BIDANG KAMI
Penganjuran acara untuk MARDI dalam bidang-bidang teras utama MARDI iaitu:
-Industri Asas Tani
-Agro-Bioteknologi
-Pertanian Lestari dan Mesra Alam
-Ternakan
-Kejuruteraan Bio dan Infrastruktur
-Pemprosesan Makanan
-Herba
-Tanaman Ladang
-Padi
-Tanaman Berpotensi
-Hortikultur
-Mekanisasi Pertanian
PERKHIDMATAN DITAWARKAN
Perkhidmatan yang kami tawarkan merangkumi pengurusan dan pentad
biran acara persidangan dan pameran dengan menitik berat pengurusan kewangan dan kos efektif. Kami menawarkan perkhidmatan kepada MARDI sebagai:
PENGURUS ACARA
Menguruskan acara dengan bayaran yang telah ditetapkan dan peraturan jualan dikira atas nilai kontrak kasar. PENGANJUR BERSAMA
Mencapai persetujuan usaha sama dengan pelanggan dan akan bersama-sama bertanggungjawab terhadap semua aspek pengurusan dan kewangan
PENGANJUR
Program Persidangan dan Pameran akan mengendalikan semua aspek pengurusan dan kewangan. Sebelum acara - Pembangunan acara
Perkhidmatan kami bermula sebelum acara berlangsung. Kami bertindak sebagai pengurus acara dari semua aspek penganjuran acara iaitu pengurusan mesyuarat jawatankuasa protem, mesyuarat jawatankuasa induk, tempat acara, kewangan dan bajet, perancangan strategik pemasaran, pembangunan laman web, penghasilan dan reka bentuk risalah pengumuman bahan cetak dan proses pendaftaran. Antara aspek yang dilaksanakan:
Perancangan professional dan program acara
Promosi dan edaran pengumuman
Pra-pendaftaran
Pengurusan kemudahan
Koordinasi keperluan struktur pameran
b. Semasa acara – Perkhidmatan dan Perhubungan di tempat acara
Semasa acara berlangsung pada tarikh yang ditetapkan, kami menguruskan pendaftaran, majlis perasmian, keperluan peralatan audio visual semasa pembentangan, pengacara majlis, urusan F&B/fasiliti tempat acara dan komunikasi kepada peserta persidangan. Pengurusan logistik
Pengurusan fasiliti/tempat acara
Pendaftaran
c. Semasa acara - Penutup
Semasa acara berlangsung kami bertanggungjawab menguruskan mesyuarat post mortem dan penyediaan buku prosiding dan bahan edaran lain yang berkaitan. Kemaskini bajet & tuntutan bayaran
Penyediaan bahan cetak
Komunikasi selepas acara kepada peserta terlibat
Sijil penyertaan