Pergigian Titiwangsa

Pergigian Titiwangsa Promosi Kesihatan Pergigian Zon Titiwangsa Perkhidmatan pergigian di seluruh zon Titiwangsa terdiri daripada lima Klinik Pergigian iaitu:
1.

Klinik Pergigian Kuala Lumpur
2. Klinik Pergigian Dato' Keramat
3. Klinik Pergigian Kampung Pandan
4. Klinik Pergigian Setapak
5. Klinik Pergigian PULAPOL

Pergigian Titiwangsa tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam portal ini.

10/08/2026
_*Program Komuniti di Health, Beauty & Wellness HR Day 2026 Hotel Royale Chulan, KL*_Pada 7 Ogos 2026 (Jumaat), Klinik P...
10/08/2026

_*Program Komuniti di Health, Beauty & Wellness HR Day 2026 Hotel Royale Chulan, KL*_

Pada 7 Ogos 2026 (Jumaat), Klinik Pergigian Kg Pandan (KPKP) telah menjalankan Program Komuniti Kesihatan Pergigian, mewakili Pejabat Kesihatan Pergigian Zon Titiwangsa di Hotel Royale Chulan, KL.

Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian sumber Manusia Hotel Royale Chulan, KL bersempena Hari Terbuka Bahagian Sumber Manusia Hotel Royale Chulan. Program ini telah melibatkan beberapa agensi kesihatan kerajaan & swasta seperti Pusat Darah Negara & Columbia Asia Cheras, Jabatan Penjara Malaysia serta beberapa vendor seperti Wardah, Simplysiti, Farm Frash, Prudential & banyak lagi.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan khusus buat pengunjung di reruai KPKP. Antaranya ialah:

1. Pemeriksaan Gigi percuma.
2. Pameran informatif pergigian.
3. Permainan interaktif pergigian, belajar info pergigian daripada permainan yang menerujakan!
4. Konsultasi bersama pegawai pergigian.

Seramai lebih 200 orang pengunjung turut serta disepanjang program ini berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak HR Royale Chulan kerana sudi mengundang kami untuk sama-sama memeriahkan majlis pada hari tersebut.
Semoga setiap pengunjung di reruai Klinik Pergigian Kg Pandan mendapat manfaat daripada program yang dilaksanakan ini.

_Terima Kasih daripada kami warga Klinik Pergigian Kg Pandan, Pejabat Kesihatan Pergigian Zon Titiwangsa, JKWPKL&P_๐Ÿซถ๐Ÿป

21/07/2026

๐†๐ฎ๐ฅ๐š & ๐Š๐š๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐†๐ข๐ ๐ข: ๐๐ž๐›๐š๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข, ๐’๐ข๐ก๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐†๐ข๐ ๐ข!

Pengambilan gula yang kerap dan berlebihan merupakan punca utama karies gigi. Apabila gula melekat pada permukaan gigi, bakteria dalam mulut menukarkannya kepada asid yang melemahkan enamel gigi sehingga membentuk lubang.

Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan orang ramai mengehadkan pengambilan gula kepada kurang daripada 5% sehari (bersamaan 6 sudu teh) serta mengelakkan pengambilan snek atau minuman bergula lebih daripada 3 kali sehari di antara waktu makan utama.

Amalan penjagaan gigi yang disyorkan:

Berus gigi 2 minit, 2 kali sehari (pagi dan malam)
Floss gigi setiap hari
Gunakan ubat gigi berfluorida
Dapatkan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun

Cegah lebih baik daripada merawat. Dapatkan pemeriksaan pergigian di klinik kerajaan berdekatan anda.

Sumber: WHO Guideline: Sugars intake for adults and children, Geneva, 2015.

08/07/2026

๐Ÿ“ข [๐‹๐ˆ๐•๐„ ๐„๐’๐Ž๐Š!] ๐‰๐Ž๐Œ ๐“๐Ž๐๐“๐Ž๐ ๐…๐Ž๐‘๐”๐Œ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐ˆ๐†๐ˆ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐ˆ๐’๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”! ๐Ÿฆทโœจ

Tahukah anda, kesihatan tubuh badan kita bermula dari mulut? Selari dengan tema "๐“๐ข๐š๐๐š ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง", jom dengarkan kupasan tuntas mengenai kesihatan mulut!

Jangan lepaskan peluang bersama barisan panel pakar dan Ikon Gigi kita mengikut ketetapan berikut:

๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: 8 Julai 2026 (Rabu)
โฐ ๐Œ๐š๐ฌ๐š: 10.00 pagi โ€“ 11.00 pagi
๐Ÿ’ป ๐๐ฅ๐š๐ญ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ: Penstriman Langsung (FB Live) di Facebook Rasmi Bahagian Kesihatan Pergigian Kuala Lumpur & Putrajaya

๐ŸŽ™๏ธ ๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐€๐๐„๐‹ ๐‡๐„๐๐€๐“:
1๏ธโƒฃ ๐ƒ๐ซ. ๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐Ÿ๐Ÿ๐š ๐‰๐š๐š๐ฉ๐š๐ซ (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pergigian, JKWPKL&P)
2๏ธโƒฃ ๐ƒ๐ซ. ๐ˆ๐ณ๐ง๐ข ๐ˆ๐ฐ๐š๐ง๐ข (Pakar Pergigian Periodontik)
3๏ธโƒฃ ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ ๐‘๐š๐Ÿ๐ข๐ฎ๐๐๐ข๐ง (Ikon Gigi - Mahasiswa UPSI)

๐ŸŽค ๐Œ๐Ž๐ƒ๐„๐‘๐€๐“๐Ž๐‘:
๐ƒ๐ซ. ๐™๐š๐ญ๐ข๐ฅ ๐ˆ๐ฌ๐ฆ๐š๐ข๐ฅ (Pakar Pergigian Kesihatan Awam)

Jom beramai-ramai masuk live esok! Anda juga boleh bertanyakan soalan terus kepada pakar kita di ruangan komen nanti.

Sila LIKE, TAG rakan-rakan, dan SHARE hebahan ini kepada ahli keluarga anda. Jumpa esok! ๐Ÿ˜‰๐Ÿ‘‡

๐Ÿ”— ๐Š๐ฅ๐ข๐ค ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐๐ข ๐ฌ๐ข๐ง๐ข ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ค๐ž ๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐ค๐š๐ฆ๐ข: https://www.facebook.com/share/1EKASccS7A/?mibextid=wwXIfr






๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š๐Ÿ”ŠHebahan Awam*Jemputan ke Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2026*๐Ÿคฉ๐Ÿฆท๐Ÿฆท๐Ÿฆท๐Ÿฆท๐Ÿฆท๐Ÿฆท๐ŸคฉTempat: *IPG Kampus Ilmu Khas,Cheras*Tari...
09/06/2026

๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š๐Ÿ”ŠHebahan Awam

*Jemputan ke Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2026*
๐Ÿคฉ๐Ÿฆท๐Ÿฆท๐Ÿฆท๐Ÿฆท๐Ÿฆท๐Ÿฆท๐Ÿคฉ

Tempat: *IPG Kampus Ilmu Khas,Cheras*
Tarikh: *13 Jun 2026(Sabtu)*
Masa: *8.00 pagi- 5.00 petang*
Aktiviti menarik:
*Pemeriksaan pergigian dan kesihatan percuma,cabutan bertuah,pertandingan mewarna dan jualan vendor/foodtruck*

Orang ramai dijemput hadir.

Marilah kita bersama memeriahkan majlis sambutan hari kesihatan mulut sedunia.

*20 Gigi Berfungsi,Hidup Berkualiti,Usia Emas Dihargai.*
Bersama kita membudayakan penjagaan kesihatan mulut demi senyuman yang sihat sepanjang hayat.

12/05/2026

๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐‘๐จ๐ค๐จ๐ค, ๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐•๐š๐ฉ๐ž, ๐’๐ž๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฆ ๐’๐ข๐ก๐š๐ญ ๐Š๐ข๐ญ๐š ๐‡๐ž๐›๐š๐ญ!

Saksikan secara langung di FB Live Bahagian Kesihatan Pergigian Kuala Lumpur & Putrajaya Jelajah KOTAK ( Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok) yang akan berlangsung di SMK AMINUDDIN BAKI,KL pada 13 Mei 2026 bagi Pesta Pantun dan Perasmian Jelajah Kotak Peringkat JKWPKL&P.

Apa tunggu lagiโ€ฆJom sertai kami! Pelbagai hadiah menarik menanti anda ๐Ÿ’ƒ๐Ÿป๐Ÿฆท
05/12/2025

Apa tunggu lagiโ€ฆJom sertai kami! Pelbagai hadiah menarik menanti anda ๐Ÿ’ƒ๐Ÿป๐Ÿฆท

Address

Persiaran Sultan Salahudin Abdul Aziz
Seri Kembangan

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Titiwangsa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pergigian Titiwangsa:

Shortcuts

Share