MARDI Penjana terulung teknologi inovatif untuk kelestarian & daya saing industri pertanian menjelang 2030 MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.

MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani. Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. B

agi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan. Majlis Sains MARDI p**a memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.

Transformasi Minda, Pemacu Kecemerlangan MARDI 2026​Selesai sudah Program Transformasi Minda (PTM) bagi 95 orang pegawai...
14/05/2026

Transformasi Minda, Pemacu Kecemerlangan MARDI 2026

​Selesai sudah Program Transformasi Minda (PTM) bagi 95 orang pegawai MARDI yang berlangsung dari 8 hingga 14 Mei 2026 di Scholar’s Suites, UPSI.

​Sepanjang seminggu, para peserta didedahkan dengan:
​Konsep kenegaraan & pentadbiran kerajaan.
​Penerapan nilai budaya kerja & keperibadian unggul.
Pengurusan kewangan & kesedaran OKU.
Sesi kecergasan fizikal bersama Pasukan Bomba & Penyelamat Tanjong Malim.

​Kemuncak program dimeriahkan dengan Majlis Apresiasi PTM pada 13 Mei yang dihadiri oleh YBhg. Dato’ KP, TKP (pembangunan & operasi) dan Barisan Ahli Panel PTM. Tahniah kepada semua peserta.

MARDI telah menyerahkan anak pokok kepada peserta Projek Perintis MARDI, Encik Mohd Nor Yabok bagi pembangunan kawasan t...
13/05/2026

MARDI telah menyerahkan anak pokok kepada peserta Projek Perintis MARDI, Encik Mohd Nor Yabok bagi pembangunan kawasan tanaman seluas 21 ekar di Kampung Renyuk, Jeli, Kelantan.

Antara varieti yang diserahkan ialah kelapa Marleca , kelapa MyLag dan durian MS88 bagi menyokong pembangunan tanaman bernilai tinggi serta meningkatkan produktiviti usahawan tani.

13/05/2026

Ikon Agro: Siri Inspirasi KPKM

En. Rosdin bin Hj Napiah, Usahawan Tani yang terlibat dalam Projek Perintis Pembangunan Nanas Varieti MS16 bersama MARDI. Beroperasi di Sabak Bernam, Selangor dengan keluasan ladang penanaman sekitar 2.47 ekar, beliau mengusahakan tanaman nanas berpotensi tinggi untuk pasaran tempatan.

Kerjasama bersama MARDI membolehkan pemindahan teknologi pertanian moden bagi meningkatkan produktiviti, kualiti hasil dan pendapatan.

Kisah usahawan ini membuktikan sektor agromakanan mampu menjadi sumber ekonomi yang mampan dan berdaya saing.

BAH, JOM JADI AGROPRENEUR MUDA MARDI! 🌿🍎Panggilan buat belia-belia di seluruh Negeri Di Bawah Bayu! Anda berminat dalam ...
12/05/2026

BAH, JOM JADI AGROPRENEUR MUDA MARDI! 🌿🍎

Panggilan buat belia-belia di seluruh Negeri Di Bawah Bayu! Anda berminat dalam bidang pertanian atau pemprosesan makanan? Inilah masanya untuk kembangkan potensi anda bersama kami di MARDI.

Kenapa kena sertai?
✅ Terbuka kepada warganegara berumur 18 hingga 43 tahun.
✅ Tiada sekatan latar belakang pendidikan, janji ada minat dan kesungguhan!
✅ Latihan teknikal dan kewangan disediakan untuk bantu anda bermula.
✅ Keutamaan diberikan kepada yang sudah mempunyai tanah atau premis sendiri.
✅ Peluang memohon Geran Agropreneur Muda NextGen KPKM

Sistem permohonan dan pengurusan adalah secara digital sepenuhnya. Sila layari sistem eYOUTH MARDI https://eyouth.mardi.gov.my/login atau imbas kod QR yang tertera untuk pendaftaran.

𝐑𝐨𝐚𝐝 𝐭𝐨 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 Peringkat Zon Utara telah berlangsung dengan jayanya di Aman Central, Alor Setar, Kedah sebagai sebaha...
12/05/2026

𝐑𝐨𝐚𝐝 𝐭𝐨 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 Peringkat Zon Utara telah berlangsung dengan jayanya di Aman Central, Alor Setar, Kedah sebagai sebahagian daripada siri promosi awal menuju MAHA 2026.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Turut berlangsung pelancaran Truck Road to MAHA 2026 sebagai simbolik promosi dan hebahan MAHA 2026 ke seluruh negara.

R&D bukan sekadar kajian — ia adalah peluang bisnes masa depan.Dalam dunia agrikultur hari ini, siapa yang kuasai teknol...
11/05/2026

R&D bukan sekadar kajian — ia adalah peluang bisnes masa depan.

Dalam dunia agrikultur hari ini, siapa yang kuasai teknologi dan inovasi, dia yang akan mendahului pasaran. MARDI kini membuka peluang kepada usahawan, industri dan rakan strategik untuk memiliki teknologi sedia komersial yang telah divalidasi oleh pakar penyelidik kami.

Daripada kluster mekanisasi, ternakan hinggalah bioteknologi — semuanya tersedia sebagai “blueprint” untuk anda scale-up bisnes dengan lebih pantas dan berdaya saing.

Kenapa anda WAJIB hadir ke BIZTALK Siri 1/2026?
✅ Terokai teknologi berimpak tinggi seperti Teknologi Pengeluaran Makanan Ayam, Teknologi LAMP-LFIA untuk Pengesanan DNA Khinzir serta Sistem Mekanisasi Ladang
✅ Berpeluang berinteraksi secara langsung bersama saintis dan penyelidik MARDI
✅ Teknologi sedia dipindahkan dan berpotensi untuk dikomersialkan segera

📅 13 Mei 2026 (Rabu)
⏰ 8:30 pagi
📍 Dewan MTBIC, Ibu Pejabat MARDI, Serdang

Jangan tunggu sehingga peluang ini direbut pihak lain. Sertai kami dan terokai potensi teknologi yang mampu menjadi game changer kepada perniagaan anda.

🔗 Daftar sekarang:
https://forms.gle/3PNQH3anZCVCpdtE6

📩 Semak katalog teknologi & pertanyaan LOI:
https://sites.google.com/mardi.gov.my/teknologi-dalam-tawaran-mardi/home?authuser=0






10/05/2026

Sorotan Majlis Penutup Program CSR MARDI–UKM, AKU-SISWA telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Ahli Parlimen Cameron Highlands, sekali gus memperkukuh komitmen MARDI dalam memperkasa mahasiswa dan komuniti melalui program berimpak tinggi.

Majlis Penutup Program CSR MARDI–UKM, AKU-SISWA telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd N...
10/05/2026

Majlis Penutup Program CSR MARDI–UKM, AKU-SISWA telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Ahli Parlimen Cameron Highlands, sekali gus memperkukuh komitmen MARDI dalam memperkasa mahasiswa dan komuniti melalui program berimpak tinggi.

MARDI telah menerima lawatan akademik daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pintar Pengeluaran Tanaman, Fakulti...
09/05/2026

MARDI telah menerima lawatan akademik daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pintar Pengeluaran Tanaman, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan serta perkongsian ilmu berkaitan Plant Breeding Technology dan penyelidikan dalam bidang pengeluaran tanaman.

Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang melawat ke Plot Konservasi Limau, Kompleks MyGenebank, Pusat Penyelidikan Agrobiodiversiti & Persekitaran serta Plot Kajian Buah Belimbing dan Plot Kajian Sayur di Pusat Penyelidikan Hortikultur.

Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat serta membuka peluang kepada para pelajar untuk mengenali teknologi dan inovasi pertanian dengan lebih dekat.

Address

Persiaran MARDI/UPM
Seri Kembangan
43400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARDI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share