Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia

Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia Bahagian Kejuruteraan Pertanian mempunyai 9 Pusat Kejuruteraan Pertanian (PKP)

Jabatan Pertanian melalui Bahagian Kejuruteraan Pertanian yang terletak di Serdang, Selangor memberi khidmat kepakaran teknikal kejuruteraan pertanian di Semenanjung Malaysia.

๐Ÿ“ KEJOHANAN PING PONG JABATAN PERTANIAN 2026 ๐Ÿ“Pada 16 Mei 2026, Bahagian Kejuruteraan Pertanian telah menyertai Kejohana...
20/05/2026

๐Ÿ“ KEJOHANAN PING PONG JABATAN PERTANIAN 2026 ๐Ÿ“

Pada 16 Mei 2026, Bahagian Kejuruteraan Pertanian telah menyertai Kejohanan Ping Pong Jabatan Pertanian 2026 bertempat di Dewan Institut Pertanian Serdang.

Pasukan Bahagian Kejuruteraan Pertanian (BKP) telah memberikan saingan yang hebat dalam kejohanan kali ini. Beraksi bagi Kategori Bahagian, pasukan BKP telah berjaya mara dengan cemerlang sehingga ke peringkat Suku Akhir, satu pencapaian memberangsangkan bagi penyertaan kali pertama bahagian!

Pihak BKP juga ingin merakamkan ucapan syabas dan terima kasih kepada pihak Persatuan Kebajikan dan Sukan Ibu Pejabat Jabatan Pertanian (PKSJP) atas penganjuran kejohanan pada tahun ini! ๐Ÿ‘

๐ŸŒŸ PERTANIAN PINTAR & DIGITAL UNTUK GENERASI MUDA DI HARI BELIA NEGARA! ๐ŸŒพ๐Ÿ’ปBersempena dengan sambutan Hari Belia Negara, B...
20/05/2026

๐ŸŒŸ PERTANIAN PINTAR & DIGITAL UNTUK GENERASI MUDA DI HARI BELIA NEGARA! ๐ŸŒพ๐Ÿ’ป

Bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara, Bahagian Kejuruteraan Pertanian tidak melepaskan peluang untuk turun padang dan memeriahkan acara di Xโ€™Park dan Dโ€™Tempat Sendayan, Negeri Sembilan!

Unit Pengairan dari Seksyen Kejuruteraan Pengairan Saliran & Infrastruktur (SKPSI) telah membawakan pameran teknologi pertanian pintar yang direka khusus untuk menarik minat generasi belia yang ingin terlibat dalam aktiviti pertanian seiring dengan perkembangan teknologi semasa:

๐Ÿ’ง Smart Irrigation Monitoring Systems (SIMS): Sistem pemantauan berteknologi tinggi untuk pengurusan pengairan ladang yang lebih efisien, tepat, dan menjimatkan sumber air.
๐Ÿ“ฑ IoT (SIMSBIOTECH): Integrasi Internet of Things yang memperkasakan petani moden untuk memantau dan mengawal sistem pengairan secara digital, hanya di hujung jari!

Terima Kasih kepada staf Bahagian Kejuruteraan Pertanian dan pengunjung yang hadir dalam menjayakan program ini!

18/05/2026

Program Promosi Produk Anak Pokok Berkualiti โ€œOutgrowerโ€ Bimbingan Jabatan Pertanian Siri 1/2026 serta Kursus Awam Cantuman Anak Pokok Durian anjuran Bahagian Pembangunan Industri Tanaman (BPIT) Selangor yang akan berlangsung pada 20 dan 21 Mei 2026 di Pusat Jualan Benih BPIT Serdang, Selangor.
Program ini merupakan kerjasama antara BPIT Selangor dan usahawan outgrower anak pokok bimbingan Jabatan Pertanian bagi menjayakan Jualan Promosi Harga Rahmah Anak Pokok buah-buahan, sayur-sayuran, herba serta produk tanaman dengan tawaran istimewa bermula serendah RM5.
Pelbagai jenis anak pokok berkualiti ditawarkan termasuk mangga, nangka, cempedak, rambutan dan banyak lagi pada harga berpatutan untuk peminat pertanian, pengusaha kebun serta orang ramai.
Lebih menarik, pengunjung turut berpeluang menyertai Kursus Awam Cantuman Mata Tunas Anak Pokok Durian secara PERCUMA melalui pendekatan hands-on bersama bimbingan pakar. Program ini sesuai untuk peminat tanaman yang ingin menambah ilmu dan mempelajari teknik cantuman secara praktikal.
Jangan lepaskan peluang ini. Datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan untuk mendapatkan anak pokok berkualiti sambil menimba ilmu pertanian secara langsung.
๐Ÿ“ Lokasi: Pusat Jualan Benih BPIT Serdang, Selangor
๐Ÿ“… Tarikh: 20 & 21 Mei 2026

13/05/2026

TVET Pertanian memainkan peranan penting dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara melalui pembangunan tenaga kerja mahir dalam sektor agromakanan.
Dalam menghadapi cabaran krisis bekalan global, perubahan iklim dan peningkatan kos pengeluaran, bidang TVET pertanian menjadi platform strategik untuk melahirkan generasi agropreneur moden yang berkemahiran dalam teknologi pertanian, penternakan, mekanisasi dan inovasi makanan.
Melalui latihan teknikal dan pendidikan berasaskan industri, TVET bukan sahaja membuka peluang kerjaya kepada golongan muda, malah membantu meningkatkan produktiviti sektor pertanian negara secara mampan.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam Podcast CAMBAH ๐ŸŽ™๏ธ dengan topik:
๐Ÿ“Œ TVET Pertanian : Masa Depan Agromakanan
๐Ÿ—“ 14 Mei 2026 (Khamis)
๐Ÿ•› 12.00 Tengah Hari
๐Ÿ“ก https://www.facebook.com/cambahDOA
Menampilkan perkongsian menarik daripada panel jemputan berkaitan hala tuju TVET pertanian, pembangunan modal insan dan potensi kerjaya dalam sektor agromakanan negara.
๐ŸŽฅ Saksikan secara langsung di platform Facebook CambahDOA

๐Ÿšœ JOM TEROKAI TEKNOLOGI PERTANIAN PINTAR DI FESTIVAL HARUMANIS & PERLIS AGROFEST 2026! ๐ŸฅญSedang berada di Perlis hujung m...
25/04/2026

๐Ÿšœ JOM TEROKAI TEKNOLOGI PERTANIAN PINTAR DI FESTIVAL HARUMANIS & PERLIS AGROFEST 2026! ๐Ÿฅญ

Sedang berada di Perlis hujung minggu ini? Sambil-sambil menikmati keenakan mangga Harumanis, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke tapak pameran Bahagian Kejuruteraan Pertanian!

Kami kini berada di Sudut Mekanisasi untuk membawakan pelbagai teknologi dan inovasi terkini yang bakal mentransformasikan landskap pertanian negara.

Antara teknologi menarik yang kami bawakan secara eksklusif untuk anda:

๐ŸŒพPaddyChat: Aplikasi dan platform digital interaktif khusus untuk memudahkan pengurusan dan komunikasi berkaitan tanaman padi.

๐Ÿ’ง Smart Irrigation Monitoring Systems (SIMS): Sistem pemantauan pengairan berasaskan Internet of Things (IoT) untuk pengurusan air ladang yang lebih cekap, efisien, dan menjimatkan.

๐Ÿ’ก Inovasi Kejuruteraan Terpilih: Reka cipta jentera mekanisasi mesra petani yang direka untuk meningkatkan produktiviti.

Pasukan pegawai dan jurutera kami ada di sini untuk berkongsi ilmu dan menjawab segala persoalan anda mengenai teknologi kejuruteraan pertanian. Jom jumpa kami di sana:

๐Ÿ“… Tarikh: 24 April 2026 โ€“ 26 April 2026 (Jumaat โ€“ Ahad)
โฐ Masa: 10.00 pagi โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ“ Tempat: Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis

Telah diadakan taklimat dan lawatan tapak untuk Kerja Pemasangan Set Pengujian pam & Pengujian Pemancar (Emitter) pada 2...
24/04/2026

Telah diadakan taklimat dan lawatan tapak untuk Kerja Pemasangan Set Pengujian pam & Pengujian Pemancar (Emitter) pada 22 April 2026 di BKPS Serdang.

MAKITA Malaysia telah hadir ke BKP Serdang pada 15 April 2026 bagi memperkenalkan produk buatan MAKITA mengikut kesesuai...
24/04/2026

MAKITA Malaysia telah hadir ke BKP Serdang pada 15 April 2026 bagi memperkenalkan produk buatan MAKITA mengikut kesesuaian kerja-kerja yang dilaksanakan di BKP. Peralatan yang dibawa oleh MAKITA merangkumi dari kerja-kerja di ladang sehinggalah kerja-kerja di bengkel dengan pelbagai fungsi yang sepenuhnya menggunakan kuasa bateri. Keseuaian mesin ini adalah bagi kawasan yang tiada punca kuasa elektrik dan sesuai untuk kerja-kerja di lapangan.

PaddyChat adalah Agent AI untuk pengesanan penyakit padi dengan kuasa AI Computer Vision (CV) dan sebagai agent pengemba...
03/04/2026

PaddyChat adalah Agent AI untuk pengesanan penyakit padi dengan kuasa AI Computer Vision (CV) dan sebagai agent pengembangan digital yang memberi khidmat nasihat pengembangan pertanian melalui Whatsapp sahaja.
Update terbaru, dah ada sub agent cuaca, boleh tanya cuaca secara real time di kawasan seluruh Malaysia. ๐Ÿค“

Boleh dapatkan pautan di ruangan Komen.

911 likes, 162 comments. โ€œPakar Pertanian Digital sedia menjawab masalah anda. . . Tips for content creator . Travel destinations 2026 . Farm lives videos . Waterfall screen . Creators sight insights . Ai walking effect . Singer . Best farm . Exchang...

25/02/2026

๐ŸŒพPaddychat di dada akhbar

๐ŸŒพ๐Ÿ’ป MENGARUSPERDANAKAN TEKNOLOGI PERTANIAN NEGARA: SESI PERBINCANGAN PROGRAM TMA 2026Pada 12 Februari lalu, Bahagian Keju...
24/02/2026

๐ŸŒพ๐Ÿ’ป MENGARUSPERDANAKAN TEKNOLOGI PERTANIAN NEGARA: SESI PERBINCANGAN PROGRAM TMA 2026

Pada 12 Februari lalu, Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian (DOA) telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama Bahagian Pemodenan Pertanian (BPP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bertempat di Bahagian Kejuruteraan Pertanian Serdang.

Sesi yang dipengerusikan oleh YBrs. Puan Aina Azza Haji Zaid, Setiausaha Bahagian BPP KPKM ini memfokuskan kepada Permohonan Peruntukan Program Modenisasi Pembangunan Teknologi, Mekanisasi dan Automasi (TMA) di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

Komitmen berterusan ini adalah selari dengan visi negara untuk memacu adaptasi teknologi pintar, mekanisasi, dan automasi demi meningkatkan produktiviti dan kelestarian sektor agromakanan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak BPP KPKM atas lawatan dan sesi libat urus yang sangat bermanfaat ini! ๐Ÿค๐Ÿšœ

Address

Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Beg Berkunci 201, Pejabat Pos UPM
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60389493500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia:

Share