Aktivis parti keadilan Rakyat - Pkrnegeri Sembilan"

Aktivis parti keadilan Rakyat - Pkrnegeri Sembilan" Aktivis pkr negeri sembilan

Semoga mandat Rakyat dikembalikanSemoga ALLAH SWT memudahkan segala urusan..aamiin
23/09/2020

Semoga mandat Rakyat dikembalikan
Semoga ALLAH SWT memudahkan segala urusan..aamiin

Ibu segala fitnah "ini semua salah Lim Guan Eng".2 lagi pertuduhan tambahan terhadap saya pada hari ini adalah tidak ber...
11/09/2020

Ibu segala fitnah "ini semua salah Lim Guan Eng".

2 lagi pertuduhan tambahan terhadap saya pada hari ini adalah tidak berasas, bermotifkan politik, dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan yang tidak dipilih rakyat untuk mencemarkan dan merosakkan reputasi saya.

Terdapat empat percanggahan atau kontradiksi dalam dua pertuduhan hari ini terhadap saya:

(1) Bagaimana mungkin berlakunya rasuah ketika tiada wang suapan yang dijumpai dalam pemilikan saya, dan isteri saya tidak memiliki wang tunai ratusan juta, barang kemas mahal dan ratusan beg tangan berjenama?

(2) Bagaimana mungkin berlakunya rasuah atau penyalahgunaan kuasa apabila projek terowong tersebut dianugerahkan melalui tender terbuka dan keputusan dibuat oleh pegawai kerajaan negeri, EXCO atau jawatankuasa teknikal khusus yang relevan dan tidak diputuskan oleh saya seorang?

(3) Bagaimana mungkin berlakunya rasuah atau penyalahgunaan kuasa apabila pembayaran yang dibuat kepada CZBUCG perlu mendapat kelulusan daripada pegawai kerajaan negeri Pulau Pinang, setelah mendapat persetujuan daripada firma perunding kejuruteraan profesional bebas yang dilantik melalui tender terbuka?

(4) Bagaimana mungkin berlakunya rasuah apabila CZBUCG pada tahun 2019, secara terbuka melalui media menafikan memberi rasuah kepada mana-mana pegawai kerajaan negeri Pulau Pinang, dan bahawa SPRM telah mengesahkan syarikat dan Pengerusinya tiada sebarang perlakuan rasuah atau korupsi?

Berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar.

Lim Guan Eng

27/08/2020

Ternganga bdk2 Pas. Baru tahu 71% drpd 101 projek direct nego yg diumum adlh projek zmn BN yg dirundingi semula dgn harga yg kompetetif. Kikikikiki

16/08/2020
11/08/2020

TOK GURU NIK AZIZ PERNAH MAHU MEMECAT HADI AWANG KELUAR DARI PAS

Dr Tanaka Mustafa Tanaka Mustafa dalam responnya berkata, usaha penyatuan UMNO-PAS bermula sejak 2008. Jika disoroti kembali sejarah pengkhianatan dalaman PAS ini, memang benar ia bermula sejak 2008, iaitu ketika PR mula menang di Selangor.

2. Antara "kepala hamla" yang disebut-sebut pada ketika itu mahukan PAS bersatu dengan UMNO ni ada la 4-5 orang:

i. Hadi Awang.
ii. Mustafa Ali.
iii. Hassan Ali.
iv. Haron Din.
v. Nasharudin Mat Isa.

3. Pada tahun 2009, Nik Aziz betul-betul marah sangat kepada "golongan kepala hamla" yang kemaruk sangat nak bersama UMNO tu, sehinggakan Nik Aziz bercadang nak buat satu Muktamar Khas untuk pecat Hadi Awang dan "kepala hamla" yang lain.

4. Namun selepas beberapa perjumpaan, Nik Aziz akhirnya memaafkan mereka semua selepas mereka "berjanji" untuk tidak mahu lagi bangkitkan mengenai penyatuan UMNO-PAS itu.

5. Namun yang ada "kepala hamla" yang masih degil, iaitu Hassan Ali, yang natijahnya beliau dipecat dari PAS walaupun 2-3 hari sebelum tu dia pergi mengadap Nik Aziz untuk minta maaf.

6. Nasharudin Mat Isa p**a hampir-hampir dipecat selepas Nik Aziz dengan marahnya suruh dia berambus keluar dari PAS.

7. Walaupun cubaan pengkhianatan yang cuba menyatukan PAS-UMNO ini berjaya dipatahkan oleh Nik Aziz, namun mereka tidak pernah melupakan hasrat untuk bersama UMNO. Mereka sanggup berpura-pura di hadapan Nik Aziz seolah-olah mereka lawan UMNO, walhal di belakang Nik Aziz mereka berselingkuh di dalam gelap bersama UMNO.

9. Inilah wajah-wajah pengkhianat PAS dan Nik Aziz. Mereka menuduh orang lain khianat walhal mereka yang khianat sebenarnya. Akhirnya Allah zahirkan siapakah pengkhianat sebenarnya pada hari ini. Dari Presiden, Timbalan Presiden, SU Agong, Timbalan Mursyidul Am, Pesuruhjaya Negeri hatta Majlis Syura sendiri adalah kelompok pengkhianat sebenar dalam PAS.

Sebab tu Nabi kata, ulamak jahat ialah sejahat-jahat makhluk di bawah kolong langit. Dari mulut mereka keluarnya fitnah, dan kepada mereka fitnah itu kembali.

Mereka memfitnah orang lain khianat, hari ni Allah kembalikan gelaran khianat itu kepada mereka.

By Aman Mohamad

Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Address

No 1 Jalan Dataran Kemuning Tmn Dataran Kemuning
Seremban
70450

Telephone

+60162117452

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aktivis parti keadilan Rakyat - Pkrnegeri Sembilan" posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Aktivis parti keadilan Rakyat - Pkrnegeri Sembilan":

Share