Institut Latihan Pengembangan Pertanian Serdang Selangor

Institut Latihan Pengembangan Pertanian Serdang Selangor ILPPS

06/06/2025

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H / 2025M

Kami dari seluruh warga kerja Jabatan Pertanian mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang meraikannya hari ini.
Hari kebesaran ini memperingati kisah agung pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S., yang mengajar kita tentang erti ketaatan, keikhlasan serta kesanggupan berkorban demi kebaikan yang lebih besar.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Kautsar, ayat 2:
“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”
Aidiladha juga membawa pengertian mendalam dalam konteks keterjaminan makanan, di mana ibadah korban melambangkan kepedulian terhadap kesejahteraan masyarakat melalui pengagihan rezeki secara adil dan berkat.
Sebagai agensi utama sektor pertanian negara, Jabatan Pertanian sentiasa komited memperkukuh rantaian bekalan makanan dan memastikan hasil pertanian yang selamat, berkualiti dan mencukupi untuk seluruh rakyat Malaysia.
Semoga semangat pengorbanan ini terus menyemarakkan usaha kita dalam memakmurkan tanah, menjamin makanan dan memperkasakan negara.
Ikhlas daripada:
Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Pertanian Malaysia

14/04/2025
30/03/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, kita sekali lagi diberikan kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Jabatan Pertanian, para petani, peladang, penternak, usahawan tani serta seluruh rakyat Malaysia.
Kecekalan dan usaha gigih anda semua dalam memastikan kelangsungan sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara amat dihargai dan menjadi tunjang kepada kemajuan negara.
Setinggi-tinggi penghargaan juga saya sampaikan kepada semua warga Jabatan Pertanian Malaysia atas dedikasi dan komitmen dalam menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberikan.
Usaha dan pengorbanan anda memastikan sektor pertanian negara terus berkembang, inovatif dan berdaya saing amat saya sanjungi.
Dalam kemeriahan Syawal ini, saya ingin mengingatkan kepada semua yang pulang ke kampung halaman agar sentiasa berhati-hati ketika memandu. Rancang perjalanan dengan baik, patuhi peraturan jalan raya dan utamakan keselamatan diri serta keluarga. Ingatlah, orang tersayang sedang menunggu kepulangan anda dengan selamat.
Sambutlah Aidilfitri ini dengan penuh kesederhanaan, saling bermaafan dan mengeratkan silaturahim. Semoga hari kemenangan ini membawa kebahagiaan serta keberkatan kepada kita semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas;
Ketua Pengarah
Jabatan Pertanian Malaysia

Sesi bergambar warga ILPP Serdang sempena menyambut hari lebaran tidak lama lagi…
26/03/2025

Sesi bergambar warga ILPP Serdang sempena menyambut hari lebaran tidak lama lagi…

26/03/2025

Warga ILPP Serdang, Selangor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 😉

Kursus Eksperimentasi & Biometrik Pertanian usahasama; Pensyarah- pensyarah dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Mal...
21/09/2023

Kursus Eksperimentasi & Biometrik Pertanian usahasama; Pensyarah- pensyarah dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) : 19-21 September 2023.

KURSUS TEKNOLOGI IOT HALIA FERTIGASIANJURAN: ILPP SERDANG, SELANGOR
23/08/2023

KURSUS TEKNOLOGI IOT HALIA FERTIGASI
ANJURAN: ILPP SERDANG, SELANGOR

23/08/2023

NEGARAKU MALAYSIA 🇲🇾

NEGARAKU 🇲🇾
23/08/2023

NEGARAKU 🇲🇾

Kursus Pembimbing myGAP Pesticide Free (MYGAP.PF)Anjuran: ILPP Serdang, Selangor(Jabatan Pertanian).
23/02/2023

Kursus Pembimbing myGAP Pesticide Free (MYGAP.PF)
Anjuran: ILPP Serdang, Selangor
(Jabatan Pertanian).

Tahniah YAB Perdana Menteri ke-10.
24/11/2022

Tahniah YAB Perdana Menteri ke-10.

Tahniah YAB Perdana Menteri ke-10.

Seluruh warga Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai PerdanaMenteri Malaysia yang ke-10.
Semoga Malaysia terus kekal menjadi pengeluar agromakanan yang berkualiti dan selamat dimakan di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri.

Address

Serdang
Seri Kembangan
43400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Latihan Pengembangan Pertanian Serdang Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Latihan Pengembangan Pertanian Serdang Selangor:

Share