Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Police station, Seremban 2, Seremban.

11/09/2026
πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π’π„π‘π„πŒππ€π π€πƒπ€πŠπ€π πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„ π’π˜π€π‘πˆπŠπ€π“ πŒπˆπ‹πƒπ„π… πˆππ“π„π‘ππ€π“πˆπŽππ€π‹ 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃9 September 2026  – Ketua Po...
09/09/2026

πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π’π„π‘π„πŒππ€π π€πƒπ€πŠπ€π πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„ π’π˜π€π‘πˆπŠπ€π“ πŒπˆπ‹πƒπ„π… πˆππ“π„π‘ππ€π“πˆπŽππ€π‹ 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃

9 September 2026 – Ketua Polis Daerah Seremban, YDH ACP Mohd Yatim bin Hj Osman telah mengadakan kunjungan hormat ke Syarikat Mildef International Technologies Sdn Bhd.

Ketibaan YDH ACP Mohd Yatim, telah disambut oleh YBhg. Dato’ Seri Mohd Nizam bin Kasa, Pengarah Urusan Mildef International Technologies Sdn Bhd (MILDEF).

Dalam sesi kunjungan ini, KPD Seremban telah ditaklimatkan YBhg. Dato’ Seri Mohd Nizam berkaitan latar belakang syarikat, peranan MILDEF dalam industri pertahanan serta struktur pengoperasian syarikat.

Selesai sesi taklimat, KPD Seremban telah dibawa meninjau barisan aset pertahanan dan kenderaan taktikal buatan tempatan yang dipamerkan di fasiliti MILDEF. Selain itu, KPD Seremban turut berpeluang merasai pengalaman menaiki kenderaan taktikal MILDEF Tarantula, salah satu aset utama syarikat.

Turut hadir ialah DSP Mohd Khairi, Pmg. Timb. KPD Seremban; ASP Karunagran Nair, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK); ASP Rosnani, Ketua Cawangan Pelesenan; serta SM Mazly, Ketua Polis Balai Mambau.

β€œππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“ ππ„π‘ππˆπ’π€π‡ π“πˆπ€πƒπ€β€




πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π’π„π‘π„πŒππ€π π€πƒπ€πŠπ€π πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„ π’π˜π€π‘πˆπŠπ€π“ πŠπ€π˜π€πŠπ” π’π€π…π„π“π˜ π’π˜π’π“π„πŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€9 September 2026 – Ketua Po...
09/09/2026

πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π’π„π‘π„πŒππ€π π€πƒπ€πŠπ€π πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„ π’π˜π€π‘πˆπŠπ€π“ πŠπ€π˜π€πŠπ” π’π€π…π„π“π˜ π’π˜π’π“π„πŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

9 September 2026 – Ketua Polis Daerah Seremban, YDH ACP Mohd Yatim bin Hj Osman telah mengadakan kunjungan hormat ke Syarikat Kayaku Safety System Malaysia Sdn. Bhd.

Ketibaan YDH ACP Mohd Yatim, telah disambut oleh Puan Julia Chong Suk Fen, Assistant General Manager (Supply Chain Management & Sales Marketing) Kayaku Safety System Malaysia Sdn. Bhd.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau dan memahami secara langsung sistem penyimpanan bahan letupan di premis syarikat, serta memastikan pematuhan kepada prosedur keselamatan dan pengurusan bahan berbahaya oleh pihak pengurusan syarikat.

Turut hadir ialah DSP Mohd Khairi, Pmg. Timb. KPD Seremban; ASP Karunagran Nair, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK); ASP Rosnani, Ketua Cawangan Pelesenan; serta SM Mazly, Ketua Polis Balai Mambau.

β€œππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“ ππ„π‘ππˆπ’π€π‡ π“πˆπ€πƒπ€β€




π‹π€π“πˆπ‡π€π πŠπ€π–π€πƒ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π’π„π‘π„πŒππ€π9 September 2026 – YDH ACP Mohd Yatim bin Hj Osman, Ketua Polis Daerah ...
09/09/2026

π‹π€π“πˆπ‡π€π πŠπ€π–π€πƒ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π’π„π‘π„πŒππ€π

9 September 2026 – YDH ACP Mohd Yatim bin Hj Osman, Ketua Polis Daerah Seremban telah hadir bagi meninjau dan memantau Latihan Kawad Bulanan IPD Seremban bagi bulan September 2026.

Seramai 22 Pegawai Kanan Polis dan 86 Pegawai Rendah Polis telah menyertai latihan tersebut. Latihan ini bertujuan memperkemaskan serta menyeragamkan pergerakan dan tatacara asas kawad, termasuk penerimaan tabik hormat, penerimaan sijil serta aspek-aspek protokol yang berkaitan.

Latihan dimulakan dengan pemeriksaan barisan oleh YDH Ketua Polis Daerah Seremban bagi menilai tahap kekemasan, disiplin serta etika pemakaian pegawai dan anggota sebelum diteruskan dengan sesi latihan kawad.

Turut hadir ialah Ketua-Ketua Bahagian IPD Seremban serta Ketua-Ketua Polis Balai daerah Seremban.

β€œππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“ ππ„π‘ππˆπ’π€π‡ π“πˆπ€πƒπ€β€




𝗒𝗣 𝗧𝗛π—₯π—œπ—£π—¦: π’πˆπƒπ€ππ† πŒπ„πƒπˆπ€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π’πˆπ€π’π€π“π€π π‰π„ππ€π˜π€π‡ ππ€π‘πŠπŽπ“πˆπŠ7 September 2026 – YDH ACP Mohd Yatim bin Hj Osman, Ke...
07/09/2026

𝗒𝗣 𝗧𝗛π—₯π—œπ—£π—¦: π’πˆπƒπ€ππ† πŒπ„πƒπˆπ€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π’πˆπ€π’π€π“π€π π‰π„ππ€π˜π€π‡ ππ€π‘πŠπŽπ“πˆπŠ

7 September 2026 – YDH ACP Mohd Yatim bin Hj Osman, Ketua Polis Daerah Seremban hadir ke sidang media berkaitan kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah menerusi Op Thrips.

Sidang media yang disampaikan oleh YDH CP Dato' Hussein Omar Khan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, memaklumkan kejayaan operasi tersebut yang membawa kepada rampasan pelbagai bentuk dadah disyaki M**A bernilai kira-kira RM27.5 juta serta sitaan tiga buah kenderaan bernilai hampir RM98,000.

Turut dimaklumkan, seorang suspek lelaki disahkan meninggal dunia selepas berlaku insiden berbalas tembakan dengan pasukan serbuan semasa operasi dijalankan, manakala dua lagi suspek tempatan berjaya ditahan bagi membantu siasatan.

Turut hadir, YDH Supt. Ahmad Lutfi bin Abdul Mutalip-Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban dan Ketua-Ketua Bahagian IPD Seremban.

β€œππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“ ππ„π‘ππˆπ’π€π‡ π“πˆπ€πƒπ€β€




07/09/2026
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH SEREMBAN KEBAKARAN MELIBATKAN LIMA (5) BUAH RUMAH
04/09/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH SEREMBAN

KEBAKARAN MELIBATKAN LIMA (5) BUAH RUMAH

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πŠππƒ π’π„π‘π„πŒππ€π πŠπ„ ππ€π‡π€π†πˆπ€π πŠπ„π“π„ππ“π„π‘π€πŒπ€π π€π–π€πŒ πˆππƒ π’π„π‘π„πŒππ€π01 September 2026 – Ketua Polis Daerah Seremban, YD...
01/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πŠππƒ π’π„π‘π„πŒππ€π πŠπ„ ππ€π‡π€π†πˆπ€π πŠπ„π“π„ππ“π„π‘π€πŒπ€π π€π–π€πŒ πˆππƒ π’π„π‘π„πŒππ€π

01 September 2026 – Ketua Polis Daerah Seremban, YDH ACP Mohd Yatim bin Hj Osman telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Ketenteraman Awam IPD Seremban.

Ketibaan beliau disusuli dengan sesi menandatangani buku lawatan sebelum diteruskan dengan taklimat oleh DSP Sohaimi bin Hasim, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam, berhubung kekuatan anggota, aspek pentadbiran serta penugasan yang dilaksanakan oleh bahagian tersebut.

Dalam amanatnya, KPD Seremban menekankan kepentingan mengamalkan prinsip Back to Basic dalam pelaksanaan tugas, sentiasa menghormati pegawai dan anggota yang lebih kanan serta menitikberatkan aspek pematuhan prosedur dan tatacara kerja yang ditetapkan ketika mengendalikan Orang Kena Tuduh (OKT).

Beliau turut menekankan keperluan memberikan respons yang pantas terhadap setiap panggilan dan aduan daripada orang awam memandangkan Bahagian Ketenteraman Awam merupakan antara bahagian yang menjadi barisan hadapan dalam menerima dan menangani panggilan kecemasan serta aduan masyarakat.

Turut hadir ialah ASP Mohd Khaidzir bin Mahmad, Wakil Ketua Bahagian Pengurusan.

β€œππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“ ππ„π‘ππˆπ’π€π‡ π“πˆπ€πƒπ€β€




Address

Seremban 2
Seremban
70300

Telephone

+6066033222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban:

Shortcuts

Share

Category