Pusat Wanita Berdaya Dun Batang Kali - Rasmi

Pusat Wanita Berdaya Dun Batang Kali - Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Wanita Berdaya Dun Batang Kali - Rasmi, 25 Jalan Gapi 1A/3, Seksyen 1 Antara Gapi, Serendah.

Pusat Wanita Berdaya (PWB) diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai pusat perkembangan potensi dan hub aktiviti wanita dalam komuniti di setiap 56 DUN dalam Selangor.

Kepadatan perjalanan program yang tidak pernah berhenti bukanlah penghalang buat Pusat Wanita Berdaya (PWB) Batang Kali ...
25/05/2026

Kepadatan perjalanan program yang tidak pernah berhenti bukanlah penghalang buat Pusat Wanita Berdaya (PWB) Batang Kali untuk terus dekat dan menyantuni masyarakat.

Hari ini, PWB Batang Kali berpeluang meluangkan masa bersama golongan ibu serta anak-anak menerusi dua program yang penuh bermakna.

Di Bukit Sentosa, telah berlangsung Program Serahan Bakul Makanan anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) Batang Kali khusus buat ibu-ibu tunggal yang saban hari gigih berjuang membesarkan anak-anak, mengurus keluarga serta menempuh cabaran kehidupan dengan penuh ketabahan dan kasih sayang.

Melihat wajah-wajah mereka benar-benar menyentuh hati. Ada senyuman yang tersimpan di sebalik kepayahan, ada mata yang menyimpan seribu kisah pengorbanan demi anak-anak tercinta. Sesungguhnya kasih dan pengorbanan seorang ibu tiada galang gantinya.

PWB percaya bahawa golongan ini perlu terus disantuni, didengari dan dibantu dengan penuh ihsan serta keprihatinan.

Inilah aspirasi Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar Ibrahim yang tidak mahu mana-mana golongan masyarakat merasa terpinggir, sebaliknya terus dibela dan diberi perhatian sewajarnya.

Semoga sumbangan kecil yang disampaikan hari ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban harian para penerima serta membawa sinar kegembiraan buat mereka sekeluarga.

Insya-Allah, selagi diberi ruang dan kesempatan, bukan sahaja kebajikan ibu tunggal akan terus diberi perhatian, malah seluruh masyarakat di Batang Kali yang memerlukan akan terus disantuni.

Turut hadir menyantuni para penerima ialah Tuan Saifuddin Shafi Muhammad selaku Penyelaras DUN Batang Kali, En. Fuad Ahmad Naravi selaku Ahli Majlis Zon 19 serta Puan Hayati Binti Chat, Ahli Majlis Zon 21 yang turut bersama memeriahkan program.

Sekalung penghargaan dan terima kasih turut dizahirkan kepada Penyelia PWB DUN Batang Kali, Puan Meqna Natrah Ali atas segala usaha, komitmen dan keprihatinan dalam menjayakan program kebajikan ini demi manfaat masyarakat setempat.










Alhamdulillah, Program Masak Sambal Goreng Jawa Sempena Hari Pekerja 2026 telah berlangsung dengan jayanya! 🌢️πŸ”₯Bertempat...
06/05/2026

Alhamdulillah, Program Masak Sambal Goreng Jawa Sempena Hari Pekerja 2026 telah berlangsung dengan jayanya! 🌢️πŸ”₯

Bertempat di Dewan Komuniti Desa Melor, Serendah, program yang berlangsung pada 1 Mei 2026 (Jumaat), jam 9.00 pagi ini berjaya menghimpunkan komuniti dalam suasana penuh kemeriahan, semangat gotong-royong dan ukhwah yang cukup erat.

Program ini merupakan hasil kerjasama erat antara Pejabat Penyelaras DUN Batang Kali, Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Batang Kali, KRT Desa Melor, Alirkan harta tanpa henti serta seluruh warga komuniti yang sentiasa komited dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih khas buat Ketua Kampung Serendah, Pak Ya bersama seluruh pasukan yang bertungkus-lumus dari awal hingga akhir dalam menjayakan sesi rewang, memasak, berkongsi resipi serta menghidupkan budaya muafakat dalam masyarakat. πŸ’›

Program ini bukan sekadar memasak bersama, malah menjadi platform memperkukuhkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan dan menyatukan komuniti melalui aktiviti bermanfaat.

Turut berlangsung Program Santai Kopi O & Biskut Kering Serendah yang membuka ruang sesi santai bersama penduduk bagi membincangkan isu semasa, permasalahan setempat, cadangan penambahbaikan serta pandangan membina demi kesejahteraan komuniti sekitar Serendah. β˜•βœ¨

Terima kasih atas sokongan padu semua memasak bersama dan berkongsi rezeki.. Semoga lebih banyak program bermanfaat dapat diteruskan demi rakyat dan komuniti setempat. 🀝








🌸 JEMPUTAN KE BENGKEL SAMOSA FROZEN PERCUMA KHAS WANITA SERENDAH 🌸Buat puan-puan, kakak-kakak, acik-acik & adik-adik yan...
20/04/2026

🌸 JEMPUTAN KE BENGKEL SAMOSA FROZEN PERCUMA KHAS WANITA SERENDAH 🌸

Buat puan-puan, kakak-kakak, acik-acik & adik-adik yang menetap di Serendah, anda semua dijemput untuk sertai bengkel menarik yang PERCUMA & terbuka kepada semua wanita setempat! πŸ’›

✨ Bengkel Samosa Frozen

πŸ—“οΈ 25 April 2026 (Sabtu)
πŸ“ Pangsapuri Teratai, Serendah
⏰ 9.30 pagi – 12.30 tengah hari

πŸŽ€ Anjuran:
🌷 PWB DUN Batang Kali – Pn Meqna

πŸ“Œ Tempat adalah TERHAD!
Jangan lepaskan peluang untuk tambah ilmu, tingkatkan kemahiran & eratkan ukhuwah sesama kita πŸ€πŸ’–

πŸ“² Berminat?
Komen atau PM segera untuk pendaftaran:

πŸ‘‰ https://wa.link/oey8br

Jom join ramai-ramai! Ilmu dapat, kenalan pun bertambah 😊




Dengan penuh sukacita, saya ingin menjemput seluruh warga Batang Kali ke Majlis Bingkisan Kasih Aidilfitri Batang Kali y...
10/04/2026

Dengan penuh sukacita, saya ingin menjemput seluruh warga Batang Kali ke Majlis Bingkisan Kasih Aidilfitri Batang Kali yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ—“οΈ Sabtu, 11 April 2026
πŸ“ Oasis, Batang Kali
⏱️ 3.00 – 7.00 petang

Semoga kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan majlis ini serta mengeratkan lagi hubungan ukhuwah sesama kita, insya-Allah.

Semua dijemput hadir.


Pusat Wanita berdaya Batang Kali telah mengadakan satu Program Bacaan Yasin dan Majlis Iftar telah berlangsung di Bukit ...
12/03/2026

Pusat Wanita berdaya Batang Kali telah mengadakan satu Program Bacaan Yasin dan Majlis Iftar telah berlangsung di Bukit Beruntung Golf and Country Resort Berhad pada hari Ahad 8 Mac 2026. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, doa selamat serta Tazkirah ringkas yang diketuai oleh Ustazah Norhafiza untuk memohon keberkatan, kesejahteraan serta kekuatan buat semua wanita dan masyarakat setempat.

Suasana majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati biskut raya daripada Miss Wong Sheau Mei Ahli Majlis Zon 14 kepada para wanita Hulu Selangor yang hadir.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Dr. Sathia Prakash Nadarajan, Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, serta Ahli Majlis Zon 21 Puan Hayati Binti Chat. Kehadiran beliau memperlihatkan sokongan dan penghargaan terhadap usaha serta komitmen Wanita Hulu Selangor yang sentiasa aktif dalam melaksanakan pelbagai program wanita dan kemasyarakatan. Tidak dilupakan juga buat Tuan Saifuddin bin Shafi Muhammad, Setiausaha Politik kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Penyelaras DUN Batang Kali, atas sumbangan beliau menaja sebahagian daripada majlis iftar Wanita Hulu Selangor.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi iftar bersama yang memberi peluang kepada semua yang hadir untuk berbuka puasa dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kekeluargaan. Program seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pimpinan dan ahli, malah menjadi platform untuk memperkukuhkan perpaduan serta semangat kerjasama dalam komuniti.

Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha memperkukuhkan lagi semangat kebersamaan, keprihatinan serta nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat di Wanita Hulu Selangor.

Wanita Berdaya Selangor
Saifuddin Shafi Muhammad



Pada 28 Februari 2026 bertempat di Surau Al Faaizeen, Prima Beruntung, telah berlangsung Bengkel Tart Nenas Warisan anju...
02/03/2026

Pada 28 Februari 2026 bertempat di Surau Al Faaizeen, Prima Beruntung, telah berlangsung Bengkel Tart Nenas Warisan anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Batang Kali dengan penyertaan seramai 32 orang peserta.

β€œLepas ni bolehlah buat tart nenas sendiri untuk raya,” kata salah seorang peserta dengan senyuman puas selepas berjaya menyiapkan Tart Nenas Warisan pada bengkel hari ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Hayati Binti Chat, Ahli Majlis Zon 21 atas kesudian merasmikan bengkel ini.

Bengkel ini memberi peluang kepada para peserta mempelajari teknik pembuatan tart nenas secara tradisional sebagai salah satu usaha meningkatkan kemahiran serta keyakinan diri wanita dalam bidang keusahawanan kecil. Selain memelihara resipi warisan turun-temurun, program seperti ini juga membuka ruang kepada wanita untuk menjana pendapatan sampingan khususnya menjelang musim perayaan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menunjukkan kesungguhan dan minat sepanjang bengkel berlangsung.

Semoga lebih banyak program seumpama ini dapat diteruskan bagi memperkasa wanita serta mengeratkan hubungan komuniti di DUN Batang Kali

Saifuddin Shafi Muhammad
Wanita Berdaya Selangor

Buat Puan-puan,Kakak-kakak, Acik-acik & Adik-adik yang tinggal di yang duduk di Prima Beruntung kami ada bengkel  PERCUM...
25/02/2026

Buat Puan-puan,Kakak-kakak, Acik-acik & Adik-adik yang tinggal di yang duduk di Prima Beruntung kami ada bengkel PERCUMA & terbuka kepada semua wanita setempat

🌸 Jom Sertai Bengkel Tart Nenas Warisan 🌸
"Lembut di tangan, cair di mulut!" 😍

πŸ—“ Hari: Sabtu
πŸ“… Tarikh: 28 Februari 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
πŸ“ Tempat: Surau Al Faaizeen Prima Beruntung

Anjuran:
🌷 PWB DUN Batang Kali – Pn Meqna
🌷 Ahli Majlis Zon 21 – Pn Hayati Chat

Tempat terhad! Jom tambah ilmu & kemahiran sambil eratkan ukhuwah πŸ’›

Boleh komen / PM untuk pendaftaran ya!

https://wa.link/oey8br

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf4BowC6r3ZNUvHrQ_NQnQKwFv2sxrR-tnsmRqgatTQvc8mQA/viewform?usp=sharing&ouid=111605009075021180344

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Il...
22/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya telah berlangsung dengan jayanya Program Memasak Bubur Jagung dan Majlis Berbuka Puasa bersama WI Sg Choh dan JPKK Sg Choh Simpang dalam suasana yang penuh keberkatan, kemesraan dan semangat kebersamaan.

Kami bersama penduduk wanita Sungai Choh telah bergotong-royong menyiapkan bahan-bahan untuk memasak bubur jagung serta menyediakan juadah berbuka puasa. Semangat kerjasama yang ditunjukkan amat membanggakan dan mencerminkan kekuatan ukhwah dalam komuniti kita.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Saifuddin bin Shafi Muhammad, Setiausaha Politik kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Penyelaras DUN Batang Kali, yang telah sudi merasmikan Majlis Penutup Program Memasak Bubur Jagung dan Majlis Berbuka Puasa ini.

Kami juga amat berterima kasih kepada tuan rumah, Puan Shamerah binti Mohamad Shah, Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Sg Choh, yang telah memberi ruang dan kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan program ini.

Ribuan terima kasih turut diucapkan kepada Nur Azmel bin Yahya (Tok Memei), Pengerusi JPKK Kg Sg Choh Simpang, yang sentiasa komited dan bersama-sama memastikan kelancaran program pada hari ini.

Turut hadir memeriahkan majlis:
- Tuan Haji Zulkarnain, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selangor
- Encik Limgam, Pegawai Perhubungan Hulu Selangor
- En. Amir Zharif Bin Mohd Zainal Abidin, Penghulu Mukim Bestari Jaya dan Hulu Tinggi
- Puan Hayati binti Chat, Ahli Majlis Zon 21
- En Fuad bin Ahmad Naravi Ahli Majlis Zon 19

Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan silaturahim, memperkukuh perpaduan serta menyemai semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat setempat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga segala usaha dan sumbangan kita diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Sekian, Terima Kasih.

Puan Natrah binti Ali
Penyelia PWB DUN Batang Kali

Saifuddin Shafi Muhammad
Wanita Berdaya Selangor

πŸŒ™ RAMADAN KAREEM πŸŒ™Program Memasak Bubur Jagung & Majlis Berbuka Puasa bersama WI Sg Choh dan JPKK Sg Choh SimpangJom mer...
19/02/2026

πŸŒ™ RAMADAN KAREEM πŸŒ™

Program Memasak Bubur Jagung & Majlis Berbuka Puasa bersama WI Sg Choh dan JPKK Sg Choh Simpang

Jom meriahkan program komuniti kita!

πŸ—“ Sabtu | 21 Februari 2026
⏰ 11.00 pagi – 8.00 malam
πŸ“ Perkarangan Rumah Pengerusi WI Sg Choh

Datang awal untuk sama-sama bergotong-royong memasak, dan kita berbuka bersama dalam suasana penuh muhibbah πŸ€πŸ’›

Jumpa anda di sana!

Anjuran PWB Dun Batang Kali

βœ¨β˜• DRIP KOPI FESTIVAL β˜•βœ¨Aerobic Dance & Zumba πŸ’ƒπŸ»πŸ“ Oasis Batang KaliπŸ—“ 27 Disember 2025 (Sabtu)⏰ 8.00 malam – 10.00 malamJ...
22/12/2025

βœ¨β˜• DRIP KOPI FESTIVAL β˜•βœ¨Aerobic Dance & Zumba πŸ’ƒπŸ»

πŸ“ Oasis Batang Kali
πŸ—“ 27 Disember 2025 (Sabtu)
⏰ 8.00 malam – 10.00 malam

Jom meriahkan malam anda dengan Aerobic Dance & Zumba bersama:
πŸ’ƒ Coach Chully
πŸ’ƒ ZIN Riena
πŸ’ƒ ZIN CT

πŸ”₯ PERCUMA UNTUK SEMUA!
Khas buat Wanita Hulu Selangor πŸ’–
Datang ramai-ramai, sihat bersama, fun bersama!

πŸ‘‰ Jangan lupa ajak kawan & keluarga
πŸ‘‰ Jumpa anda di sana!

Dr. Sathia Prakash Nadarajan
Saifuddin Shafi Muhammad

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya majlis CTRLADIES Community Tournament & Fu...
02/12/2025

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya majlis CTRLADIES Community Tournament & Funmatch pada hari Ahad 30 November 2025.

Program berjalan dengan lancar dan kehadiran peserta seramai 197 orang ✨.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Mohd Syamil Alif selaku pengurus program ini dan semua peserta, para penganjur, para sukarelawan serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Tahniah kepada para pemenang dan syabas kepada semua yang telah memberikan semangat kesukanan yang terbaik sepanjang pertandingan.

Semoga majlis ini menjadi wadah untuk mengeratkan ukhuwah serta membina komuniti yang lebih aktif, positif dan harmoni.

Jutaan terima kasih kepada Pn. Cik Normiza Binti Kadar Maidin (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor) yang telah merasmikan Majlis CTRLADIES Community Tournament & Funmatch.

Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada Hayati Chat Ahli Majlis Zon 21 yang turut hadir pada program ini dan Puan Ummi Hasina yang mewakili PWB Dun Batang Kali & Team Selangor, serta tidak dilupakan Ustazah Nor dan Saudari Meiye daripada Team PWB Dun Batang Kali yang banyak membantu dalam menjayakan program ini.

Wanita Berdaya Selangor
Saifuddin Shafi Muhammad







Address

25 Jalan Gapi 1A/3, Seksyen 1 Antara Gapi
Serendah
48200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Wanita Berdaya Dun Batang Kali - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Wanita Berdaya Dun Batang Kali - Rasmi:

Share