiti Malaya dalam menyinergikan kepakaran akademik serta industri. Adalah diharapkan agar jalinan kerjasama yang bakal terbentuk dapat memacu inovasi teknologi air yang lebih mampan, sekali gus memberikan impak positif kepada kelestarian sumber air negara.














22 MEI 2026 (JUMAAT) | MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU (JKP) PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN BIL. 1/2026 INSTITUT PENYEL...
25/05/2026

22 MEI 2026 (JUMAAT) | MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU (JKP) PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN BIL. 1/2026 INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA (NAHRIM)

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Bilangan 1 Tahun 2026 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Gerakan NAHRIM, Aras 1. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Haji Mat Desa, Ketua Pengarah NAHRIM (Menanggung Tugas), serta turut dihadiri oleh para pegawai kanan agensi, Person-in-Charge (PIC) projek, dan wakil syarikat penyedia perkhidmatan.

Fokus utama mesyuarat ini adalah untuk memantau kemajuan pelaksanaan fizikal dan kewangan bagi dua projek utama, iaitu Sistem Pintar Berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) untuk Penarafan dan Pengelasan Kedudukan Sungai-Sungai di Malaysia (AIR3S) serta projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Perubahan Iklim NAHRIM. Sesi ini turut melibatkan pembentangan laporan kemajuan serta pengesyoran pembayaran daripada pihak Radmik Solutions bagi komponen AIRES PKLS dan Awantec Systems bagi komponen HPC Cloud PKSA.

Secara keseluruhannya, JKP NAHRIM berfungsi sebagai platform kritikal dalam menilai, memantau, dan meluluskan segala hasil serahan (deliverables) serta transaksi pembayaran projek. Penilaian yang teliti ini amat penting bagi memastikan setiap pelaksanaan projek pengkomputeran awan ini menepati standard kualiti yang ditetapkan demi memacu transformasi digital dalam pengurusan sumber air negara.














22/05/2026

Address

Lot 5377 Jalan Putra Permai
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 18:00

Telephone

+60389476400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when National Water Research Institute of Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to National Water Research Institute of Malaysia:

Share