Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah

Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah (PKD PT) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kesihatan

PKD Perak Tengah merupakan pejabat dibawah Jabatan Kesihatan Negeri Perak bertanggungjawab keatas agensi-agensi di Daerah Perak Tengah seperti berikut :

- Klinik Kesihatan
- Klinik Desa

14/08/2026

🦠 WASPADA LEPTOSPIROSIS (PENYAKIT KENCING TIKUS)!

Leptospirosis boleh berlaku apabila kita terdedah kepada air atau tanah yang tercemar dengan air kencing haiwan seperti tikus, kucing, anjing dan lembu yang dijangkiti bakteria Leptospira.

⚠️ Kenali tanda-tandanya:
🌡️ Demam
🤕 Sakit kepala & sakit otot
🤢 Loya atau muntah
👁️ Kemerahan pada mata
😣 Sakit abdomen
🟡 Jaundis
🚽 Air kencing kehitaman

💡 Cegah leptospirosis:
✅ Pastikan persekitaran rumah bersih
✅ Amalkan kebersihan diri dan cuci tangan
✅ Tutup semua makanan
✅ Cuci dan balut luka dengan pembalut kalis air
🚫 Elakkan bermain atau meredah air banjir, terutama selepas banjir

Jika mengalami gejala selepas terdedah kepada air banjir atau persekitaran yang tercemar, dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera.

Jaga kebersihan, lindungi diri dan keluarga. ❤️



💙 PERHIMPUNAN PAGI BULAN OGOS 2026 , MAJLIS PELUNCURAN KIBAR JALUR GEMILANG DAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU PERINGKAT DAER...
14/08/2026

💙 PERHIMPUNAN PAGI BULAN OGOS 2026 , MAJLIS PELUNCURAN KIBAR JALUR GEMILANG DAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH 🇲🇾

14 Ogos 2026 (Jumaat) | 8.00 pagi – 9.45 pagi
📍 Dataran Cenderasari

Telah berlangsung Perhimpunan Pagi Bulan Ogos 2026 yang menghimpunkan warga Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah bersama wakil-wakil Klinik Kesihatan.

Majlis turut diserikan dengan beberapa pengisian dan aktiviti utama, antaranya:

🔹 Renungan pagi
🔹 Sesi memperkenalkan kakitangan baharu serta makluman kakitangan yang bertukar bagi bulan Julai/Ogos 2026
🔹 Ucapan dan amanat Pegawai Kesihatan Daerah Perak Tengah
🔹 Program Penyusuan Susu Ibu Peringkat Daerah Perak Tengah 🍼
🔹 Gimik Peluncuran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Perak Tengah 🇲🇾
🔹 Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan Malaysia MADANI
🔹 Bacaan doa dan ikrar

Program ini bukan sekadar perhimpunan bulanan, tetapi turut menjadi platform untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menyampaikan amanat serta meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap agenda kesihatan dan semangat patriotisme.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah serta wakil Klinik Kesihatan yang telah hadir dan menjayakan program ini. ❤️

Bersama kita terus memperkasa kesihatan, menyemarakkan patriotisme dan membina organisasi yang lebih cemerlang.

PAUTAN GAMBAR :
https://drive.google.com/drive/folders/1aWIQGCG3kapqSR34-v9QbtQwWdplMeVv








💚Sempena Minggu Pendermaan Organ Kebangsaan (MKPO) - 13 Ogos  2026💚Pancaran cahaya hijau menerangi PKD Perak Tengah seba...
13/08/2026

💚Sempena Minggu Pendermaan Organ Kebangsaan (MKPO) - 13 Ogos 2026💚

Pancaran cahaya hijau menerangi PKD Perak Tengah sebagai simbol kesedaran, solidariti dan harapan dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendermaan organ.

Di sebalik pancaran cahaya hijau ini, tersimpan satu mesej bermakna bahawa satu ikrar pendermaan organ mampu menjadi sinar kehidupan kepada insan yang sedang menanti peluang kedua. ✨

Jadikan kesedaran ini sebagai satu tindakan. Nyatakan hasrat anda untuk menjadi pengikrar pendermaan organ melalui MySejahtera dan bersama-sama kita sebarkan sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan inisiatif Pancaran Hijau ini.

𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐢𝐤𝐫𝐚𝐫, 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧. 💚




AWAS JEREBU !!Jerebu ialah keadaan apabila terdapat banyak zarah halus dan bahan pencemar terapung di udara sehingga men...
13/08/2026

AWAS JEREBU !!
Jerebu ialah keadaan apabila terdapat banyak zarah halus dan bahan pencemar terapung di udara sehingga mengurangkan jarak penglihatan. Antara punca utama ialah pembakaran terbuka, asap daripada kenderaan dan aktiviti perindustrian.

Pendidikan kesihatan bukan hanya memberi maklumat, tetapi perlu menggalakkan perubahan tingkah laku. Komuniti boleh:

-Tidak melakukan pembakaran terbuka.
-Mengurangkan penggunaan kenderaan apabila tidak diperlukan.
-Menyebarkan maklumat jerebu yang sahih kepada keluarga dan jiran.
-Membantu melindungi kanak-kanak, warga emas dan individu berpenyakit kronik.
-Mengikuti bacaan IPU serta arahan pihak berkuasa.


Program Komuniti Projek Kredit Karbon FELCRA NasaruddinAnjuran: Cenergy Lestari Nasaruddin dengan kerjasama Klinik Kesih...
10/08/2026

Program Komuniti Projek Kredit Karbon FELCRA Nasaruddin

Anjuran: Cenergy Lestari Nasaruddin dengan kerjasama Klinik Kesihatan Seri Iskandar

📅 Tarikh: 6 Ogos 2026
🕘 Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang
📍 Tempat: Dewan Serbaguna FELCRA Nasaruddin
👥 Jumlah Peserta: 50 orang

Pencapaian Perkhidmatan Kesihatan

✅ Saringan NHSI : 50 orang
✅ Saringan PEKA B40 : 13 orang
💉 Penerima Vaksin Influenza : 12 orang
🎗️ Pemeriksaan Klinikal Payudara (PKP) : 15 orang
🧪 Ujian Kendiri HPV : 8 orang

Pengisian Aktiviti

🔹 Ceramah Kesedaran Tuberkulosis
Penceramah: Dr. Abdul Rahman Saad
Pakar Perubatan Keluarga (Pra Pewartaan), Klinik Kesihatan Seri Iskandar

🔹 Saringan NHSI dan PEKA B40
🔹 Vaksinasi Influenza & COVID-19
🔹 Ujian Kendiri HPV dan Pemeriksaan Klinikal Payudara (PKP)
🔹 Stesen Interaktif Kenali Ubat Anda
🔹 Kuiz Kesihatan

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026 di Klinik Kesihatan Bota Kiri🤰🏻🤱🏻 🌍 Tema: ✨ Penyusuan Susu Ibu sebagai A...
10/08/2026

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026 di Klinik Kesihatan Bota Kiri🤰🏻🤱🏻 🌍

Tema:
✨ Penyusuan Susu Ibu sebagai Asas Kehidupan Lestari: Perkukuhkan Amalan yang Berkesan ✨

📅Tarikh : 5 Ogos 2026,Rabu
⏱️Masa : 9:00 pagi
📍Tempat : Ruang Menunggu Unit Ibu & Anak KK Bota Kiri

Aktiviti yg dijalankan:
✅Ceramah Penyusuan bertajuk : Khasiat Penyusuan Susu Ibu
Penceramah : 🧕🏻Dr Nur Nadiah,
Pegawai Perubatan KK Bota Kiri.

✅Kuiz bagi menguji pemahaman klien

✅Booth Pameran Penyusuan Susu Ibu

🎯 Objektif program:
🔹 Meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan susu ibu sebagai makanan terbaik untuk bayi

🔹 Menggalakkan ibu mengandung mengamalkan penyusuan eksklusif sehingga 6 bulan

🔹 Menyediakan sokongan berterusan melalui kaunseling & kumpulan sokongan ibu menyusu

Penyusuan susu ibu bukan sekadar memberi makanan terbaik kepada bayi. Ia adalah pelaburan untuk kesihatan, kesejahteraan keluarga, keselamatan makanan dan masa depan yang lebih lestari.

KAMI DATANG LAGI.... 📣 Assalamualaikum & Salam Sejahtera!Klinik Kesihatan Bota Kiri anjuran bersama Panel Penasihat KKBK...
10/08/2026

KAMI DATANG LAGI....

📣 Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Klinik Kesihatan Bota Kiri anjuran bersama Panel Penasihat KKBK, Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah ingin menjemput Tuan/Puan ke:

🎉 HARI TERBUKA DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KESIHATAN KLINIK KESIHATAN BOTA KIRI 2026🎉

_Bersama Menyemai Kesihatan, Bersatu Meraikan Kemerdekaan_

📅 Tarikh: Sabtu, 15 Ogos 2026
🕢 Masa: 7.30 pagi – 12.00 tengahari
📍 Tempat: Klinik Kesihatan Bota Kiri

🌟 APA YANG MENANTI ANDA? 🌟

🚚🚚Wellness on Wheel 🚚🚚
🫀Senaman ringan dan FunWalk - Pertandingan Pakaian Unik Funwalk Merdeka 🏃‍♂️🏃🏽🏃‍♀️
(scan QR code utk mendaftar)
🩺💙 PERCUMA! Saringan & Konsultasi Kesihatan 💙🩺
✋ Jurupulih Cara Kerja (OT) 🧠
1. Rentak kenangan Merdeka🎶🎵
2. Sasar ceria Merdeka 🎯🎯
3. ⁠Imbas kembali Merdeka
🧍‍♂️ Fisioterapi - Stronger Bodies, Healthier Aging 💪🏻🏋🏻 |
🦷 Doktor Gigi
…dan ramai lagi!

🛍 Booth & Aktiviti Menarik!!
✔️ Pameran Diabetes, Hipertensi, kuiz menarik
✔️ Saringan Tibi 🫁
✔️ MyMediSafe, MyUbat 💊
✔️ As Optometrist 👀
✔️ DENGAR 🦻🏻
✔️ War On Sugar ❌ 🍬🍭🍫🎂❌
✔️RAYHAR travel Haji dan Umrah
🕌🕋
✔️Kempen Derma Organ 👁️👂🏻🫀🫁
✔️ Jualan makanan dan minuman sihat🍙🥪🥙🫖☕
Dan banyak lagi...

✨ Jom raikan Hari Terbuka KKBK bersama insan tersayang dalam suasana penuh inspirasi, ilmu, aktiviti sihat & sokongan komuniti!
🌿 Bersama kita membudayakan kesihatan demi kehidupan yang lebih bermakna dan berkualiti.
📌 Jangan lepaskan peluang ini!
Moh kita ke BOTE!

🇲🇾 MOH SERTAI FUNWALK MERDEKA! 🇲🇾Klinik Kesihatan Bota Kiri 2026🚶‍♀️🚶‍♂️ Langkah Sihat, Jiwa Merdeka!📅 15 Ogos 2026 (Sab...
10/08/2026

🇲🇾 MOH SERTAI FUNWALK MERDEKA! 🇲🇾
Klinik Kesihatan Bota Kiri 2026
🚶‍♀️🚶‍♂️ Langkah Sihat, Jiwa Merdeka!

📅 15 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi – 9.00 pagi
📍 Jalan Ghazali, Kg Aji, Bota
(Berkumpul di perkarangan KK Bota Kiri)
✨ PERTANDINGAN PAKAIAN UNIK FUNWALK MERDEKA!✨

Syarat-syarat:
👨‍👩‍👧‍👦 Terbuka kepada - dewasa & kanak-kanak (1–12 tahun)
🇲🇾 Mengibar Jalur Gemilang hingga ke garisan penamat
🎭 Pakai pakaian unik bertemakan Merdeka
🎁 Hadiah menarik_ menanti!

📌 Tarikh tutup penyertaan: 10 Ogos 2026

📲 Scan QR Code pada poster atau klik link di bawa untuk mendaftar!

https://q.me-qr.com/kvc55q1n

Jom meriahkan sambutan kemerdekaan sambil mengamalkan gaya hidup sihat! 🤍❤️💛💙

Moh Bota Kiri!
Langkah Sihat, Jiwa Merdeka! 🇲🇾

🦟 ONE HOUR MALAYSIA CLEAN UPBERSAMA COMBI LOKALITI TAMAN DESA KPMP, KG GAJAH 🌿📅 Tarikh: 8 Ogos 2026📍 Lokasi: Astaka Tama...
08/08/2026

🦟 ONE HOUR MALAYSIA CLEAN UP
BERSAMA COMBI LOKALITI TAMAN DESA KPMP, KG GAJAH 🌿

📅 Tarikh: 8 Ogos 2026
📍 Lokasi: Astaka Taman Desa KPMP, Kg Gajah

Antara pengisian program:

• Aktiviti gotong-royong dan pembersihan kawasan
• Aktiviti Cari dan Musnah tempat pembiakan Aedes
• Meningkatkan kesedaran komuniti berkaitan pencegahan denggi
• Pertandingan mewarna infografik bahaya Demam Denggi

Penghargaan & Terima Kasih kepada:

• En. Miskandar bin Muhayat, Wakil COMBI Daerah Perak Tengah dan selaku Pengerusi COMBI Lokaliti Fasa 4
• Ustaz Ghazali, Wakil Pengerusi KRT Taman Desa KPMP, Kg Gajah
• Pn. Rozalina, Pengerusi COMBI Lokaliti, Pn. Ashikin dan Semua ahli COMBI KPMP
• Komuniti Taman Desa KPMP, Kg Gajah
• Semua sukarelawan COMBI yang sudi hadir dan memeriahkan program

💚 Komuniti Bersih, Komuniti Sihat
🦟 Tiada Aedes, Tiada Denggi

PAUTAN GAMBAR AKTVITI :
https://drive.google.com/drive/folders/1oMM-hFAsxBe4zyyAID8vIEBuFYB79KDm


Pendedahan melampau kepada cuaca panas boleh menyebabkan kesan serius terhadap kesihatan kita.Kenali perbezaan antara Ke...
06/08/2026

Pendedahan melampau kepada cuaca panas boleh menyebabkan kesan serius terhadap kesihatan kita.

Kenali perbezaan antara Kelesuan Haba dan Strok Haba agar anda boleh bertindak dengan pantas.

Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan jika anda atau orang sekeliling menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Address

Seri Iskandar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6053711891

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah:

Shortcuts

Share